Keengganan Pengerusi Bersama
Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasen untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia
terhadap rusuhan yang berlaku semasa himpunan pada 28 April lalu, menunjukkan
belang sebenarnya. Rusuhan yang sepatutnya telah
gagal menggerakkan hati kecilnya untuk menyedari dan mengaku kesilapan yang
telah beliau dilakukan terhadap rakyat negara ini.
Sebaliknya Ambiga dengan angkuh
dan bongkak berkata beliau hanya mahu meminta maaf kepada generasi muda kerana
tidak berjuang dengan lebih gigih untuk prinsip-prinsip Bersih 3.0. Dalam erti kata yang lebih mudah
difahami, Ambiga bermaksud bahawa biarpun negara Malaysia yang dicintai
terbakar atau punah sekali namun ini tidak penting.
Yang lebih penting Ambiga dan
kuncu-kuncunya dari parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan
Nasional melalui demonstrasi jalanan dan keganasan. Ambiga yang sudah menjadi sebati
dengan jiwa pembangkang bercakap mengenai nilai-nilai murni seperti keadilan,
ketelusan dan proses pilihan raya ang bersih tetapi hakikatnya apa yang mereka
rancang dan laksanakan dalam tiga perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih
3.0 adalah menyimpang dan jauh sekali nilai-nilai yang mereka perjuangkan.
Sebenarnya, penyokong-penyokong
PAS dan PKR gagal memahami bahawa tujuan sebenar Ambiga ialah untuk memecah
belahkan orang Melayu. Perlu ditanya mengapa dalam dua
himpunan yang telah diadakan sebelum ini amat sedikit sekali penyokong Cina yang
hadir malah daripda kaum India boleh dibilang dengan jari.
Hanya pada Bersih 3.0, peserta
Cina meningkat secara mendadak dan seolah-olah berani menunjukkan kekuatan
mereka. Ini semuanya adalah perancangan
parti rasis DAP yang kini beryakinan mereka boleh mengalahkan BN dengan
memperkudakan pemimpin serta penyokong dari kalangan orang Melayu daripada PAS
dan PKR.
Ambiga bersama-sama DAP secara
licik berpakat untuk memecah belahkan lagi orang Melau kepada kumpulan-kumpulan
yang lebih kecil kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan dasar pecah dan
perintah.
Melayu yang bersatu tidak mungkin
dapat dipatah kekuatan perpaduan yang ada tetapi Melayu yang lemah dan rapuh
perpaduan mereka akan menjadi amat senang bagi pihak musuh untuk meratah
mereka.
Anwar serta pemimpin PAS seperti
Abdul Hadi dan Nik Aziz samada menyedari atau jahil terhadap senario yang
membahayakan umat Melayu di negara ini telah menghulurkan leher mereka untuk
disembelih oleh Ambiga dan DAP.
Tangan Anwar, Abdu Hadi dan Nik
Aziz berlumuran dosa perpecahan Melayu disebabkan tindakan mereka bersekongkol
dengan DAP. Mereka patut bertanya kepada diri
mereka sendiri, mengapa tidak seorang peserta Bersih 3.0 daripada kalangan kaum
Cina pun yang didakwa berkaitan keganasan yang berlaku?
Mengapa gambar lebih 100 individu
yang dikehendaki polis hanya terdiri daripada pemuda-pemuda berbangsa Melayu?
Jika benar orang Cina dan India
ikhlas menegakkan keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya yang bersih,
mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup berjuang berdepan dengan tindakan
polis dan FRU?
Di manakah komitmen orang Cina
dan India atau adakah mereka hanya merupakan golongan opportunis yang tidak
sanggup berjuang tetapi menunggu untuk meraih hasil perjuangan orang Melayu
sahaja?
Pemimpin Melayu seperti Anwar
sanggup melacurkan maruah bangsa sendiri kerana cita-cita peribadi untuk
menjadi Perdana Menteri, sekalipun negara tergadai.
Pemimpin PAS pula sanggup menjual
islam sebagai komoditi murahan kepada DAP dan PKR hanya kerana gilakan kuasa
dan pangkat.
Ambiga dan DAP pula
mengeksplotasi sifat tamak dan gila kuasa yang bermaharajalela dan sanubari
Anwar, Abdul Hadi dan Nik Aziz untuk memastikan orang Melayu akan terus
bertelagah dan berpecah sehinggalah Tanah Melayu ini menjadai milik mereka
suatu hari nanti.
Pada ketika itu objektif sebenar
ketiga-tiga himpunan Bersih akan menjadi realiti kerana sememangnya pada masa
itu ia akan menyapu bersih semua hak Melayu dan menjadikan bangsa ini sebagai
pengemis di bumi mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment