Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
yang juga Naib Pengerusi DAP dan bekas Pengerusi Transparency International
Malaysia yang sejak 2008 bersama DAP kerana yakin parti tersebut benar-benar
telus, adil dan ikhlas memperjuangkan demokrasi berparlimen akhirnya terpaksa
mengundur diri.
Semuanya gara-gara perbezaan
pandangannya dalam isu penganjuran demonstrasi BERSIH 3.0 yang tidak
dipersetujuinya kemudian membawa kepada bantahan pemimpin atasan DAP yang
menyifatkan Tunku Aziz telah melanggar prinsip kepimpinan DAP selain memalukan
parti.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP yang meningkat naik dalam hierarki
kepimpinan parti hasil hubungan kekeluargaan dengan Lim Kit Siang (anak &
ayah) merupakan antara pemimpin utama DAP yang mengkritik teguran Tunku Aziz
berkaitan BERSIH 3.0.
Ringkasnya, apa yang menimpa
Tunku Aziz menambahkan lagi koleksi bukti dan kebenaran betapa tempangnya
amalan demokrasi dalam kepimpinan DAP. Demokrasi dan kebebasan yang dilaungkan
tidak lebih sekadar retorik politik.
Persoalan sekarang, siapakah lagi
yang akan menggantikan kekosongan dan kemudian bakal menjadi mangsa 'ketelusan
dan kebebasan ala DAP' selepas Tunku Aziz mengundur diri?
Adakah benar ura-ura sumber
dalaman DAP yang mahu mengangkat naik bekas ahli UMNO, Ariff Sabri sebagai
galang ganti kepada Tunku Aziz benar-benar akan menjadi kenyataan bagi
menampakkan betapa multiracialnya DAP selain melanjutkan satu lagi episod
'ketelusan ala DAP'?
Jika diambil kira dari segi
strategik kepartian, Ariff Sabri boleh dikira cukup layak memandang pengalaman
luasnya sebagai pemimpin pertengahan UMNO suatu ketika dulu yang jika pandai
dimanfaatkan oleh DAP tentu saja memberi keuntungan politik.
Pun begitu, seorang lagi Melayu
liberal & berfikiran 'terbuka' iaitu Hatta Watari yang juga bekas wartawan
Utusan walaupun tidak termasuk dalam senarai, juga berpeluang mengisi
kekosongan jawatan 'dummy' yang ditinggalkan oleh Tunku Aziz.
Siapa saja yang bakal
menggantikan Tunku Aziz, keputusan muktamadnya hanya akan diketahui beberapa
ketika nanti. Yang pastinya pemusatan kuasa kepimpinan sama sekali tidak akan
beredar dari tangan Dinasti Lim.
No comments:
Post a Comment