BUKAN
sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi
tadi. Semuanya gara-gara melihat peguam
yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II
negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful
Bukhari. Ia seolah-olah melihat Mahathir
berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana
Menteri pada 1998.
Yusof
dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari
sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.
Sementara
ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam
penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua
pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.
Bagaimana
dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi
penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa
sebenarnya yang berlaku. Lagipun kita
sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam
cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti
yang serius
Sekarang
fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan
Pendakwaan. Fahamlah kita kenapa banyak
kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya
kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka
dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela
diri.
Begitu
juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai
sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’
dengan Saiful Bukhari. Soal kebenaran
disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan
mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja
dibuang oleh Mahkamah.
Dan
siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini? Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua
pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang
layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.
Penulis
yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim
membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.
Yusof
tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti
yang dilakukannya sebentar tadi. Yusof
perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam
Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.
Ini
bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam
Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk
meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.
Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat
Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.
Kita
bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat. Takkanlah semuanya terjadi secara
kebetulan? Kalau benar Yusof ‘dibeli’
semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan
barisan pendakwaan yang baru.
Silap-silap,
Peguam Negara pun perlu letak jawatan.
No comments:
Post a Comment