Satu laporan polis telah dibuat
oleh rakyat Kedah yang juga plaintif/waris tanah waqaf khas Madrasah Salihiah,
FIDEL FIRAIDI BIN MUSTAFFA, NO.K/P 631023-02-5229 terhadap YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri
Besar Kedah atas kenyataan beliau di akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian,
yang disifatkan sebagai ugutan jenayah iaitu melanggar undang-undang kerana
bertentangan dengan writ saman dan mendahului proses mahkamah.
Dalam kenyataan itu, Dato’ Seri
Azizan berkata, “kerja-kerja meroboh madrasah itu kini boleh dilakukan pada
bila-bila masa dan secepat mungkin meskipun kes berkenaan dibicarakan di
mahkamah”. Alasan beliau ialah permohonan
injunksi tersebut bukan melibatkan kerja meroboh tetapi hanya mengenai
penjualan tanah.
Walaubagaimanapun, injunksi yang
dipohon adalah berbunyi:
“SUATU PERINTAH INJUNKSI TERHADAP
DEFENDAN-DEFENDAN (MAIK, PENTADBIR TANAH KOTA SETAR DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH)
UNTUK MENAHAN, DAN/ATAU MENGHALANG DEFENDAN-DEFENDAN SENDIRI, EJEN ATAU
PENGKHIDMATNYA DARIPADA MEROBOHKAN DAN ATAU MENGOSONGKAN TANAH TERSEBUT
SEHINGGA ARAHAN SELANJUTNYA DARIPADA MAHKAMAH YANG MULIA”
Nampak sangat MB Kedah langsung
tidak tahu apa yang tertulis dalam permohonan injunksi yang jelas terdapat
perkataan ‘menghalang’ dari ‘merobohkan’.
Jika Nik Aziz merasa dirinya jauh
lebih hebat dari para Mufti dalam Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Azizan
pula merasakan dirinya jauh mengatasi undang-undang dan hakim.
Inilah bukti bahawa
pemimpin-pemimpin PAS itu amatlah sinonim dengan sifat riak, takbur, angkuh dan
sombong.
Menurut waris tanah tersebut,
beliau mengambil tindakan membuat laporan polis kerana bimbang jika kenyataan tidak bertanggungjawab
sebegini tidak dibendung dan diambil tindakan dengan menghadapkan ustaz AZIZAN
ke muka pengadilan, pertumpahan darah, pergaduhan, konflik antara waris dan
jawatankuasa Madrasah Salihiah serta anak kariah dan seluruh umat Islam sekitar
dengan kerajaan negeri boleh tercetus bila-bila masa sahaja.
Jelas, waris tersebut yang
mewakili umat Islam sekitar dan pihak jawatankuasa Madrasah benar-benar
tersinggung dan berang dengan Menteri Besar mereka. Nampaknya, ini bukan sahaja membabitkan
masalah tanah waqaf dan sensitiviti umat Islam tetapi juga membabitkan hubungan
antara rakyat dengan pemimpin.
Rakyat semakin menyampah melihat
keangkuhan kepimpinan Kedah yang langsung tidak menepati ciri-ciri kepimpinan
Ulama yang seharusnya bersifat tawaduk lagi zuhud.
Sifat ini, ditambah dengan
pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan sejurus selepas PAS mengambil
alih kerajaan negeri, menyebabkan rakyat tertanya-tanya di manakah letaknya
Islam di dalam nama PAS?
Mungkin inilah contoh nyata
Negara Kebajikan ala PAS di mana pemimpin mereka adalah Raja yang mengatasi
kuasa mahkamah, undang-undang, hakim, Mufti dan juga Sultan-sultan. Bayangkan jika mereka memerintah negara, sifat
diktator mereka pasti akan terserlah dengan lebih nyata, di mana rakyat akan
dilayan seperti hamba.
No comments:
Post a Comment