Polis Tak Perlu Lindungi Ambiga
Setelah mengganggu warga kota
pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin
kerugian, pemandu teksi kehilangan pendapatan seharian serta mengotorkan
jalanraya, Ambiga Sreevanesan berharap akan dapat pulang berehat di rumah
agamnya di kawasan elit Bukit Damansara sebagai seorang pejuang rakyat yang
keletihan, baru pulang dari perbatasan.
Namun, tidak terjangka oleh
Ambiga bahawa mereka-mereka yang terkesan dari perbuatannya itu akan membalas
dendam dengan mengganggu hidupnya pula.
Tidak sangka semangat srikandi rakyat ini begitu pantas goyah apabila
sekumpulan peniaga IKHLAS dan Bekas Tentera, berniaga dan bersenam di hadapan
rumahnya.
Walaupun gangguan yang
dihadapinya tidak termasuk kerugian dari segi kewangan, mahupun menyekat pintu
rezekinya seperti yang dialami oleh rakyat yang terlibat, tetapi Srikandi
murtad dan LGBT yang dipandang mulia oleh PAS ini jelas amat tertekan apabila
sukar untuk masuk ke kawasan rumah sendiri.
Hairan, bagaimana seorang pejuang fahaman liberal yang kuat, bersemangat tinggi
dan begitu hebat boleh menjadi sebegitu gabra hanya kerana “sukar untuk keluar
masuk ke kawasan rumahnya”.
Mungkin juga bauan asap burger
membuatkannya lemah jantung atau senaman ponggong sekumpulan bekas tentera kita
pula membuatkan darah tingginya naik secara tiba-tiba. Tidak tahan melihat tekanan yang dihadapi
Ambiga akibat “sukar keluar masuk ke rumah”, A. Samad Said juga turut merayu
agar jangan diganggu Ambiga.
Apapun, dengan meminta bantuan
polis dan Majlis Bandaraya untuk menangani masalah ‘sukar keluar masuk ke rumah
sendiri”, Ambiga telah mengaku kalah. Seolah-olah menjilat kahak sendiri Ambiga
langsung tidak malu meminta bantuan mereka-mereka yang digelarnya ‘anjing’ yang
dihina sebagai pemalas, lembab, bodoh.
Mereka-mereka ini jugalah yang dituduhnya sebagai korup, tidak adil,
berat sebelah dan sebagainya.
Ya, kali ini Ambiga mungkin akan
menafikan yang beliau pernah menghina polis, kerajaan dan semua agensi-agensi
kerajaan tetapi hakikatnya, itulah yang dimomokkan saban hari oleh puak
berfahaman liberal dan juga ekstremis Cina yang bernaung di bawah
berbagai-bagai nama pertubuhan dan parti politik yang menyokong BERSIH.
Maka, sahlah, manusia yang
bernama Ambiga ini tidak sehebat mana pun di mana hanya kerana “sukar nak masuk
ke rumah” pun sudah meroyan dan merengek kepada A.Samad Said. Bayangkan, jika beliau berada di tempat
peniaga-peniaga yang mengalami kerugian itu bagaimana agaknya reaksinya? Mungkin bakar diri juga sudahnya.
Sewajarnya pihak polis dan
kerajaan tidak perlu mengambil pusing dengan rengekan Ambiga. Persetankan saja jika Ambiga dan
kuncu-kuncunya menuduh pihak polis sebagai tidak professional jika tidak
melindungi privasinya kerana percayalah, mereka akan tetap menuduh yang sama
tak kira apa pun kebaikan yang dilakukan oleh pihak polis untuk menjaga
keselamatan mereka, masyarakat dan negara keseluruhannya.
KEPADA PIHAK POLIS, KITA MENYERU
AGAR JANGAN SEKALI-KALI LUPA BAHAWA BEBERAPA RAKAN ANDA HAMPIR KEHILANGAN NYAWA
KERANA AMBIGA.
JANGAN LUPA LAUNGAN PERUSUH YANG
INGIN MEMBUNUH SEMUA POLIS-POLIS YANG ADA.
DAN JANGAN LUPA PEGANGAN
UNDANG-UNDANG AMBIGA IAITU: “MELERAIKAN DEMONSTRASI ADALAH PERBUATAN TIDAK
DEMOKRATIK.”
AKHIR SEKALI, JANGAN LUPA BAHAWA
MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MEMAKSA PESERTA DEMONSTRASI BERSURAI ADALAH SATU
BENTUK ‘KEGANASAN POLIS’ MENGIKUT AJARAN AMBIGA.
Justeru, biarlah rakyat berdemo
di hadapan rumah Ambiga dengan apa saja cara yang mereka suka termasuk
mengganas sekali pun.
Jika beliau ingin rakyat berhenti
mengganggunya, bayar saja pampasan kerugian yang dialami mereka, habis
cerita. Kalau tak ada duit, jual saja
rumah agam tersebut dan kembalilah ke estet kalau pun tidak ke negara asal nenek
moyangnya. Tapi tak mungkin Ambiga tak
ada duit. Entah berapa dana Zionis NED
yang diterimanya dan entah berapa yang disonglapnya pun tak ada siapa tahu. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment