Memandangkan
pilihanraya semakin hampir, pembangkang semakin galak menjadikan Felda sasaran
serangan mereka. Mungkin di mata mereka, inilah satu-satunya isu yang
‘bernas’ untuk dimainkan. Jika tidak hanya Datin Seri Rosmahlah yang
dijadikan modal mereka untuk mencari kecacatan kerajaan dan Perdana Menteri.
Semalam Naib Presiden
PAS Salahuddin Ayub, membuat kecoh di parlimen menuntut kerajaan menubuhkan
satu jawatankuasa khas Parlimen bagi membincangkan tentang penyenaraian Felda
Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Alasannya ialah
terdapat peneroka yang yang membantah penyenaraian FGVH melalui memorandum dan
injunksi mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda itu disenaraikan di Bursa
Malaysia pada Mei/Jun ini.
Dengan itu, beliau menggesa
agar kerajaan mengadakan satu referendum di antara Felda dan para peneroka
Felda untuk mendapat kepastian mengenai jumlah sebenar yang menyokong atau yang
tidak menyokong keputusan tersebut.
Jelas di sini bahawa
Salahuddin dan PR, amnya bukannya ingin membela nasib peneroka atau sesiapa,
tetapi mereka hanya ingin mencari publisiti murahan.
Strategi ini adalah
sama seperti yang mereka lakukan dalam isu Lynas di mana mereka memilih jalan
membuat bising di jalanan dan bukannya mencari penyelesaian secara tuntas
mengikut undang-undang.
Cumanya, di dalam isu
Felda ini, mereka memilih undang-undang dan menghabiskan wang rakyat daripada
membiarkan ianya ditentukan secara aman dan diplomasi di dalam Mesyuarat Agung
Luarbiasa (EGM). Ini kerana cara ini akan memberikan lebih banyak
publisiti kepada pembangkang.
Sedangkan, jika
alasannya adalah untuk mendapat gambaran sebenar sokongan peneroka terhadap
penyeneraian ini, ia sudah boleh dilakukan melalui EGM sebelum ini yang
meletakkan agenda perbincangan mengenai isu ini antara Felda dengan Koperasi
Permodalan Felda (KPF). Cara ini adalah lebih demokratik di mana undian
boleh diadakan bagi mencari penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak.
Tetapi, PAS juga yang
bertindak menghalang EGM tersebut dari berlangsung pada 29 Februari lalu.
Dan kini mendesak agar referendum di antara dua pihak itu diadakan pula.
Apakah rasionalnya
tindakan PAS ini? Bukankah ini menunjukkan yang pembangkang sengaja ingin
membuat bising?
Benar, jumlah peneroka
Felda adalah 112,635 dan hanya 1,300 orang daripada mereka terpilih sebagai
wakil dalam KPF. Namun wakil KPF itu telah dipertanggungjawabkan untuk
membawa suara majoriti para peneroka dari kawasan masing-masing dan tidak ada alasan
bahawa suara 1,300 tersebut tidak akan menunjukkan suara majoriti dari 112,635
orang.
Bayangkan berapa lama
dan berapa banyak kos yang perlu digunakan untuk mengadakan referendum bagi
mendapat pandangan 112,635 orang peneroka dari seluruh pelusuk pedalaman Felda.
Nampak benar apa yang disarankan oleh PAS ini amatlah tidak masuk akal
sekali gus menggambarkan cara pemikiran PAS yang tidak rasional, tidak
professional dan tidak realistik sama sekali.
Dalam ertikata lain,
PAS hanya ingin memanjangkan isu Felda ini demi memberi sedikit modal untuk
mereka berceramah dalam kempen pilihanraya nanti. Ia tiada kena mengena
dengan membela nasib peneroka atau siapa saja.
Apa yang PAS lakukan
hanya akan merugikan para peneroka kerana PAS ingin menafikan ‘durian runtuh’
yang bakal dinikmati mereka hasil penyenaraian ini.
Takut benar PAS jika
peneroka mendapat nikmat kerana ia hanya akan menunjukkan betapa bijaknya
kerajaan dan pengurusan Felda, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BN di
dalam Felda.
No comments:
Post a Comment