Pemimpin PAS yang juga bekas MB
Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya
mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor
pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.
Namun masyarakat umum masih sukar
untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak
beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti
satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap
Institusi Raja.
Selepas tidak tahan menerima
kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan
imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis
bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.
Ini bukan pertama kali berlaku
kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang
ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada
Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.
Hasilnya, hingga kini masih
kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan
Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara
perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi.
Satu perkara yang Nizar gagal
fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi
sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan
sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara
kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.
Ia jauh berbeza dengan proses
jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan
negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang
dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya
27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk
cukai.
Jika pembelian nombor pendaftaran
oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu
Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang
hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar?
Malah Nik Aziz selaku Mursyidul
AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada
Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa
DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?
Walhal logiknya tentu sahaja plet
DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes
tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB
Kelantan.
Paling penting, apa yang susah
sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon
ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya
sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat
dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?
No comments:
Post a Comment