jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

23/05/2012

Apa Motif Fauzi Shaari Menyertai PAS?

DALAM keadaan sekarang, di mana imej pasukan polis dimata penyokong Pakatan Rakyat berada di tahap terendah, sudah tentu ramai yang terkejut dengan tindakan bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai salah satu parti komponen dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS. Ini bukan kita persoalkan kebebasannya yang dibenar dibawah amalan demokrasi untuk menyertai mana-mana parti politik.  Itu adalah haknya sebagai individu yang telah bersara dari pasukan polis.
Nak masuk parti mana pun kita peduli apa, tapi janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.  Apakah dia bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS, terlibat dengan kegiatan jenayah?
Itu satu hal.  Satu hal yang lain ialah, bagaimana cepat Fauzi melupakan segala sumpah seranah yang pernah dilemparkan PAS terhadap pasukan polis yang pernah disertainya dulu, terutama yang membabitkan tindakan polis mematahkan tunjuk perasaan dan jenayah lain yang dilakukan mereka sejak 1998? 
Malah kalau nak dilihat lebih jauh ke belakang, iaitu pada 1985 dimana berlakunya kejadian Memali yang menyaksikan penyokong PAS diketuai Ibrahim Libya, menyerang dan membunuh 4 orang anggota polis sebelum dia dan 13 pengikutnya yang lain dibunuh kerana tindakan tersebut, nescaya tidak ada alasan kenapa Fauzi perlu menyertai PAS.mSebabnya, kejadian Memali menunjukkan bahawa kebencian PAS terhadap polis bukan setakat terhad kepada kata-kata nista dan kecaman, tapi lebih dari itu juga.
Lupakah Fauzi bahawa dalam kejadian itu semua ahli PAS yang mati, dikebumikan tanpa dimandi, dikafan dan disembahyangkan kerana didakwa mati syahid?  Syahid kerana mereka mati dibunuh oleh pasukan polis yang dituduh  kafir ketika itu?  Kalau Fauzi masih kurang yakin, tanyalah Hadi yang mengeluarkan fatwa tersebut.  Ironinya, Hadi juga yang hari ini menerima borang keahlian Fauzi – bekas pegawai kanan polis.
Dunia, dunia.
Secara rasminya, Fauzi baru 3 hari menjadi ahli PAS, boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi.  Tapi satu yang pasti, ‘sumbangan’ PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS, terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.
Dengan kekuatan pasukan polis ini diukur dari segi intergriti dan maruah, tindakan Fauzi ini tidak boleh diterima sama sekali - walaupun Fauzi memberikan alasan mahu menerangkan kepada penyokong PAS mengenai jasa dan sumbangan polis yang mungkin tidak diketahui penyokong parti tersebut (HarakahDaily, 20 Mei 2012).
Setakat yang penulis lihat, persepsi penyokong PAS terhadap polis selepas penyertaan Fauzi masih sama, tidak ada apa yang berubah.  Majoriti dari yang penulis temui, berasa ragu-ragu dengan tindakan Fauzi menyertai PAS.  Pada mereka, kalau dah sekali jadi ‘anjing kerajaan’ (polis), selamanya jugalah akan jadi ‘anjing kerajaan’ juga.  Kelihatannya mereka ini tidak berkongsi perasaan yang sama dengan kepimpinan tinggi PAS yang bangga menerima kemasukan ‘anjing’ ini ke dalam parti mereka.
Itu menjadikan kenyataan Fauzi kononnya untuk membetulkan pandangan ahli PAS terhadap pasukan polis adalah satu kenyataan yang mengarut.  Bukan penyokong PAS tak tahu yang polis hanya menjalankan tugas seperti yang dibenarkan dibawah undang-undang, mereka tahu, tapi semua penghinaan itu masih dilemparkan kerana mereka tidak berpuas hati niat mereka untuk membuat kacau digagalkan oleh polis.
Sepatutnya sebagai bekas pegawai tinggi polis, Fauzi perlu mempertahankan tindakan polis dan mengecam pihak yang melanggar undang-undang.  Ini tidak, Fauzi memilih untuk bersekongkol pula dengan mereka.
Kalau nak menambah ilmu agama dan sebagainya, ada lebih banyak badan-badan yang berkecuali seperti Perkim, YADIM atau JAKIM.  Kenapa PAS juga yang dicari?  PAS tidak langsung berkaitan dengan agama, kecuali dari sudut pakaian dan perkataan yang ada arab-arab sikit. 
PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, tidak ada yang berkurang dari itu.  Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya, PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.
Justeru penulis yakin, kemasukan Fauzi ke dalam PAS adalah untuk mencari peluang dicalonkan dalam pilihanraya, itu sahaja motifnya.  Walaupun dia menafikan, itu bukan suatu yang mengejutkan.  PAS dan munafik adalah pasangan kembar siam yang tidak boleh dipisahkan malah antara syarat utama untuk menjadi ahli parti tersebut (tidak terkecuali Fauzi) – kalau boleh dikatakan begitu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...