Parti PKR dan DAP mempunyai
banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan
kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.
Persefahaman antara mereka cukup
utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai
Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus
menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak
istimewa bumiputera.
Bagaimanapun, menyedari yang
mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat
tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan
digunakan untuk merombak fikiran rakyat.
Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti
BERSIH, Seksuality Merdeka, SUARAM, SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad
Manji, lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima
pemikiran ini.
Seharusnya dengan persefahaman
yang sedemikian, PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti. Lagipun, kedua-duanya sama-sama mempromosi
diri sebagai parti berbagai kaum. Tidak
lupa juga, kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme
yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin
tertinggi.
Justeru, jika matlamat, prinsip,
pegangan dan hala tujunya sama, kenapakah mereka masih menjadi dua komponen
berasingan?
Jawapannya, kerana
pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa, ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup
menjadi orang nombor dua. Walaupun DAP
secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana
Menteri tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana
menyimpan segala bukti rahsia gelapnya.
Anwar pula, lebih rela menjadi
boneka kepada DAP asalkan di atas kertas, jawatannya tertera sebagai orang
nombor satu. Baginya, sekurang-kurangnya
tanpa bergabung dengan DAP, dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua
yang sebenar iaitu kepada juak-juak
dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya. Jika bergabung dengan DAP, pasti semua
juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut, perintah Ketua
Boneka atau Ketua yang sebenar?
Masalah yang lebih besar dari
sekadar hairaki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri
iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar.
Anwar adalah seorang Ketua yang
tidak demokratik, kerana itu beliau sanggup memanipulasi undi dalam pemilihan
parti untuk memastikan hanya ‘orang-orangnya’ yang kekal di jawatan
tertinggi. Walaupun PKR mempunyai
Presiden iaitu isteri beliau sendiri, tetapi Presiden PKR hanyalah ilusi, atau
bayang yang tidak wujud secara nyata.
Keputusan parti dibuat seratus-peratus oleh Anwar tanpa mengambil kira
pendapat dan pandangan orang lain.
Kerana itu, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya setelah
menyedari bahawa mereka hanyalah alat yang diambil dan ditolak ke tepi mengikut
keadaan semasa dan mengikut nafsunya.
Sifat diktator Lim Guan Eng pula
sudah menjadi pengetahuan umum. Beberapa
kali sifat tersebut mengheret beliau ke dalam konflik, krisis dan keadaan
memalukan. Kes sPICE misalnya, telah
membuka luas karektor kuku-besinya yang keterlaluan.
Namun, seperti juga Anwar, Guan
Eng terlalu angkuh untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan. Mereka sering mempersetankan segala kritikan
dan membawa keangkuhan mereka ke tahap lebih tinggi setiap kali dikritik,
sehingga akhirnya menyerlahkan sifat zalim.
Kerana itu Guan Eng tega
meranapkan kampung-kampung dan perniagaan Melayu dan India yang baginya tidak
menyokongnya. Tetapi para peniaga Cina
yang dianggap penyokongnya dibela dan perniagaan mereka tidak diganggu walaupun
berniaga di kawasan yang dilarang serta menghalang lalu-lintas.
Semua ini didedahkan oleh Tunku
Aziz, serentak dengan pengumuman beliau untuk keluar dari DAP. Bagi Tunku Aziz, Guan Eng adalah dari jenis
yang berlainan dari bapanya yang tidak berpegang kepada integriti dan membuat
sesuatu dengan hanya mengikut emosi dan ego sendiri.
Mungkin Tunku Aziz sudah terlalu
lama berkawan dengan Kit Siang atau mungkin juga beliau terlalu lurus dan mudah
percaya sehingga gagal melihat bahawa Kit Siang adalah borek, dan Guan Eng
adalah rintik. Siapa lagi yang mengajar
Guan Eng, jika bukan Kit Siang agar tidak perlu menghormati sesiapa? Keluarga Lim ini hidup dengan beraja di mata,
bersultan dihati. Orang lain adalah
hamba, dan bangsa lain adalah anjing yang boleh disenyapkan, disepak-terajang
atau dibunuh jika perlu.
Justeru, dengan dua orang
diktator berada dalam satu pakatan, bagaimana kita mengharapkan yang mereka
dapat bekerjasama dengan baik jika menjadi pemerintah? Pemerintahan dua orang diktator pastinya
menjanjikan kezaliman dan penindasan dua kali ganda juga.
Seperti yang kita lihat hari ini,
keangkuhan mereka membuatkan mereka sering berbuat silap dan merugikan diri
serta parti.
Maka, jika dua diktator ini
menjadi pemerintah sekaligus, pasti kesilapan yang dilakukan mereka juga akan
berganda sehingga akhirnya akan menyebabkan negara kerugian juga dengan
berlipat kali ganda.
No comments:
Post a Comment