Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan
Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai
anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya. Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja
oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah
didedahkan.
Penglibatan beliau dengan
International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui
ramai. Apa yang menarik ialah Smith
tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara
terperinci. Kita percaya bahawa lokasi
IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu
kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh
CIA. Menurut beberapa sumber, hasil
penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk
memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus
dan tersusun.
Melalui IIIT juga diwujudkan
Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim
fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam
sebenar.
CIA tahu bahawa Muslim fanatik
akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental. Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui
agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga
memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan
pemberontakan.
Apabila negara-negara Islam mula
lemah akibat pertelagahan sesama sendiri,
barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan
fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan
cara.
Maka kita wajar faham bahawa
tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam
tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu,
tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu
sendiri.
Yang jelasnya, hari ini, kita
tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam
IIIT. Tidak mungkin beliau tidak tahu
kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi
Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat
dengan CIA.
Selain wang dari kumpulan
ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin
belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas.
Dan bagi pihak rakyat Malaysia
keseluruhannya, penulis yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul
dari 4 bab buku ini.
Menurut Smith, data kewangan
Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar
mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia. Pada mulanya, pekerja bawahannya telah
mengesan penjualan minyak petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah
harga pasaran. Namun, beliau telah
menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada
waktu itu.
Nama Hassan Marican kemudiannya
muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait
rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK. Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah
bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an. Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke
Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa
tertinggi syarikat tersebut pada 1995.
Tun Dr. Mahathir agak sangsi pada
mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun,
beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan
Hassan.
Memainkan harga minyak hanyalah
perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini.
Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang
melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai
berbillion pound.
Dana dari rangkaian Wahhabi/CIA
dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah
yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri
sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.
Memandangkan Wahhabi atau CIA
bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua
perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih
besar menangani mereka.
Sebagai rakyat marhaen, kita
hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja
seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara
kita? Dan benarkah Hassan Marican terlibat
sama?
Petronas dan Hassan wajib
menjawab kemusykilan rakyat.
No comments:
Post a Comment