BERLAWANAN dengan tanggapan Anwar
Ibrahim bahawa tindakan beberapa orang penyokong Bersih (sebut Pakatan Rakyat)
di London semalam akan memalukan serta menjatuhkan imej Datuk Seri Najib Tun
Razak, ia sebaliknya bertukar menjadi medan untuk membuktikan kepada dunia
bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang tidak mudah melatah, sebaliknya
tenang dalam menghadapi situasi yang agak ‘mencemaskan’.
Mungkin Anwar memikirkan 2 orang
penyokong Bersih itu akan digari, ditekan kepalanya kebawah oleh polis UK
ataupun pengawal peribadi Najib setelah cuba mengganggu ucapan beliau. Imej-imej seumpama itu penting untuk
menyokong pembohongannya bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang zalim. Tapi itu tidak berlaku, yang berlaku ialah,
kedua orang terlibat diam dengan sendirinya setelah di’bahasa’kan oleh Najib
secara terbuka.
Sekali lagi, tindakan yang
sepatutnya menjadi senjata menekan Najib, berubah arah kepada menekan Anwar dan
Bersih pula.
Tindakan tidak beradab di London
semalam, hanya mengulangi tindakan tidak beradab perusuh Bersih 3.0 di
jalan-jalan raya sekitar Dataran Merdeka pada 28hb April yang lepas. Rakyat yang naik meluat dengan kejadian
rusuhan di Kuala Lumpur itu, semakin meluat dengan pendekatan hampir sama yang
dilakukan oleh 2 ke 3 penyokong Bersih di London semalam.
Kita tidak tahulah dari mana
budaya seumpama itu dikutip, yang nyata ia bukan budaya dan pendekatan orang
Malaysia. Dalam tradisi masyarakat yang
bertamadun pun, pendekatan ‘hostile’ seperti itu bukan satu kebiasaan, tak kira
apa jua alasan. Ada banayk pendekatan
lain yang lebih baik boleh digunakan untuk menyatakan pendapat dan meluahkan
perasaan.
Penulis sangat yakin, perbuatan
itu semata-mata dibuat untuk mendapat perhatian media asing yang hadir untuk
dijadikan cerita bahawa Najib ditentang oleh rakyatnya sendiri walaupun berada
di luar negara. Hakikat yang sebenarnya,
hanya 2 ke 3 orang yang terlibat dan kelakuan biadap itu berlangsung tidak
sampai beberapa minit pun. Tidak cukup
untuk mengatakan Najib ditentang rakyatnya sendiri (Malaysia ada 27 juta
rakyat).
Kalau itupun dijadikan asas untuk
mengatakan Najib ditentang rakyatnya sendiri, nampak sangatlah media asing
tersebut tidak berminat dengan kebenaran tapi dengan sensasi dari pemberitaan
seumpama itu.
Dari sudut demokrasinya, majoriti
rakyat Malaysia sudah memilih Najib sebagai Perdana Menteri dan para minoriti
yang lain sepatutnya akur dengan kehendak tersebut, walaupun tidak berpuas hati
dengan pilihan majoriti yang lebih besar tapi inilah demokrasi.
Perkara ini jugalah yang disentuh
Datuk Seri Najib dalam ucapannya selepas kekecohan yang cuba dicetuskan
penyokong Bersih itu dipatahkan oleh beliau sendiri.
Perlu diingat, ada lebih
beratus-ratus orang rakyat Malaysia yang hadir dalam sesi di London semalam,
dan 2 ke 3 orang ini hanya mengambil kesempatan dari itu untuk menunjuk hero
dan provok yang lain supaya turut serta, malang sekali bagi mereka (keuntungan
bagi Perdana Menteri), itu tidak berlaku.
Malah kehadiran beliau disitu
turut disambut dengan hangat sehingga
berebut-rebut orang yang nak bersalam dengan beliau – pemandangan yang boleh
membuatkan bulu mata Anwar, Nik Aziz dan Ambiga terbakar.
Yang nyata, perbuatan biadap itu
dan ketenangan Perdana Menteri hanya menguntungkan lagi BN ddalam menghadapi
pilihanraya akan datang. Nak mengatakan
Najib dimalukan, penulis tidak nampak dimana yang beliau dimalukan sebab
disamping perbuatan biadap itu berlaku dalam masa yang sangat singkat, Najib
sendiri yang mengendalikannya dengan mengarahkan penyokong Bersih yang menjerit-jerit
itu supaya diam.
Dan mereka benar-benar diam!!!
Semua ini pada penulis hanya akan
memudahkan lagi kempen BN dalam pilihanraya akan datang. Untuk Bersih ini sahaja, ada begitu banyak
material untuk menunjukkan kebiadapan puak-puak ini dalam memuaskan nafsu
politik masing-masing.
Kalau boleh penulis nak menggesa
supaya diadakan lebih banyak lagi perbuatan biadap sedemikian diaturkan
Anwar. Baru senang kerja kami….
No comments:
Post a Comment