Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
Followers
29/05/2012
WWW 1: Nizar vs Sultan Johor
PADA ketika artikel ini ditulis,
penulis suka nak memaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula
mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan
penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.‘Penjelasan’ ini diberikan
setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan
Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang
mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang
bidaan nombor plat di negara ini.
Seperti biasalah, bila Pakatan
Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam. Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan
sangat. Soal duit rakyat atau tidak itu
bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri
seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut
dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga.
Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain
yang dikhaskan untuk baginda.
Malah sebelum ini pun baginda
adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29
tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan
Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010. Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah
jawatan rasmi dan bergaji.
Semua inilah yang melayakkan
baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar
mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.Nizar cuba membangkitkan
sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini
menghabiskan duit rakyat. Ini memang
sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui ‘membenci’
sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya. Benci dalam erti kata pendapatan yang
diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan
tersebut.
DAP, seperti mana parti induknya
PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk
menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang
menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.
Yang Nizar tidak nampak ialah
wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat –
kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk
membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang
menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.
Kalau difikir-fikirkan, DYMM
Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh
sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor
tersebut kepadanya. Tapi baginda bukan
seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi
mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan
ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat
yang mempunyai tarikan tersendiri itu.
Isu ini sebenarnya bukan isu
politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia
dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya. Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen
lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi. Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai
balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS
hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).
No comments:
Post a Comment