jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

30/09/2013

Wujudkan Majlis Ulama UMNO

UMNO disaran mewujudkan majlis ulama UMNO yang peranannya setaraf dengan sayap parti itu atau menyediakan satu platform khas bagi golongan agamawan untuk membolehkan mereka bersuara dalam membantu perjuangan parti terbesar orang Melayu itu.
Pengerusi Badan Bertindak Agama Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff berpendapat, penubuhan majlis itu bagi memastikan perjuangan UMNO dalam menegakkan Islam berada di landasan betul.
Beliau berkata, ia juga dapat menangkis segala tuduhan dan tohmahan liar yang dilemparkan parti pembangkang khususnya Pas bahawa UMNO sentiasa meminggirkan golongan agama.
"Saya cukup yakin dengan penubuhan majlis ulama ini atau satu platform khas untuk golongan agamawan ini akan mewujudkan keseimbangan dan meyakinkan rakyat untuk kembali memilih UMNO serta mengekalkan parti itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Ilmuwan Malaysia yang menyokong penuh cadangan agar UMNO diberi lebih ruang serta peluang kepada golongan agama bagi bersama-sama parti itu demi masa depan Islam dan Melayu.
Penasikat Eksekutif pertubuhan itu, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, cadangan itu wajar diperhalusi dan dipertimbangkan kerana dilihat sejajar dengan agenda transformasi parti yang sedang diusahakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan agar UMNO memberi ruang kepada golongan agama untuk bersama-sama menerajui parti itu.
Mengulas lanjut, Mohd. Syamsul yang menyokong kenyataan Fathul Bari itu berkata, penglibatan lebih serius golongan agama dalam UMNO turut diyakini dapat mengangkat imej parti tersebut dalam kalangan rakyat yang selama ini hanya melihat Pas yang menjuarai isu-isu agama.
"Sedangkan UMNO sendiri sudah memperjuangkan agama sebagaimana termaktub dalam perlembagaannya, cuma orang agama dilihat tidak diberi tempat sewajarnya dalam parti," katanya.
Sementara itu, aktivis Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang berpendapat, ketika ini golongan agama terutama ustaz-ustaz muda amat kurang diberi tempat dalam parti sama ada di peringkat bahagian mahupun negeri.
Justeru katanya, cadangan supaya golongan agama diberi peranan lebih besar dalam parti UMNO perlu dipertimbangkan kerana ia sebenarnya merupakan proses 'ulang kembali' peranan ulama dalam UMNO yang telah wujud sebelum ini tetapi 'diketepikan' sehingga membawa kepada penubuhan Pas.

"Saya menyokong golongan agama diberi ruang supaya transformasi UMNO benar-benar menguntungkan orang Melayu dan Islam. Selain itu, untuk meremajakan UMNO, maka parti kena sedia platform khas kepada golongan agama ini tanpa melibatkan pemilihan atau pertandingan," katanya.

UTUSAN

27/09/2013

DAP Agungkan Chin Peng, lupakan Devan Nair

Sikap DAP dipersoalkan apabila seolah-olah seperti 'kacang lupakan kulit' dengan lebih mengagungkan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng berbanding pengasas sebenar parti itu, bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah (DUN), M. Manoharan mendakwa, ini berikutan DAP sukar menerima kematian Chin Peng dengan dilihat begitu agresif mempertahankan ketua komunis itu berbanding pengasas DAP itu sendiri.

Malah, kata beliau, parti tersebut seolah-olah sudah 'memadamkan' Devan Nair yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung parti itu.

Jelasnya, DAP tidak pernah memberi penghormatan dan penghargaan yang secukupnya kepada Devan Nair sehingga saat ini berbanding 'pemimpin' lain dalam parti.

"Layanan ini sungguh berlainan jika mahu dibandingkan dengan Chin Peng yang meninggal dunia baru-baru ini. Rata-rata pemimpin DAP menunjukkan sokongan terhadap perjuangannya, ada juga Ahli Parlimen DAP dan penyokong yang telah memberikan penghormatan terakhir di Thailand, blog juga penuh dengan cerita Chin Peng. Devan Nair langsung tiada.

"Apakah jenis jasa Chin Peng terhadap parti jika dibandingkan dengan Devan Nair? Penyokong parti juga ingin tahu mengapa Devan Nair seolah-olah sudah dilupakan, saya mohon DAP untuk segera betulkan keadaan ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Devan Nair merupakan satu-satunya pemimpin PAP yang berjaya memenangi kerusi Parlimen di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964 iaitu semasa Singapura masih sebahagian daripada Malaysia.

Bekas Ahli Parlimen Bangsar itu seterusnya mengasaskan DAP setelah Singapura berpisah daripada Malaysia pada 7 Ogos 1965.

Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Presiden republik itu mulai 23 Oktober 1981 hingga 27 Mac 1985.

Kata Manoharan lagi:

""Potret Devan Nair tidak pernah digantung di mana-mana, tidak pernah ada apa-apa program yang dibuat untuk memperingati hari lahir atau kematian beliau dalam parti, malah tidak ada maklumat atau biodata beliau dalam laman rasmi DAP atau Roketkini.

"Adakah ini adil dan sesuatu yang betul? Beliau adalah pengasas parti ini. Mengapa mahu dilupakan begitu sahaja? Tidak ramai yang tahu perjuangan dan pengorbanan Devan Nair, bukankah parti bertanggungjawab menjaga sejarah ini."

Manoharan turut memuji parti Gerakan yang meskipun didominasi oleh kaum Cina, namun masih tetap meletakkan potret pengasas dan Presidennya, Syed Hussein Alatas di pejabat parti itu.

UTUSAN
Sent from my BlackBerry® smartphone

26/09/2013

Undi Pemilihan UMNO Suara Keramat Bukan Satu Penamat

TAMATLAH sudah spekulasi mahupun teka-teki, kini nasib politik UMNO akan ditentukan oleh 146,500 ahli di seluruh negara yang bakal membuat keputusan memilih barisan terbaik demi memantapkan lagi perjuangan parti keramat orang Melayu itu.

Satu undi yang dimiliki oleh mereka bakal menentukan masa depan UMNO khususnya dalam memantapkan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ahli UMNO akan berpeluang memilih lagi dalam pemilihan seterusnya tetapi pemilihan kali ini dianggap cukup penting bagi parti tersebut.

Sebarang keputusan yang hendak dibuat oleh 146,500 ahli UMNO tidak harus disandarkan kepada persepsi, tohmahan mahupun fitnah. Sebaliknya bersandarkan kepada keyakinan sejauh manakah barisan pemimpin yang bakal mereka pilih mampu mempertahan perjuangan UMNO, membela nasib orang Melayu, memartabatkan agama Islam dan memakmurkan negara.

Ini jugalah menjadi asas kenapa pindaan Perlembagaan UMNO dilakukan dengan membenarkan 146,500 mengundi supaya suara ahli akar umbi turut mempunyai 'saham' dalam membentuk barisan kepimpinan UMNO.

Atas sebab itulah sesuatu yang malang jika pemilihan parti tersebut hanya dilihat sekadar untuk meningkatkan tahap karier politik seseorang individu mahupun pemimpin.

Sememangnya dalam politik kepentingan peribadi tidak boleh dielakkan tetapi janganlah kepentingan tersebut melebihi kepentingan parti.

Pemilihan yang bakal dilakukan perlu berasaskan kepada sejauh manakah barisan pemimpin yang terpilih itu berupaya untuk menggalas amanah parti, bangsa, agama dan negara.

Janganlah membuat tafsiran, janganlah terpedaya dengan kata-kata dan janganlah terperangkap dengan persepsi.

Ahli UMNO sudah pasti berupaya menilai setiap pemimpin yang bertanding tidak kira di peringkat apa pun.

Pemimpin-pemimpin kanan UMNO tentunya mempercayai kebijaksanaan ahli-ahli parti itu untuk membuat keputusan.

Percayalah pemilihan UMNO adalah satu pemilihan parti yang paling mendapat perhatian dalam arena politik tanah air.

Siapa yang bakal terpilih atau disingkirkan bukan sahaja akan dinilai oleh ahli UMNO tetapi juga oleh rakyat secara keseluruhannya khususnya orang Melayu.

Sebab itulah undi dimiliki oleh mereka bukan sekadar sehelai kertas yang boleh dicampak atau diconteng atau dipangkah nama ikut hati sahaja kerana biarpun sehelai ia adalah penentu kepada nasib UMNO.

Oleh itu dalam kerancakan atau keterujaan menyokong mana-mana calon, maka jadilah penyokong yang bijak dan bukannya 'penyokong membawa rebah kerana akibatnya UMNO yang bakal menerima musibah! Justeru jadikan undi yang dimiliki sebagai 'suara keramat' dan bukannya 'satu penamat'.

UTUSAN
Sent from my BlackBerry® smartphone

24/09/2013

PAS Tidak Pernah Tabur Duit

Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu.  Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.  Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.

Malah, sehingga ke hari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.  Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT. 

Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.  Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka. 

Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.  

PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.  Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.  Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya. 

Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.  Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali. 

Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.  Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.  Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah. 

Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya?  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu? 


Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.  Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah.  Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti. 

23/09/2013

TAHALUF SIYASI PAS BAWA KERETAKAN PAKATAN PEMBANGKANG


Polemik tahaluf siyasi yang membelenggu Pas kebelakangan ini semakin panas san menandakan parti itu akan melalui tempoh yang bergelora dalam masa terdekat. Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah pendekatan pas menjalinkan ikatan politik bersama PKR dan Dap pasca Pilihan Raya Umum 2008 di dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Kerjasama politik itu dimantapkan lagi setelah pakatan pembangkang berjaya mengurangkan kerusi yang diperolehi Barisan Nasional daripada 148 pada PRU12 kepada 133 pada PRU lalu. Kalau dahulunya Pas, PKR dan Dap berjaya menafikan BN majoriti dua pertiganya di dalam Dewan Rakyat apabila merangkul 82 kerusi kini pembangkang menambah jumlah kerusi Parlimen kepada 89. Daripada jumlah ini Dap mendapat habuan terbesar dengan 38 kerusi manakala Pas dan PKR masing-masing 21 dan 30.

Dalam PRU13 lalu, Dap bertanding 53 kerusi Parlimen, sementara Pas pula bertanding di 73 kawasan dan PKR di 99 kawasan. Daripada statistik ini boleh dirumuskan Dap memenamgi majoriti kerusi yang ditandinginya berbanding Pas dan PKR. Ini bermakna kerjasama antara ketiga parti dalam pakatan pembangkang lebih menguntungkan Dap yang berjaya mendapat undi Melayu daripada Pas dan PKR.
Pas dan PKR pula tidak berjaya mengatasi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi berbanding Dap kerana majoriti pengunbdi Melayu masih menyokong dan mempunyai keyakinan terhadap BN. Ini juga bermakna pihak yang rugi di dalam gabungan pembangkang adalah Pas dan PKR.

Mungkin inilah sebabnya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengesyorkan supaya pendekatan tahaluf siyasi ang digunapakai parti itu dikaji semula. Pelbagai pandangan sama ada pro atau kontra di lontarkan oleh pimpinan Pas berhubung isu ini. Apa pun jelas polar atau trend penghujahan sama ada daripada pihak yang menyokong kaedah politik ini atau sebaliknya, memperlihatkan kewujudan dua kem yang ketara di dalam parti itu.

Sekiranya Pas tidak berjaya mengawal atau pimpinannya tidak mampu menghalusi keberkesanan dan impak tahaluf siyasi ke atas prestasi parti di masa depan, ia akan memberi kesan kepada polar pemilihan pada Muktamar Pas ke 59 bermula 22 November depan. Kalau dulu pertelagahan dan percanggahan pendapat antara kumpulan ulama yang diketuai oleh pemimpin seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Harun, serta Datuk Dr Harun Din dan kumpulan Erdogan atau Anwarinas berputar disekeliling isu kerajaan perpaduan, kini polemik antara kedua kem sudah merebak kepada isu sama ada Pas kekal di dalam Pakatan Rakyat atau tidak.

Setakat ini Abdul Hadi berkata Pas akan kekal bersama PKR dan Dap dan ini disokong oleh Mursidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pimpinan lain. Kem Anwarinas juga memberikan hujah bahawa tahaluf siyasi telah menguntungkan Pas di Selangor. Hujah ini kurang tepat kerana Pas dan Dap masing-masing merangkul 15 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 14 bagi PKR. Oleh kerana jawatan Menteri Besar sepatutnya diisi oleh calon Melayu, maka Pas lah yang selayaknya mendapat jawatan tersebut kerana jumlah kerusi DUN yang lebih besar.

Bagaimana sebaliknya yang berlaku di mana Menteri Besar terus disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR. Jawatan kanan seperti Speaker di berikan kepada Dap pula PKR mengisi Timbalan Speaker. Sebenarnya Pas telah dipermainkan oleh Dap dan PKR di Selangor dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan ahli di peringkat akar umbi.

Selain isu tahaluf siyasi yang semakin bercelaru, kem ulama dan juga Anwarinas berentap mengenai calon timbalan presiden. Abdul Hadi mahukan calon daripada kumpulan ulama manakala kem liberal di dalam Pas mahukan calon daripada kalangan mereka.

Sesetengah pemerhati dan para analisis politik berpendapat Pas akan berdepan dengan risiko perpecahan di masa terdekat kerana gelombang untuk membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat semakin kuat.

Pas dilihat akan menjadi bertambah berpengaruh dan mengembalikan kekuatan politiknya sekiranya bersendirian dan menjalin tahaluf siyasi dengan UMNO pula.

19/09/2013

Akaun Bank Anwar Masih membisu

Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar Anwar agar menjawab tuduhan mengenai kewujudan lebih 20 akaun bank miliknya dengan jumlah puluhan dan ratusan juta ringgit sebagai satu tindakan yang membuang masa.   Kononnya, kedudukan kewangan Anwar tiada kena mengena dengan negara dan rakyat.  Kononnya, ia semua adalah pembohongan bagi memburukkan nama Anwar semata-mata. 

Benar, mengorek dan mengungkit soal jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah tidak relevan. Tetapi, kita harus ingat bahawa Anwar bukan ‘seseorang’  tetapi beliau adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kerjanya saban hari memfitnah kerajaan sebagai korup dan pemimpin negara sebagai gemar bermewah-mewah. 

Anwar juga gemar menunjuk imej sederhana di mana anak isterinya juga seringkali hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan walaupun ketika menghadiri acara besar.   Dengan itu, penyokong-penyokongnya selalu membandingkan keluarga Anwar dengan keluarga pemimpin UMNO serta menyebarkan persepsi kononnya pemimpin UMNO boros dan ‘makan duit rakyat’. 

Namun, penyokong-penyokong Anwar lupa untuk bertanya, dari mana datangnya wang untuk mengupah sebarisan peguam yang terkenal untuk membelanya dalam semua kes mahkamahnya selama ini?  Tambahan pula, salah seorang peguam itu merupakan orang yang pertama menuduhnya atas kesalahan liwat tetapi kini bertindak membelanya pula.  Bayangkan, berapa juta yang diperlukan untuk membuat seseorang berpaling tadah sebegitu? 

Setakat apa yang terdedah, bayaran Anwar untuk peguam itu sahaja adalah RM50 juta.   Bukan sahaja bayaran peguam yang mahal tetapi gaya hidup Anwar sekeluarga yang mengalahkan Ketua Negara cukup mencurigakan kita.  Semua orang tahu bagaimana Anwar keluar masuk negara, tinggal di hotel-hotel mewah bernilai ribuan ringgit semalam.  Beliau juga mempunyai sekurang-kurangnya 7 pengawal peribadi.  Itu belum termasuk pemandu dan pembantu untuk dirinya dan keluarga.  

Yang menjadi masalah ialah Anwar bukan seorang tokoh korporat atau taikun bertaraf dunia untuk mempunyai wang sebanyak itu.    Beliau juga bukan Ketua Negara yang layak mendapat segala perkhidmatan dan kemudahan tersebut di bawah tanggungan kerajaan. 

Justeru, desakan JMM agar Anwar membenarkan akaunnya didedah adalah wajar.  JMM tidak mahu menyusahkan Anwar dan sanggup menunggu Anwar di mana sahaja asalkan beliau menandatangani kebenaran kepada Bank Negara untuk mendedahkan akaun beliau. 

Malangnya, Anwar membisu seribu bahasa.  Nampaknya Anwar tidak berminat pun untuk melayan isu ini dan penyokongnya juga pura-pura tidak tahu menahu dan tidak mendengar apa-apa. 

Mungkin bagi penyokong Anwar, hanya pemimpin BN yang perlu dipantau, tetapi pemimpin mereka boleh saja menerima dana dari apa jua sumber, tiada salahnya.  Jika wang Anwar datang dari lorong gelap atau darah umat Islam Palestine, Iraq, Afghanistan pun mereka tidak peduli.  Kerana itu, Anwar terus membisu kerana beliau tahu penyokong-penyokongnya semuanya bodoh macam lembu. 


10/09/2013

Apa Boleh Buat! Minyak Naik....

Kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia mengenai betapa pentingnya mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Daripada merungut dan membuat aksi 'flash mob' untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel sebanyak 20 sen dan RON95 sebanyak 15 sen, lebih elok rakyat berfikiran positif dan pro-aktif bagaimana hendak membuat 'adjustment' atau penyesuaian kepada gaya hidup mereka.

Pembangkang akan melihat isu ini sebagai modal politik  mereka untuk menyerang kerajaan.

Pembangkang hanya tahu satu perkara sahaja untuk mengurus kewangan negara, sama ada menurunkan harga barangan atau menghapuskan sama sekali seperti dalam kes pinjaman pendidikan PTPTN.

Memang senang untuk menurunkan harga barangan keperluan seperti minyak, gula, minyak masak, tepung dan sebagainya untuk mendapat populariti politik tetapi apakah sudah difikirkan implikasinya kepada ekonomi dan kewangan negara.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengamalkan dasar pengurusan kewangan negara yang seimbang.

Dalam pada kerajaan menjalankan program-program pembangunan negara bagi mencapai objektif pendapatan tinggi menjelang tahun 2015 serta visi status negara membangun pada 2020, kerajaan juga prihatin terhadap dasar sosial yang kukuh bagi kesejahteraan negara.

Ini bermakna kerajaan harus mencari perseimbangan bagi pembangunan negara dalam semua aspek - pendidikan, sosial, kesihatan dan lain-lain lagi.

Wang yang mencukupi harus ada bukan sahaja untuk membuat jalan raya di bandar dan kawasan pendalaman tetapi juga menyediakan dana bagi membangun perkhidmatan sosial dan kesihatan bagi rakyat yang bertaraf antarabangsa.

Kenaikan harga bahan api akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan dari segi subsidi sebanyak RM1.1 bilion setahun. Wang yang dijimatkan pula boleh diagih dan disalurkan kepada sektor-sektor yang lebih kritikal seperti pembinaan sekolah, klinik hospital, jalan raya dan sebagainya.

Kenaikan harga barangan tidak boleh dielakkan kerana harga produk atau perkhidmatan bukanlah sesuatu yang statik atau kaku. Rakyat tidak boleh mengharapkan harga petrol atau rumah sebagaimana ianya dijual 20 atau 30 tahun dahulu. Zaman berubah, negara semakin maju dan harga semakin meningkat.

Selain faktor permintaan dalam pasaran domestik, harga juga dipengaruhi oleh faktor luaran seperti iklim ekonomi dunia. Ini kerana bukan semua produk yang dikilangkan di negara ini menggunakan bahan mentah yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan. Kebanyakan produk atau barangan masih memerlukan bahan mentah yang perlu diimport dari luar negara.

Harga bahan mentah ini pula bukan ditentukan oleh pengusaha tempatan tetapi oleh pengeluar di negara ia di eksport. Jika harga bahan mentah yang dimport mahal dan di luar kawalan tempatan maka barangan yang dihasilkasn juga akan turut menerima kesan kenaikan harga.

Ini adalah satu realiti yang harus difahami oleh rakyat dan bukannya termakan dengan dakyah pembangkang yang tidak bertanggungjawab.

Daripada berbelanja besar untuk makan luar di restoran atau di gerai saban hari, apa kata suri rumah lebih menekankan kepada 'home cooked meal' atau masakan di rumah kerana ia lebih menjimatkan malah lebih sihat.

Kalau selalu beli makanan di restoran atau gerai, kemungkinan besar lambat laun akan mendapat penyakit kronik seperti masalah jantung, kencing manis, kerosakan ginjal dan lain-lain masalah kesihatan.

Ini kerana masakan gerai atau restoran menggunakan garam dan serbuk perasa atau 'MSG' yang berlebihan dan seringkali tahap kebersihan premis dan juga cara pembikinan makanan diragui.

Mungkin juga rakyat Malaysia boleh kurangkan menonton rancangan televisyen melalui langganan saluran berbayar. Penjimatan bulanan yuran untuk 'Astro' umpamanya boleh digunakan untuk membeli buku latihan untuk anak-anak di sekolah.

Hakikatnya jika ada kemahuan semua boleh jadi seperti pepatah, 'hendak seribu daya, tak mahu seribu helah' atau 'when there is a will, there is a way'.

Apa Lagi Rakyat Mahu!

Setelah mengalami ‘kejutan’ dalam PRU-13 lalu, BN terus mengharungi berbagai cabaran dalam usaha meneruskan pemerintahan.  Sejurus selepas PRU, BN perlu berhadapan dengan serangan dari pembangkang dalam bentuk demonstrasi dan fitnah yang tidak kunjung henti.  Bagaimanapun, setelah beberapa ketika, serangan pembangkang semakin reda.  Kalau adapun, ianya tidaklah sehebat mana, malah jelas terlihat seolah-olah ia hanyalah usaha untuk mengalih perhatian.

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah BN menghadapi serangan dari pihak penyokong sendiri.

Serangan yang pada mulanya berupa persoalan, semakin hari semakin hangat sehingga mencetuskan ketegangan sama ada sesama blogger mahupun pihak atasan.  Akhir-akhir ini, serangan dari penyokong BN telah mencapai tahap tertinggi iaitu terus kepada Perdana Menteri dan mereka-mereka di sekeliling beliau.

Jika diteliti, serangan dari pihak penyokong BN ini bermula sejak barisan kabinet diumumkan lagi.  Jelas, ramai yang tidak berpuas hati dengan barisan kabinet yang menyenaraikan muka-muka yang pernah menjadi kontroversi.  Semakin hari, serangan semakin hebat sehingga hampir mengaburi segala kebaikan dan pencapaian BN sepanjang pemerintahan Dato’ Seri Najib Razak.

Untuk berlaku adil, rakyat harus menilai kepimpinan tanpa terbawa-bawa dengan emosi.  Di masa yang sama, kepimpinan juga perlu berlaku adil dengan mengambilkira resah hati rakyat tanpa terbawa-bawa dengan ego dan juga kepentingan diri.

Sehingga ke hari ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Dato’ Seri Najib telah melakukan begitu banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat dan negara.  Antaranya:

·         11 Julai 2009 – Mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

·         7 Jan 2010 – Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

·         31 Jan 2010 – Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

·         28 Jan 2010 – Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

·         19 Feb 2011 – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

·         22 Jun 2011 – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia

·         7 Okt 2011 – Memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang kni menjadi inisiatif tahunan

·         4 Julai 2011 – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

·         7 Julai 2011 – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4
·         7 Julai 2011 – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

·         19 Dis 2011 – Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

·         18 Feb 2012 – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

·         23 Jun 2012 – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

·         24 Jun 2012 – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

·         7 Julai 2012 – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

·         14 Julai 2012 – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

·         7 Ogos 2012 – Memperkenal kad ’1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

·         28 Sept 2012 – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

·         12 Nov 2012 – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

·         15 Feb 2013 – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

·         16 Mac 2013 – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

·         28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

·         15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

·         23 Feb 2010 – Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

·         23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

·         25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

·         25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

·         11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

·         7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.

Program-program yang disenaraikan di atas adalah yang melibatkan rakyat secara langsung.  Walaupun kelihatan begitu banyak sekali, tetapi entah kenapa masih terdapat rungutan di kalangan rakyat, terutama bumiputera yang merasakan diri mereka dipinggirkan oleh kerajaan.

Rakyat, terutama bumiputera yang menyokong BN, mempersoalkan kerajaan kerana tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Keselamatan Dalam Negeri sekali gus membebaskan tahanan terus ke dalam masyarakat.  Keputusan ini ternyata salah apabila kadar jenayah meningkat secara drastik.

Sikap beberapa anggota kabinet yang angkuh, samseng dan tidak beretika turut menambah keraguan rakyat terhadap kerajaan.   Apatah lagi apabila rakyat telah terlebih awal melihat perlantikan mereka sebagai satu kesilapan.  

Justeru, terbentuklah persepsi bahawa kerajaan tidak punya kredibiliti, takut kepada pembangkang dan tidak mendengar suara rakyat.  Akibatnya, setiap satu yang dilakukan kerajaan semuanya diragui kerana rakyat telah memutuskan bahawa kerajaan hanya mementingkan pembangkang dan minoriti selain menjaga kepentingan sendiri.

Dan nampaknya, setakat ini, masih tiada penjelasan yang mampu memulihkan persepsi negatif ini.  

Pengumuman pengurangan subsidi minyak baru-baru ini dilihat bagaikan simbahan petrol ke atas api yang sedang membara.  Rakyat kini mula memperinci keputusan kerajaan dari segi ekonomi.  Kejatuhan ringgit, kelembapan pasaran, penurunan kadar eksport, pelaburan asing yang tidak menggalakkan dan sebagainya diambil sebagai bukti bahawa kerajaan tidak cekap.

Walaupun pada dasarnya rakyat turut menyalahkan pembangkang kerana sering memburukkan Malaysia sehingga menyebabkan pelaburan asing jatuh tetapi alasan ini masih tidak mampu mengurangkan marah mereka terhadap kerajaan.  Bagi rakyat, alasan pelaburan asing semata-mata adalah tidak cukup bagi menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin merudum.

Rakyat tertanya-tanya, sejak bila Malaysia perlu bergantung kepada pelaburan langsung asing semata-mata?  Di mana projek-projek yang mampu menjana ekonomi negara?  Kenapa tidak dimantapkan ekonomi domestik?  Dan ke manakah dilaburkan hutang yang menjulang tinggi itu?

Secara ringkasnya, rakyat tidak melihat sesuatu yang signifikan dalam usaha menjana ekonomi.

Lebih menyukarkan lagi ialah apabila rakyat turut maklum akan kewujudan begitu ramai konsultan dan pakar-pakar yang membantu dan menasihat kerajaan dalam urusan pentadbiran negara.  Persoalan yang menerjah minda mereka tentulah, apa gunanya semua konsultan dan pakar jika mereka tidak mampu membawa negara ke arah kecemerlangan sebaliknya semakin hari semakin menjunam, semakin merudum dari segala segi?

Namun, apa yang benar-benar membuat rakyat marah ialah apabila mengetahui bahawa semua konsultan dan pakar-pakar, termasuk dari luar negara itu dibayar berjuta-juta ringgit dalam keadaan ekonomi semakin merosot.

Justeru, rakyat mula membandingkan Malaysia di kala menjadi Harimau Asia tidak memerlukan konsultan asing tetapi hanya bergantung kepada kepakaran anak Malaysia yang berpengalaman dan telah terbukti berjaya, untuk membantu kerajaan.

Keadaan bertambah buruk apabila rakyat mengetahui bahawa beberapa individu yang terlibat menasihat dan membantu kerajaan, mempunyai latarbelakang yang diragui iaitu cenderung menyokong pembangkang.  Malah ada juga yang mempunyai kehidupan peribadi liar, yang tidak sepatutnya bagi seorang yang terlibat dalam rahsia negara.  Akibatnya, rakyat tidak dapat mengelak dari terus meragui kerajaan apabila membayangkan bagaimana individu seperti itu mempunyai akses kepada maklumat sulit serta strategi keselamatan negara.   Mengambil mudah persepsi rakyat adalah satu risiko yang BN tidak mampu tangani.

Dalam era teknologi maklumat ini, tiada apa yang menjadi rahsia lagi.  Untuk pengetahuan, senario di syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC turut menyumbang kepada persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.  Apa yang berlaku dengan MAS-Air Asia sehingga kedua-duanya perlu membayar denda RM10 juta menguatkan persepsi ini.   Malah, di laman-laman sosial, rungutan dari mereka yang berkait dengan GLC cukup lantang memperkatakan tentang permainan halus untuk menyingkir para nasionalis dari jawatan atasan.  Rakyat kini memerhatikan apa yang berlaku di Petronas dengan dekat.

Tindakan kerajaan melantik personaliti yang mempunyai imej buruk di mata rakyat sebagai peneraju syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan pula seolah-olah ingin membuktikan bahawa semua persepsi rakyat itu benar belaka.

Kecenderungan tunduk pada desakan pembangkang, keputusan yang berunsur liberalis iaitu mementingkan keterbukaan pasaran yang keuntungan golongan kaya, memujuk golongan miskin dengan BR1M yang tidak memberi apa-apa makna dalam persaingan ekonomi yang semakin sengit, perlantikan personaliti kontroversi ke kabinet dan GLC serta ketiadaan projek yang signifikan untuk menjana pendapatan menjadikan rakyat memandang kerajaan dengan pandangan yang sinis sekali.  Pengurangan subsidi hanyalah ‘alat kawalan jauh’ bagi sebuah bom jangka.

Perit untuk diakui bahawa segala konsultan untuk membina dan memulihkan imej, memperkenalkan slogan, ‘branding’ atau ‘rebranding’ yang bernilai berjuta-juta, telah akhirnya memburukkan lagi imej kerajaan.

Walaupun kerajaan berjanji tidak akan meminggirkan bumiputera biar apapun berlaku, namun persoalannya, bagaimanakah kerajaan mengatasi persepsi buruk yang telah terpahat kuat ini?  Rakyat inginkan bukti, bukan janji. Rakyat ingin melihat hasil, bukan persembahan ‘powerpoint’ yang hebat.  Rakyat ingin melihat ‘kerja’ bukan ‘politik’.  Hentikan tindakan melantik seseorang atau berbuat sesuatu atas alasan politik.  Kita ingin melihat BN memerintah selama-lamanya, bukan sehingga PRU-14 sahaja.

Akhir sekali, inilah diingatkan bahawa jika subsidi dikurangkan lagi tanpa terlebih dahulu  mengatasi persepsi buruk ini, maka BN pasti akan mengalami mimpi ngeri dalam PRU-14 nanti.

04/09/2013

Guna Isu Kuil Untuk Ketegangan Kaum

Kejayaan Dap menggukuhkan kedudukan di Parlimen kepada 38 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menjadi petanda bahawa kemelut perkauman di negara ini akan bertambah buruk.

Malah sebelum dan pasca PRU 2008 negara sudah dibelenggu dengan pelbagai isu yang dikaitkan dengan isu rasisme.

Daripada isu kematian suspek berbangsa India di dalam tahanan, isu roti Gardenia, hinggalah kepada isu kematian seorang pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock - semuanya dilihat dari kacamata perkauman oleh pembangkang.

Setelah Dap mengekalkan kekuasaan di Pulau Pinang dan PKR di Selangor, insiden yang menjurus kepada persoalan perkauman menjadi bertambah serius.

Isu kecil yang membabitkan kantin sementara di SK Seri Pristina di Sg Buloh juga boleh dibesar-besarkan menjadi isu perkauman yang besar.

Sekolah tidak lagi menjadi medan memberi pelajaran kepada anak-anak tanpa mengira bangsa atau agama tetapi telah dieksploitasi menjadi gelangggang politik oleh pembangkang.

Yang menjadi mangsa adalah murid-murid sendiri yang diibaratkan sehelai kain putih yang bersih dan tidak dicemari oleh politik jijik yang di bawa oleh pakatan pembangkang.

Pembangkang tidak mempunyai nilai moral atau etika sehingga sekolah dan pusat pengajian tinggi pun sanggup dikorbankan bagi agenda politik mereka. 

Isu terbaru yang ingin dijadikan bahan perkauman oleh pembangkang ialah berhubung kuil Hindu Sri Muneswaran Kaliyaman di Jalan P. Ramlee.

Kedatangan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dihalang oleh penyokong-penyokong pembangkang yang menganggap kehadiran pihak berkuasa adalah untuk meroboh kuil berusia 101 tahun itu.

Malah menyedihkan Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan anggota parti itu juga turut bersama pembangkang terbabit kononnya untuk menyelamatkan kuil tersebut.

Kedudukan sebenar tidak dinyatakan oleh pembangkang dan MIC tetapi mereka lebih bersikap emosi dan perkauman.

Malah Mohan menuntut agar Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan berhubung isu itu.

Dalam kenyataan dan penjelasannya kepada pihak media dan blogger, Tengku Adnan menjelaskan DBKL sesekali tidak berniat untuk merobohkan kuil tersebut.

Apa yang ingin dilakukan oleh DBKL ialah merobohkan sebuah restoran haram yang terletak di dalam kuil tersebut.

Dari segi undang-undang, tempat agama seperti kuil, tokong, gereja hatta masjid sekali pun tidak boleh menempatkan premis perniagaan seperti restoran.

Tempat ini adalah semata-mata untuk tujuan ibadat dan tidak boleh disalahgunakan sebagai lokasi perniagaan.

Di dalam kes kuil tersebut, restoran haram itu telah menjadi tempat persinggahan dan berhimpun kumpulan-kumpulan gengster India.

Inilah yang merisaukan penganut Hindu yang datang ke kuil itu untuk melakukan upacara sembahyang.

Tindakan tegas pihak polis membanteras kumpulan samseng dan gengster melalui Ops Cantas Khas telah menunjukkan impak yang positif dan dipuji rakyat.

Apatah lagi jika premis kuil dijadikan markas kumpulan gengster, maka pihak polis tidak akan berkompromi sama sekali demi keselamatan awam.

Bagaimanapun pembangkang telah menggunakan isu ini untuk menuduh kerajaan bersikap zalim malah perkauman untuk menindas kaum India walhal niat sebenar adalah untuk mengelakkan gejala gengsterisme di kuil tersebut.

Kerajaan tidak perlu apologetik dalam hal ini kerana ia dilakukan berlandaskan undang-undang dan bagi mencapai tujuan yang lebih besar iaitu menjaga keselamatan rakyat.

Ops Cantas Khas perlu diperluaskan lagi bagi menyaring semua tempat-tempat ibadat bagi memastikan ianya tidak disalahgunakan untuk menjalankan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...