Mungkin ada yang berkata bahawa mengungkit dan mencabar Anwar
agar menjawab tuduhan mengenai kewujudan lebih 20 akaun bank miliknya dengan
jumlah puluhan dan ratusan juta ringgit sebagai satu tindakan yang membuang
masa. Kononnya,
kedudukan kewangan Anwar tiada kena mengena dengan negara dan rakyat. Kononnya, ia semua adalah pembohongan
bagi memburukkan nama Anwar semata-mata.
Benar, mengorek dan mengungkit soal jumlah wang yang dimiliki
seseorang adalah tidak relevan. Tetapi, kita harus ingat bahawa Anwar
bukan ‘seseorang’ tetapi
beliau adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kerjanya saban hari memfitnah
kerajaan sebagai korup dan pemimpin negara sebagai gemar bermewah-mewah.
Anwar juga gemar menunjuk imej sederhana di mana anak isterinya
juga seringkali hanya berpakaian biasa tanpa sebarang perhiasan walaupun ketika
menghadiri acara besar. Dengan
itu, penyokong-penyokongnya selalu membandingkan keluarga Anwar dengan keluarga
pemimpin UMNO serta menyebarkan persepsi kononnya pemimpin UMNO boros dan
‘makan duit rakyat’.
Namun, penyokong-penyokong Anwar lupa untuk bertanya, dari mana
datangnya wang untuk mengupah sebarisan peguam yang terkenal untuk membelanya
dalam semua kes mahkamahnya selama ini? Tambahan
pula, salah seorang peguam itu merupakan orang yang pertama menuduhnya atas
kesalahan liwat tetapi kini bertindak membelanya pula. Bayangkan, berapa juta yang diperlukan
untuk membuat seseorang berpaling tadah sebegitu?
Setakat apa yang terdedah, bayaran Anwar untuk peguam itu sahaja
adalah RM50 juta. Bukan
sahaja bayaran peguam yang mahal tetapi gaya hidup Anwar sekeluarga yang
mengalahkan Ketua Negara cukup mencurigakan kita. Semua orang tahu bagaimana Anwar
keluar masuk negara, tinggal di hotel-hotel mewah bernilai ribuan ringgit
semalam. Beliau juga
mempunyai sekurang-kurangnya 7 pengawal peribadi. Itu belum termasuk pemandu dan
pembantu untuk dirinya dan keluarga.
Yang menjadi masalah ialah Anwar bukan seorang tokoh korporat atau
taikun bertaraf dunia untuk mempunyai wang sebanyak itu. Beliau juga bukan Ketua Negara
yang layak mendapat segala perkhidmatan dan kemudahan tersebut di bawah
tanggungan kerajaan.
Justeru, desakan JMM agar Anwar membenarkan akaunnya didedah
adalah wajar. JMM tidak
mahu menyusahkan Anwar dan sanggup menunggu Anwar di mana sahaja asalkan beliau
menandatangani kebenaran kepada Bank Negara untuk mendedahkan akaun
beliau.
Malangnya, Anwar membisu seribu bahasa. Nampaknya Anwar tidak berminat pun untuk
melayan isu ini dan penyokongnya juga pura-pura tidak tahu menahu dan tidak
mendengar apa-apa.
Mungkin bagi penyokong Anwar, hanya pemimpin BN yang perlu
dipantau, tetapi pemimpin mereka boleh saja menerima dana dari apa jua sumber,
tiada salahnya. Jika wang
Anwar datang dari lorong gelap atau darah umat Islam Palestine, Iraq,
Afghanistan pun mereka tidak peduli. Kerana
itu, Anwar terus membisu kerana beliau tahu penyokong-penyokongnya semuanya
bodoh macam lembu.
No comments:
Post a Comment