jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

28/01/2014

Negara Asing Dalang Kalimah Allah

 
Malaysia sering dijadikan rujukan dan teladan oleh negara-negara Islam lain sebagai satu-satunya negara Islam yang berjaya.   Pencapaian Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang luarbiasa bukan sahaja kerana ia sebuah negara Islam tetapi kerana sifatnya yang majmuk.  Di kala negara-negara Islam dan negara yang terlebih dahulu mencapai kemerdekaan terus bergelut untuk 'bangun', Malaysia telah pun berdiri teguh dan kukuh. 
 
Malang sekali, masih ramai rakyat Malaysia sendiri yang tidak mampu menghargai betapa bertuahnya mereka kerana dilahirkan di negara ini.  Ramai yang menyangka bahawa keamanan dan kemakmuran itu berlaku secara semula jadi.  Katanya, semua nikmat ini adalah kurniaan Allah SWT, tetapi di masa yang sama turut menafikan segala nikmat itu.  Ramai juga yang tidak segan silu meraung kononnya, hidup sengsara, tertindas dan dizalimi oleh kerajaan. 
 
Oleh itu, mereka ini ingin sangat membuat perubahan ke arah yang lebih baik, katanya.  Maka, turunlah mereka ke jalanraya beberapa kali untuk membuat huru-hara bagi membina negara yang lebih baik. 
 
Namun, Allah SWT masih sayangkan Malaysia. Ternyata rakyat yang masih waras dan tahu bersyukur adalah jauh lebih ramai dari yang kufur nikmat itu. 
 
Lagipun, kebanyakan rakyat Malaysia sudah belajar dari apa yang berlaku di negara-negara yang telah 'berjaya membuat perubahan' seperti  Mesir, Libya, Iraq malah Thailand yang mana masih lagi belum menjadi lebih baik dari sebelumnya. 
 
Masa depan negara-negara tersebut terus kabur akibat tidak dapat memulihkan keyakinan pelabur dan pelancong.  Rakyat juga tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa dihantui perasaan bimbang akan kehilangan segala-galanya akibat rusuhan yang tidak berkesudahan.  Peluang pekerjaan begitu terhad dan perniagaan juga terjejas teruk sehingga sukar untuk dipulihkan kembali.  Rakyat yang dahulunya hidup sederhana menjadi miskin dan yang miskin menjadi bertambah miskin. 
 
Alhamdulillah, pemikiran rasional rakyat Malaysia menjadikan negara kekal kukuh, walaupun usaha untuk melakukan huru-hara berterusan: 
 
Pada mulanya, masyarakat majoriti Melayu dilaga-lagakan sesama sendiri dengan cara memisahkan agama dari bangsa. 
 
Kemudian, isu perkauman dimainkan secara intensif sejak terhapusnya Akta Hasutan dan Akta ISA. Masyarakat Cina dan Melayu pula dilaga-lagakan dengan membangkitkan isu Hak Istimewa Melayu, menghina Azan, memperlekeh jabatan kerajaan yang diterajui Melayu, menderhaka kepada Sultan-sultan, menolak aspirasi negara serta menuntut kesaksamaan hak ke atas bahasa dan  pendidikan Cina.  Dari situ juga, orang-orang Cina ditiupkan perasaan angkuh kononnya merekalah yang lebih berhak ke atas negara ini, sekali gus mengembalikan 'nostalgia' 13 Mei. 
 
Dan kini, usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia ditingkatkan lagi dengan menimbulkan isu agama. Kedegilan pihak Kristian untuk menggunakan Kalimah Allah dan berpura-pura tidak memahami undang-undang hanyalah permulaan sebagai mencipta 'alasan'.   Baru-baru ini pula, sehelai kain rentang merujuk kepada Tuhan Kristian sebagai 'Allah' bagi menimbulkan kemarahan umat Islam, diletakkan di sebuah gereja di Pulau Pinang. 
 
Kemuncaknya, Molotov Cocktail dilempar ke gereja yang terlibat bagi memperlihatkan tindakbalas ganas dari umat Islam. 
 
Pastinya, sesiapa sahaja yang melakukan semua ini amat berharap untuk menimbulkan huru-hara dan mencetuskan keganasan yang serupa seperti di Thailand atau Mesir. 
 
Persoalannya, siapakah yang melakukannya?  Dari reaksi rakyat Malaysia sendiri, sama ada dari pihak Melayu Islam atau Cina Kristian, kita percaya ini bukan angkara mana-mana pihak ini.   
 
Berdasarkan kronologi perpecahan masyarakat di Malaysia, kita pasti adanya satu perancangan rapi dan tersusun oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan keganasan di negara ini.   Modus operandi menghasut dan melaga-lagakan rakyat adalah sama sahaja seperti yang berlaku di Mesir, Libya, Thailand atau Iraq sebelum 'perubahan' berlaku.  Seolah-olah terdapat sebuah manual khas bagi 'operasi pertukaran rejim' yang dirujuk oleh mereka.       
 
Sebagai rakyat yang celik maklumat, kebanyakan rakyat Malaysia mampu membaca perancangan pihak ini, sekali gus tidak mudah terpedaya untuk bertindak balas secara keterlaluan walau betapa marah dan tergurisnya hati akibat propaganda yang keterlaluan. 
 
Kebanyakan rakyat Malaysia faham bahawa keganasan dan huru-hara tidak membawa keuntungan kepada sesiapa melainkan kepada musuh negara. 
 
Tetapi, siapakah musuh yang cuba menghancurkan kita itu?  Memandangkan musuh pada zaman ini tidak mudah dikenalpasti, maka sesiapa sahaja yang dapat mengaut keuntungan dari kejatuhan Malaysia wajar diletakkan dalam senarai yang disyaki.  
 
Lihatlah bagaimana rakyat Thailand terpedaya dengan permainan musuh mereka.  Begitu juga rakyat Iraq, Mesir, Libya dan beberapa negara Arab lain.  Sehingga kini, satu-satunya sebab kenapa rakyat Malaysia tidak terikut rentak mereka dan masih mampu berfikir secara waras ialah kerana kita tidak sanggup memperjudikan keselesaan hidup kita. 
 
Kesimpulannya, nikmat keselesaan yang dirasai di bawah pemerintahan hari ini adalah benar dan selagi rakyat hidup selesa, selagi itulah mereka tidak akan mudah terhasut untuk membuat huru-hara.
Sent from my BlackBerry® smartphone

27/01/2014

Harun Taib Di Keji Semasa Hayat, Di Puji Selepas Meninggal

Ustaz Harun Taib : Selepas Meninggal Di Puji, Semasa Hayat Di Keji,

Portal yang menjadi lidah rasmi Pas, Harakah Daily pada hari ini begitu hebat mempromosikan kematian Ketua Dewan Ulama, Allahyarham Datuk Harun Taib. Tidak cukup dengan itu, ada di kalangan mereka turut memberikan pelbagai gelaran kepadanya kononnya sebagai mengenang jasa yang telah dicurahkan selama ini seperti satu kehilangan yang besar, seorang pejuang Islam, tokoh ulama tersohor dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan Allahyarham Harun Taib sebagai seorang yang degil kerana tetap mahu menghadiri mesyuarat yang diadakan walaupun sedang uzur.

"Almarhum (Harun) dan Ustaz Azizan kedua-duanya saya kenal sebagai orang yang sangat degil. Degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur," ujarnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Secara jujur, Umno tidak pernah mempersoalkan kredibiliti Ustaz Harun, tambahan pula beliau memang terkenal sebagai seorang ahli agama yang berpendirian tegas terutama dalam berhadapan dengan tekanan dari rakan sekutu di dalam pakatan pembangkang.

Namun persoalan yang ingin dibangkitkan ialah mengenai sikap bermuka-muka para pemimpin dan penyokong Pas yang sering berselindung di sebalik jubah dan serban .

Ini kerana pada hayatnya Ustaz Taib turut menerima nasib yang sama seperti bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak. Contohnya beberapa kenyataan Ustaz Taib sebelum ini telah menyebabkan beliau diserang kerana dilihat tidak selari dengan keputusan dan pendirian pimpinan pakatan pembangkang.

Percaya atau tidak, nama Ustaz Harun yang begitu 'harum' ketika ini pernah dilihat sebagai 'trojan horse'dan dianggap ingin menjadikan Pas sebagai pembangkang sehingga kiamat. Malah orang yang dikatakan sebagai 'tokoh ulama tersohor' ini juga pernah di label sebagai 'Taliban Malaysia' dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu semasa hayatnya, laporan berita mengenai Ustaz Harun Taib ini juga hampir tidak kelihatan di paparkan di dalam Harakah, kalau adapun boleh dikira dengan jari. Berbanding pimpinan puak Endorgan dan Liberal Pas yang hampir setiap masa memenuhi ruang di dalam portal yang kononnya memperjuangkan Islam itu.

Ia bukanlah fitnah mahupun sangkaan buruk, tetapi turut diakui oleh ahli dan penyokong Pas yang membangkitkan mengenainya ketika persidangan muktamar yang lalu.

Malah sejurus selepas berita pemergian Ustaz Harun Taib dihebahkan secara rasmi, portal pro-pembangkang, Malaysian Insider menyifatkannya sebagai "Penentang Kepada Bukan Islam Yang Ingin Menggunakan Kalimah Allah". Namun mungkin kerana desakan pihak-pihak tertentu, tajuk laporan tersebut akhirnya ditukar.

Paling menarik, ketika pengebumian Allahyarham Ustaz Harun, langsung tidak kelihatan wajah-wajah pimpinan pakatan pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan sebagainya. Ternyata walaupun Ustaz Harun adalah rakan sekutu di dalam pakatan, kehadiran langsung tiada nilai.

Berikut adalah antara kenyataan dan pandangan Ustaz Harun Taib yang menyebabkan beliau dihina oleh penyokong dan ahli pakatan pembangkang :

1) ISU KALIMAH ALLAH :"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,"

2) ISU KALIMAH ALLAH: "Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,"

3) ISU KALIMAH ALLAH: "Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,"

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,"

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:"Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,"

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia".

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: "Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,"

8) HIMPUNAN BLACK505: "Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,"

9) HIMPUNAN BLACK505: "Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),"

10) HIMPUNAN BLACK505: "Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,".

Sent from my BlackBerry® smartphone

23/01/2014

Kerajaan PKR Selangor Dapat MB Baru

Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin 'hilang arah', Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.

Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.

Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.

Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.

Tidak ketinggalan isu pemecatan  Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.

Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.
Sent from my BlackBerry® smartphone

22/01/2014

Isu Tudung, Mana Pergi Pejuang Hak Asasi?

Ramai yang hanya mampu menggelengkan kepala, apabila membaca laporan demi laporan yang disiarkan oleh media-media massa dan laman-laman sosial mengenai diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Hari demi hari, ada sahaja yang tampil meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap tindakan segelintir masyarakat khususnya keturunan Cina yang melihat tudung sebagai punca masalah sehingga sanggup bertindak keterlaluan.

Sekiranya sebelum ini kita dikejutkan dengan laporan seorang guru mualaf, Choi Yi Shan yang dipaksa membuka tudung yang dipakainya sekiranya ingin terus mengajar. Tidak cukup dengan itu beliau yang merupakan tenaga pengajar di SJKC Nan Ya, Johor itu turut diancam sekiranya beliau enggan mematuhi arahan tersebut.

Terbaru, masyarakat dikejutkan pula dengan insiden yang berlaku terhadap penyanyi wanita, Marinatasha Isnariah Mustapar, 33 yang dihina dan dihalang dari meneruskan persembahan oleh salah seorang pengarah berketurunan Cina di syarikat Castmet Sdn Bhd.

Hanya disebabkan beliau memakai hijab, pengarah yang dikenali sebagai Shannon Yong itu telah memarahi dan mengarahkannya untuk turun dari pentas sekiranya enggan membuka tudung ketika melakukan persembahan. Menurut Marina beliau merasa sungguh kecewa dan terhina dengan tindakan melampau itu.

"Sebelum turun, saya terpaksa mengemaskan buku-buku lirik di hadapan hampir seratus orang tetamu. Mungkin anda semua dapat bayangkan perasaan saya pada ketika itu.

"Saya merasa amat terhina. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, (tambahan) pula kita berada di Malaysia. Saya merasa amat malu di hadapan para tetamu yang hadir," luahnya dengan perasaan sedih.

Menurut Marina, sebelum ini perkara itu langsung tidak dibangkitkan oleh wakil syarikat tersebut yang turut hadir ketika sesi rehearsal (latihan)  dijalankan.

"Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil Castment turut hadir bersama, mereka langsung tidak membangkitkan sebarang isu mengenai tudung yang saya pakai. Hanya ketika majlis berlansung, Shannon membangkitkan isu tersebut dengan alasan ia tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.

"Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat tersebut, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan," jelas Marina yang akhirnya telah menyebabkannya dimarahi oleh Shannon.

Persoalannya mengapa baru sekarang, isu wanita bertudung ini dilihat sebagai masalah? Sedangkan selain merupakan tuntutan di dalam Islam, ia juga merupakan hak asasi manusia yang dijamin di dalam perlembagaan negara.

Mungkin ada yang merasakan, perkara ini adalah merupakan isu terpencil. Namun seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia bukanlah kali pertama. isu yang melibatkan diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Contohnya media arus perdana sebelum ini pernah melaporkan mengenai sesetengah syarikat di ibu negara yang enggan mengambil wanita bertudung bekerja. Malah dalam beberapa kes, selain membuka tudung mereka turut diarahkan untuk memakai skirt.

Tambah menghairankan ialah, NGO-NGO yang pro pembangkang hanya mampu menjadi syaitan bisu. Di manakah Suaram, yang kononnya selama ini memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia. Di manakah Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah yang sebelum ini lantang memperjuangkan hak kebebasan beragama? Di manakah parti Pas, yang sebelum ini mengatakan ingin memperjuangkan Islam?

Langsung tidak kedengaran mereka mempertahankan isu ini atau setidak-tidaknya membuat kenyataan membantah bagi membela penindasan terhadap wanita yang memakai tudung. Sedangkan sekiranya ia melibatkan isu masyarakat bukan Islam, tidak cukup dengan bantahan, malah beberapa perhimpunan dan demonstrasi jalanan turut diadakan.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang memperjuangkan isu yang melibatkan Teoh Beng Hock. Kononnya atas nama perjuangan dan hak kebebasan asasi, mereka sanggup melakukan apa sahaja, waima hadir untuk tunduk bagi memberikan penghormatan terakhir.

Bukan sekadar itu sahaja, ada di kalangan mereka yang sanggup menjadikan tarikh kematian Beng Hock sebagai acara tahunan dengan hadir sambil membakar lilin dan sebagainya. Persoalannya ialah, apakah ia dilakukan semata-mata untuk menuntut pembelaan atau hanya sekadar lakonan untuk meraih simpati dan undi masyarakat bukan Islam?

Sent from my BlackBerry® smartphone

15/01/2014

COMANGO Tuduh Islam Penganas

 
Entah kenapa kita tidak terkejut dengan pendedahan Ustaz Nasharuddin yang dimuatnaik oleh blog theUnspinners mengenai taktik kotor COMANGO untuk memerangkap gabungan NGO Islam ketika di Geneva.   
 
Menurut Ustaz Nasha, kumpulan NGO Islam telah diberi amaran oleh pegawai kerajaan di sana agar berhati-hati kerana COMANGO telah terlebih dahulu menyebarkan khabar di kalangan kedutaan asing bahawa gabungan NGO Islam itu adalah pengganas.  Mungkin, niat COMANGO adalah untuk membiarkan wakil NGO Islam ditangkap agar mereka boleh mengemukakan tuntutan tanpa halangan. 
 
Nampaknya, para peneraju COMANGO bukanlah terdiri dari manusia-manusia yang punya integriti.  Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mencapai matlamat serta enggan akur kepada peraturan. 
 
Mungkin bermain kotor juga merupakan antara 'hak asasi' yang diperjuangkan mereka.   Mungkin bagi COMANGO, undang-undang dan peraturan serta perdebatan ilmiah yang berfakta adalah menyusahkan.  Ini kerana bagi mereka, manusia tidak harus menggunakan akal, tetapi hanya menggunakan nafsu untuk menentukan cara hidup masing-masing.  Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh COMANGO sebagai 'hak asasi' manusia. 
 
Sikap COMANGO bermain kotor menunjukkan yang mereka sebenarnya takut berhadapan dengan pihak NGO Islam.  Sekali gus membuktikan bahawa mereka cukup sedar bahawa mereka tidak mampu berdiri atas hujah yang bernas dalam menuntut perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara ini. 
 
Sepatutnya, COMANGO berhadapan dengan NGO Islam secara baik dengan mengemukakan hujah masing-masing secara rasional.  Tindakan memburukkan imej dan cuba mengenakan NGO Islam di Geneva, dengan sendirinya menyerlahkan kejahatan COMANGO. 
 
Tidak kira apa jua perjuangan kita, pada ketika kita terpaksa bermain kotor untuk mencapai matlamat maka kita wajar mempersoalkan kembali apakah kita di pihak yang benar atau salah. 
 
Apatah lagi bagi gabungan seperti COMANGO yang kononnya berdiri atas niat yang murni demi keadilan sejagat dan hak asasi manusia, maka tentulah ia perlu berjuang dengan jalan yang bersih dan berlandaskan undang-undang. 
 
Lebih-lebih lagi apabila gabungan itu menganggap penentangnya, iaitu NGO Islam sebagai pihak yang kolot, bodoh dan ketinggalan dan mereka pula sebagai pihak yang maju dan bertamadun. 
 
Namun, apa yang berlaku menunjukkan bahawa COMANGO hanyalah terdiri dari manusia gasar yang tidak mahu mengikut undang-undang.  Sudahlah memperjuangkan perkara yang haram, pertubuhan itu sendiri juga haram dan kini terbukti pula suka bermainkotor. 
 
Ini memberikan kita alasan yang lebih kukuh untuk menolak COMANGO kerana jelas gabungan itu membawa fahaman, budaya dan pemikiran jahiliah yang tidak sesuai bagi manusia moden. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

07/01/2014

DR. MAZA Akui Sebar Gambar Fitnah Najib

Masyarakat pada hari ini secara tiba-tiba kecoh, memperkatakan mengenai sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dimuatnaik oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam laman facebook rasminya. Tidak cukup dengan itu, dia turut mendakwa hiasan tersebut adalah merupakan gambaran di dalam pesawat baru yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya, menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'Putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah", menurutnya lagi.

Paling menarik, apabila para blogger Umno membuktikan bahawa gambar tersebut adalah merupakan sekeping gambar palsu, Dr Asri dengan segara membuat pusingan 'u-turn' dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada pengendali (admin) laman sosial beliau. Kononnya tindakan tersebut dilakukan tanpa merujuk atau mendapat kelulusan dari pihak beliau sendiri.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi beliau berhubung perkara tersebut:

" Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar 'hiasan pesawat' kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle. Adapun kos 180 juta tahun 2012 memang laporan kebanyakan media. Di samping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar. Atas sikap adil DrMAZA.com telah menyiarkan jawapan rasmi Pejabat PMO sebelum ini."

" [admin] Pihak Admin memohon maaf kepada Prof Madya Dato' Dr MAZA (Dr Asri) dan followers page ini atas gambar yang tidak tepat tentang Jet Putrajaya sebelum ini. Pihak Prof Madya Dato' Dr MAZA telah mengarah admin menarik balik gambar tersebut dan sudah pun ditarik. Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas. Sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak admin."

Di dalam kenyataan di atas, admin beliau secara jelas menyatakan permohonan maaf terhadap Dr Asri di atas kesilapan yang dilakukan itu. Dalam erti kata mudah, yang salah adalah admin page tersebut, dan bukannya Dr Asri sendiri kerana telah dilakukan tanpa pengetahuan dirinya.

Tambah menarik, mungkin kerana ini menjaga air muka atau maruah Dr Asri sebagai tokoh agamawan yang disegani ramai, dia ingin mengatakan yang salah hanya gambar, tetapi kenyataan terhadap gambar tersebut adalah merupakan fakta dari laporan yang berasas.

Sedangkan sekiranya dirujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum ini, sewaan terhadap pesawat ACJ A320 di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 (mungkin itu yang beliau maksudkan dengan jet baru Putrajaya) adalah disebabkan pesawat sedia terpaksa dihantar untuk urusan penyelenggaraan.

Dalam erti kata lain, sebagai langkah berjimat-cermat kerajaan hanya menyelenggarakan pesawat-pesawat yang lama agar boleh digunakan kembali, berbanding membeli pesawat baru bagi digunakan untuk tugasan rasmi. Namun semua itu tidak dibangkitkan oleh Dr Asri walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani.

Mungkin kerana telah dikritik oleh pelbagai pihak atas tindakan tersebut, barulah pihak admin page tersebut meletakan kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, itu pun setelah 2 jam penyataan maaf itu dikeluarkan.

Namun apa yang mendukacitakan ialah, sehingga artikel ini ditulis, langsung tiada sebarang permohonan maaf secara rasmi dari pihak Dr Maza sendiri mahupun admin beliau terhadap Perdana Menteri selaku orang yang dikaitkan secara langsung dengan fitnah tersebut.

Sedangkan disebabkan gambar tersebut, pelbagai persepsi, cacian, sindiran dan sebagainya telah dilemparkan kepada Perdana Menteri. Mereka menuduh kononnya kerajaan tidak prihatin, boros, membazir dan tidak kurang juga yang mengeji dengan pelbagai kata-kata nista.

Oleh yang demikian, Dr Asri dan pihak admin yang mengendalikan page tersebut perlu memikul tanggungjawab dengan memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri atas tindakan tersebut dan bukan hanya kepada followers page tersebut.

Ini kerana perkara tersebut melibatkan 3 pihak secara langsung iaitu, tuan empunya diri (Dr Asri), orang yang tertipu (followers) dan yang paling penting Perdana Menteri selaku orang yang menerima kesan terhadap fitnah tersebut.
Sent from my BlackBerry® smartphone

03/01/2014

Di Mana Suara Pas Yang Ingin Membela Islam??

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang semalam benar-benar memeranjatkan banyak pihak khususnya masyarakat Islam.

Ini kerana, hasil dari tindakan itu, ia secara tidak langsung membuktikan bahawa pihak gereja masih berdegil dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak mengunakan kalimah Allah selain masyarakat Islam di negara ini.

Dalam serbuan tersebut, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis itu, Sinclair Wong.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam.

Ekoran tindakan tersebut juga, Jais dan pihak kerajaan menerima pelbagai kecaman khususnya dari penganut agama Kristian yang jelas tidak berpuas hati. Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan melalui media-media sosial seperti Facebook dan Twitter antaranya melabelkan Jais sebagai anjing dan sebagainya.

Malah pengarang mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew, dalam kenyataannya sebelum ini yang disiarkan di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu, pernah menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.

Sedangkan Ia jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Namun apa yang menghairankan ialah, langsung tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin Pas berhubung insiden ini. Ada yang mengatakan pasti yang mendakwa ingin memperjuangkan Islam itu masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan tersebut. Malah ada juga yang mendakwa mereka ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat, bagi mengelakkan tindakan yang bakal merugikan parti.

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Keputusan itu merupakan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa kalimah Allah adalah milik agama Islam kerana penggunaannya dalam agama lain dilihat boleh mengeruhkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Sent from my BlackBerry® smartphone

02/01/2014

Lidah Rasmi Pas, Harakah Daily MEMANG KAKI PENIPU

Walaupun memegang status sebagai lidah rasmi sebuah pertubuhan politik yang kononnya memperjuangkan Islam, itu tidak bermakna mereka bebas untuk menipu pembaca dengan laporan yang boleh dikategorikan sebagai laporan sampah.

Ini kerana demi untuk menunjukkan kononnya himpunan #Guling yang diadakan di Dataran Merdeka malam tahun baru yang lalu mendapat sokongan, mereka sanggup menipu para pembaca fanatik untuk percaya dengan laporan berita yang disampaikan.

Isu ini berhubung gambar yang dimuatnaik oleh portal Harakah Daily yang kononnya melaporkan lintas langsung perkara yang berlaku semasa himpunan #Guling. Dengan menggunakan gambar tersebut, mereka mendakwa seramai 500,000 peserta demonstrasi telah berhimpun di Dataran sambil menyifatkan ia satu kejayaan besar terhadap program anak muda.

Namun apabila diselidiki, ternyata gambar tersebut adalah PALSU!!!!. Ini kerana gambar tersebut memaparkan kehadiran mereka yang hadir untuk program Gema Takbir Ambang 2014 bersama Azhar Idrus di Pulau Pinang. Ia berdasarkan kepada laporan media dan blog pembangkang yang melaporkan mengenai program tersebut.

Sudah mereka cuba menipu dengan melaporkan gambar yang salah, mereka juga dengan sengaja memberikan maklumat palsu tentang jumlah kehadiran. Menurut pemerhatian, pemantauan dan analisa yang dilakukan bermula jam 6.00 petang anggaran kehadiran pada malam itu hanya sekitar 5,000 – 6,000 orang sahaja. Ia termasuklah mereka yang hadir bagi mengikuti acara sambutan pada malam itu seperti konsert dan persembahan bunga api.

Tidak cukup dengan itu, Harakah turut mendakwa himpunan yang diadakan itu telah diakhiri dengan nyanyian lagu negaraku sebagai satu simbolik kononnya mereka yang hadir benar-benar cintakan negara. Sedangkan secara realitinya, perkara tersebut langsung tidak berlaku sama sekali.

Malah menurut anggota keselamatan yang bertugas seperti polis dan penguat kuasa DBKL, para wartawan, pemerhati bebas, dan sebagainya turut mengakui langsung tiada sebarang nyanyian lagu negaraku yang berkumandang.

"Saya dan beberapa petugas (media) yang lain telah diarahkan untuk memantau kawasan padang, tempat di mana Chegu Bard dan beberapa wakil kumpulan pelajar berucap.

"Namun  bermula dari jam 11.30 malam (masa ketika konsert dihentikan, ekoran balingan botol air dan beberapa objek keras) sehinggalah jam 1.20 pagi (ketika, para peserta demo, mula bersurai) langsung tidak kedengaran nyanyian lagu negaraku dari kumpulan tersebut. Saya merasakan ia hanyalah merupakan laporan yang sengaja diada-adakan", menurut salah seorang wartawan yang ditemui.

Memang tidak dinafikan, mereka ada menyanyikan beberapa buah lagu, namun kesemua lagu tersebut adalah merupakan lagu gubahan sendiri yang mengutuk, menghina, mengecam perdana menteri dan isterinya.

Kesimpulannya, ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan pendekatan seperti itu. Malah dalam beberapa siri demonstrasi jalanan yang diadakan mereka turut dilihat dengan sengaja memberikan angka yang besar berhubung jumlah kehadiran. Sungguh mengecewakan!!!! Ini kerana sebagai sebuah portal yang kononnya ingin memperjuangkan keadilan, telus dan bebas mereka secara diam-diam menipu pembaca setia dengan laporan-laporan sampah.

Malah pendekatan ini juga turut digunakan oleh jentera parti itu dalam siri kempen ketika pilihan raya kecil Dun Sungai Limau tidak lama dahulu. Mereka dengan sengaja telah mengubah beberapa keping gambar bagi menipu pengundi.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...