jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

28/01/2014

Negara Asing Dalang Kalimah Allah

 
Malaysia sering dijadikan rujukan dan teladan oleh negara-negara Islam lain sebagai satu-satunya negara Islam yang berjaya.   Pencapaian Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang luarbiasa bukan sahaja kerana ia sebuah negara Islam tetapi kerana sifatnya yang majmuk.  Di kala negara-negara Islam dan negara yang terlebih dahulu mencapai kemerdekaan terus bergelut untuk 'bangun', Malaysia telah pun berdiri teguh dan kukuh. 
 
Malang sekali, masih ramai rakyat Malaysia sendiri yang tidak mampu menghargai betapa bertuahnya mereka kerana dilahirkan di negara ini.  Ramai yang menyangka bahawa keamanan dan kemakmuran itu berlaku secara semula jadi.  Katanya, semua nikmat ini adalah kurniaan Allah SWT, tetapi di masa yang sama turut menafikan segala nikmat itu.  Ramai juga yang tidak segan silu meraung kononnya, hidup sengsara, tertindas dan dizalimi oleh kerajaan. 
 
Oleh itu, mereka ini ingin sangat membuat perubahan ke arah yang lebih baik, katanya.  Maka, turunlah mereka ke jalanraya beberapa kali untuk membuat huru-hara bagi membina negara yang lebih baik. 
 
Namun, Allah SWT masih sayangkan Malaysia. Ternyata rakyat yang masih waras dan tahu bersyukur adalah jauh lebih ramai dari yang kufur nikmat itu. 
 
Lagipun, kebanyakan rakyat Malaysia sudah belajar dari apa yang berlaku di negara-negara yang telah 'berjaya membuat perubahan' seperti  Mesir, Libya, Iraq malah Thailand yang mana masih lagi belum menjadi lebih baik dari sebelumnya. 
 
Masa depan negara-negara tersebut terus kabur akibat tidak dapat memulihkan keyakinan pelabur dan pelancong.  Rakyat juga tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa dihantui perasaan bimbang akan kehilangan segala-galanya akibat rusuhan yang tidak berkesudahan.  Peluang pekerjaan begitu terhad dan perniagaan juga terjejas teruk sehingga sukar untuk dipulihkan kembali.  Rakyat yang dahulunya hidup sederhana menjadi miskin dan yang miskin menjadi bertambah miskin. 
 
Alhamdulillah, pemikiran rasional rakyat Malaysia menjadikan negara kekal kukuh, walaupun usaha untuk melakukan huru-hara berterusan: 
 
Pada mulanya, masyarakat majoriti Melayu dilaga-lagakan sesama sendiri dengan cara memisahkan agama dari bangsa. 
 
Kemudian, isu perkauman dimainkan secara intensif sejak terhapusnya Akta Hasutan dan Akta ISA. Masyarakat Cina dan Melayu pula dilaga-lagakan dengan membangkitkan isu Hak Istimewa Melayu, menghina Azan, memperlekeh jabatan kerajaan yang diterajui Melayu, menderhaka kepada Sultan-sultan, menolak aspirasi negara serta menuntut kesaksamaan hak ke atas bahasa dan  pendidikan Cina.  Dari situ juga, orang-orang Cina ditiupkan perasaan angkuh kononnya merekalah yang lebih berhak ke atas negara ini, sekali gus mengembalikan 'nostalgia' 13 Mei. 
 
Dan kini, usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia ditingkatkan lagi dengan menimbulkan isu agama. Kedegilan pihak Kristian untuk menggunakan Kalimah Allah dan berpura-pura tidak memahami undang-undang hanyalah permulaan sebagai mencipta 'alasan'.   Baru-baru ini pula, sehelai kain rentang merujuk kepada Tuhan Kristian sebagai 'Allah' bagi menimbulkan kemarahan umat Islam, diletakkan di sebuah gereja di Pulau Pinang. 
 
Kemuncaknya, Molotov Cocktail dilempar ke gereja yang terlibat bagi memperlihatkan tindakbalas ganas dari umat Islam. 
 
Pastinya, sesiapa sahaja yang melakukan semua ini amat berharap untuk menimbulkan huru-hara dan mencetuskan keganasan yang serupa seperti di Thailand atau Mesir. 
 
Persoalannya, siapakah yang melakukannya?  Dari reaksi rakyat Malaysia sendiri, sama ada dari pihak Melayu Islam atau Cina Kristian, kita percaya ini bukan angkara mana-mana pihak ini.   
 
Berdasarkan kronologi perpecahan masyarakat di Malaysia, kita pasti adanya satu perancangan rapi dan tersusun oleh pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan keganasan di negara ini.   Modus operandi menghasut dan melaga-lagakan rakyat adalah sama sahaja seperti yang berlaku di Mesir, Libya, Thailand atau Iraq sebelum 'perubahan' berlaku.  Seolah-olah terdapat sebuah manual khas bagi 'operasi pertukaran rejim' yang dirujuk oleh mereka.       
 
Sebagai rakyat yang celik maklumat, kebanyakan rakyat Malaysia mampu membaca perancangan pihak ini, sekali gus tidak mudah terpedaya untuk bertindak balas secara keterlaluan walau betapa marah dan tergurisnya hati akibat propaganda yang keterlaluan. 
 
Kebanyakan rakyat Malaysia faham bahawa keganasan dan huru-hara tidak membawa keuntungan kepada sesiapa melainkan kepada musuh negara. 
 
Tetapi, siapakah musuh yang cuba menghancurkan kita itu?  Memandangkan musuh pada zaman ini tidak mudah dikenalpasti, maka sesiapa sahaja yang dapat mengaut keuntungan dari kejatuhan Malaysia wajar diletakkan dalam senarai yang disyaki.  
 
Lihatlah bagaimana rakyat Thailand terpedaya dengan permainan musuh mereka.  Begitu juga rakyat Iraq, Mesir, Libya dan beberapa negara Arab lain.  Sehingga kini, satu-satunya sebab kenapa rakyat Malaysia tidak terikut rentak mereka dan masih mampu berfikir secara waras ialah kerana kita tidak sanggup memperjudikan keselesaan hidup kita. 
 
Kesimpulannya, nikmat keselesaan yang dirasai di bawah pemerintahan hari ini adalah benar dan selagi rakyat hidup selesa, selagi itulah mereka tidak akan mudah terhasut untuk membuat huru-hara.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...