jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

26/02/2014

Institut Wasatiyyah Anjur Seminar Antarabangsa, Pupuk Kefahaman Rakyat


Dalam memastikan masyarakat memahami pendekatan Wasitiyyah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak, satu seminar antarabangsa akan dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM).

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Md Zin berkata seminar yang bertajuk ‘Penghayatan Wasatiyyah dalam Kerangka Maqasid Syariah’ itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri dan bakal berlangsung selama 3 hari di Menara Felda bermula dari 8 April 2014.

Menurut Abdullah seminar tersebut akan turut dihadiri oleh para intelektual muslim dari Timur Tenggah bagi membentangkan kertas kerja antaranya Mantan Menteri Wakaf Mesir, Prof Dr Muhammad Abdul Fadhil; Pengarah Pusat Wasatiyyah Islam dan Pembaharuan Al-Qaradhawi Qatar, Prof Dr Muhammad Khalifah Hassan Ahmad Khalifah; Ketua Hakim Syarie Jordan, Prof Dr Ahmad Hulaiyil; Timbalan Menteri Kementerian Wakaf Dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Dr Adil Abdullah Al-Fallah dan Timbalan Rektor Universiti Islam Madinah Arab Saudi, Prof Dr Mahmod Abdul Rahman Qadah.

Beberapa tokoh dan ilmuwan dari dalam negara turut akan dijemput sebagai moderator dan membentangkan kertas kerja antaranya Pengarah Perancangan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Haji Shahlan Ismail; Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Ketua Dewan Ulama ISMA, Dr Aznan Hassan; Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dato Dr Abdul Monir Yaacob; Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Dato Hj Zainul Abu Bakar; Pengerusi Yayasan Nassar, Tuan Haji Nasharudin Mat Isa dan ramai lagi.

Abdullah turut berkata seminar tahunan yang akan diadakan itu nanti antara lainnya bertujuan mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang kepentingan maqasid syariah sebagai asas penyelesaian permasalahan umat.

“Ia juga untuk menyokong dan menyemarakkan kefahaman Wasatiyyah dalam pelbagai bidang bagi memberi sumbangan terhadap pembangunan negara serta memperkasakan Malaysia sebagai peneraju pendekatan Wasatiyyah di peringkat serantau dan antarabangsa” katanya.

Menurut Abdullah, beliau mengharapkan seminar antarabangsa yang bakal dianjurkan itu bakal menjadi pemangkin kepada usaha untuk melebarkan kefahaman dan pendekatan wasatiyyah kepada masyarakat.

Selain Felda sebagai penaja utama, seminar yang dianjurkan itu juga turut mendapat kerjasama beberapa NGO seperti Sekretariat Islam Nusantara (Sutera), Persatuan Generasi Bestari (G-Best), dan portal MyKMU.net.


21/02/2014

Azmin Masih Sayangkan UMNO

Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Para penyokong parti itu sebelum ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'perang saraf' Umno yang sengaja dilakukan.

Namun bagi penyokong Azmin dan Khalid, perkara itu bukan lagi isu rahsia, kerana ada di kalangan mereka sendiri yang turut memainkan peranan untuk menyerang dan londeh-melondeh antara satu sama lain.

Terdahulu, akhbar Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi kepada parti itu telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22. Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.

Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk 'Khalid dan Azmin' itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.

"Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR", dakwanya.

Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.

"Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.

"Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat 'sabotaj'. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation" dakwa Hishamudin lagi.

Disebabkan artikel tersebut disiarkan dalam akbar terbitan Suara Keadilan, para penyokong PKR khusus 'orang-orang' Azmin mula bising dan mempertikaikan tindakan tersebut. Sehinggakan ada yang mendakwa ia adalah merupakan permainan politik murahan dan kotor serta sebahagian dari usaha Anwar dan Wan Azizah untuk 'membunuh'  karier politik Azmin.

Mungkin bagi mengelakkan serangan balas dari kumpulan Azmin yang mungkin akan melakukan sabotaj terhadap Anwar di pilihan raya kecil Kajang, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil segera membuat kenyataan bagi menafikan dakwaan tersebut.

Menurutnya PKR tidak terlibat dalam penyiaran artikel tersebut dan keputusan untuk menyiarkannya di dalam akhbar rasmi parti adalah merupakan keputusan pihak editorial Suara Keadilan. Namun, Fahmi mengakui isu tersebut ada dibincangkan kerana wujudnya bantahan daripada beberapa pemimpin yang dikaitkan nama dalam artikel tersebut.
Sent from my BlackBerry® smartphone

20/02/2014

Myanmar Pula Jadi pengundi Hantu

Nampaknya setiap kali tibanya musim pilihan raya baik umum (PRU), negeri (PRN) mahupun kecil (PRK) pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu.

Jika sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu, kini anak saudaranya, Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama.

Mungkin kerana khuatir Anwar ditolak oleh majoriti pengundi di Kajang, Badrul mendakwa ribuan warga asing dari Myanmar di kesan berada di Kajang.

“Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA” ujar anak saudara kepada Anwar itu.

Anwar sebelum ini ibarat ‘cacing kepanasan’ apabila GAGAL membuktikan fitnah yang dilemparkan kononnya seramai 40,000 warga Bangladesh telah mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRU yang lalu.

Antara hujah yang digunakan ialah, kononnya ada di kalangan ‘pengundi bangla’ yang ditangkap itu tidak tahu menyanyikan lagu negaraku dan sebagainya. Namun apa yang lebih memalukan, ada di kalangan ‘pengundi bangla’ yang ditangkap itu adalah merupakan ahli parti itu sendiri.

Dia juga berulang kali memainkan isu ’40,000 pengundi Bangla’ di sepanjang kempen ‘Black 505’ bagi meminta rakyat menyokong desakan untuk menolak keputusan PRU-13. Namun apabila himpunan tersebut GAGAL menarik sokongan seperti yang diharapkan.

Tidak tahan dengan asakan yang mencabarnya untuk membuktikan fitnah yang dilemparkan itu, Anwar akhirnya terpaksa membuat ‘pusingan u-turn’ dengan menafikan dia pernah membangkitkan isu tersebut.

"Tuduhan tersebut sengaja diadakan dan cuba diputarbelitkan oleh penulis blog Umno," katanya dalam satu sidang media di Parlimen sebelum ini.

Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, beliau memiliki bukti Ketua Pembangkang itu pernah membuat dakwaan sedemikian menerusi teks ceramah dan juga daripada media-media pro pembangkang.

‘‘Saya dengar ucapan dia, saya banyak sumber yang dengar ucapan dia, (tetapi sekarang ini) dia nak nafikan pula.

‘‘Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh itu, ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita, yang sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina,"

“Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul, tidak ada bukti, Perdana Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin, dia (Anwar) pusing kata bahawa dia tidak kata begitu”, katanya sebelum ini ketika mengulas kenyataan ‘u-turn’ Anwar.

Kesimpulannya isu warga asing ini sengaja diwujudkan agar dapat dijadikan modal untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat. Sekiranya sebelum ini rakyat Bangladesh dijadikan mangsa, kini tiba giliran warga Myanmar pula dijadikan sebagai korban.

Mungkin kerana takut ditertawakan oleh rakyat, sekiranya dia membangkitkan semula isu pengundi hantu ini, maka jalan terbaik adalah menggunakan ‘anak saudaranya’ sebagai kambing hitam dan persediaan sekiranya GAGAL mempertahankan kerusi Dun Kajang.

Dengan cara ini, mungkin Anwar boleh menutup malu dengan mengatakan ’40,000 ribu pengundi Myanmar’ adalah punca kekalahannya di Dun Kajang.


Kassim Ahmad Antara Menolak Hadith dan Memanipulasi Ayat Al-Quran

Kassim Ahmad adalah antara personaliti yang paling kontroversi di Malaysia kerana pemikirannya yang berbeza dengan majoriti umat Islam di negara ini.   Beliau dituduh sebagai jahil, sesat malah ada yang menganggap beliau kafir.   Buku beliau iaitu ‘Hadith: Satu Penilaian Semula’ telah diharamkan oleh Majlis Fatwa pada tahun 1986. 

Nama Kassim Ahmad kembali diperkatakan sejurus selepas seminar ‘Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Halatuju Negara Tiga Puluh Tahun Akan Datang’ di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 16 Februari lalu.  Kehadiran beliau di atas pentas yang begitu sinonim dengan Tun Mahathir, memberi impak yang begitu besar bagi masyarakat Melayu-Islam-Malaysia. 

Keterbukaan Tun Mahathir terhadap Kassim Ahmad dijadikan isu bagi menuduh beliau sebagai turut sesat.   Dengan publisiti yang dibawa oleh nama Tun Mahathir dan Kassim Ahmad, maka berlumba-lumbalah orang ramai cuba membuktikan mereka yang lebih ‘alim’ dengan mengecam dan menghukum Kassim Ahmad. 

Pihak yang mewakili agama Islam juga pantas mengingatkan kita semua tentang bahaya Kassim Ahmad serta ‘hukuman’ yang datang bersamanya.  Niat mereka tentulah murni sekali, iaitu untuk memastikan umat Islam tidak dipesongkan oleh Kassim Ahmad. 

Hakikat bahawa Tun Mahathir membuka peluang kepada Kassim Ahmad untuk berkongsi pemikirannya dengan orang ramai dan juga peluang kepada para ulama untuk mengecam beliau, menunjukkan yang Negarawan tersebut telah melihat kematangan di kalangan umat Islam. 

Tun Mahathir tidak mungkin akan bersetuju dengan program sebegini sekiranya beliau tidak percaya yang umat Islam di negara ini telah bersedia untuk berhadapan dengan asakan dari pihak yang berbeza pendapat dengan mereka.   

Bagi yang mengenali Tun Mahathir, kita cukup arif yang beliau amat tegas dalam perihal yang berkaitan akidah Islam.  Beliau difahamkan pernah menghulurkan bantuan dalam bentuk misi khas sulit kepada warga Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan akidah anak-anak individu yang terbabit. 

Kepercayaan Tun Mahathir bahawa umat Islam di Malaysia telah cukup matang untuk berhadapan dengan Kassim Ahmad, ternyata tidak meleset.  Berikutan dari program tersebut, kita melihat begitu ramai anak muda yang cuba memahami dan mengupas hujah-hujah Kassim Ahmad dan juga ‘hukuman’ terhadapnya oleh para Ulama.  Secara dasarnya, anak-anak muda yang mengikuti program itu menjadi lebih terbuka dan berani berfikir dengan lebih kritis tanpa dipengaruhi emosi. 

Oleh itu, penulis melihat bahawa program sebegini mampu memecah kejumudan dan membina umat Islam yang lebih bijak dan relevan dalam arus kemodenan dunia. 

Penulis juga punya pendapat sendiri mengenai pemikiran Kassim Ahmad, tetapi pendapat penulis tidak penting di sini kerana ia tidak semestinya benar, seperti juga yang diakui oleh Kassim Ahmad iaitu yang benar itu hanyalah Allah SWT. 

Justeru, selagi Kassim Ahmad menyembah Allah Yang Esa dan menerima Muhammad SAW sebagai Rasulullah walaupun enggan mengiktiraf ketinggian darjat Baginda dalam konsep iman, maka penulis tiada hak untuk menilai keIslaman Kassim Ahmad, apatah lagi menghukum beliau. 

Apa yang pelik di sini ialah, dalam umat Islam begitu takut dengan pandangan Kassim Ahmad yang menolak hadith, mereka tidak pula takut dengan pandangan ulama-ulama yang memesongkan ayat-ayat Al-Quran. 

Walhal, ayat yang ditolak masih boleh saja diambil semula dalam keadaan yang elok tetapi ayat yang telah dimanipulasi, dibelit dan diambil separuh-separuh akan merosakkan keseluruhan pemahaman. 

Perlu diingatkan bahawa Kassim Ahmad tidak pernah meletakkan diri beliau sebagai ulama dan oleh itu, segala apa kenyataan beliau kalau pun benar sesat, tidak akan membawa kerosakan kepada masyarakat kerana beliau bukan sumber rujukan.  Kassim Ahmad juga tidak pernah menghukum orang lain sebagai kafir serta menerima baik sebarang pendapat berlainan.  Justeru, walaupun beliau menolak hadith, beliau tidak menyebabkan perpecahan. 

Berbeza dengan para Ulama yang gemar memperalatkan ayat-ayat AlQuran dan hadith demi keuntungan politik.  Mereka ini amat gemar menilai dan menghukum orang lain sepertimana yang dilakukan mereka terhadap Kassim Ahmad.  Sebagai individu yang bergelar ulama, maka setiap kata-kata mereka menjadi rujukan dan diterima sebagai benar.  Akibatnya, pada satu masa, tindakan Ulama-ulama ini memanipulasi ayat-ayat AlQuran telah menyebabkan pertumpahan darah sepertimana yang berlaku dalam peristiwa Memali dan Sauk. 

Penulis bukan membela Kassim Ahmad mahupun mengkritik Ulama tetapi sekadar menyatakan kejelekan yang berlaku di negara ini.   Hari ini, kita menghukum orang yang menolak hadith tetapi menerima orang yang memanipulasi ayat Al-Quran.  Kita takut akan kesesatan yang dibawa dengan menolak hadith tetapi kita tidak takut dengan kesesatan yang dibawa melalui manipulasi ayat Al-Quran sedangkan kedua-duanya mampu membawa akibat buruk dari segi akidah mahupun perpaduan ummah. 

Kita memejamkan mata terhadap kesesatan yang dibawa oleh orang yang bergelar ulama sedangkan ajaran beliau terbukti telah membawa kepada pertumpahan darah.  Di masa yang sama, kita mengecam dan menghukum orang yang bukan pun seorang Ulama dan belum terbukti pernah menyebabkan apa-apa kerosakan di kalangan ummah, seolah-olah beliau adalah lambang segala kejahatan dan tidak dapat dimaafkan lagi. 

Soalnya, kenapa kita perlu bersikap dwistandard?  Kenapa perlu memilih kesesatan mana yang boleh dimaafkan dan mana yang tidak?  Apakah hanya kerana kesesatan itu dibawa oleh orang yang berjubah dan bergelar ulama maka ia perlu diberi pertimbangan dan mereka yang berimej ‘sekular’ sahaja yang perlu dikecam? 


19/02/2014

Siapa Yang Anwar Tipu? Islam atau Kristian


Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRK Kajang yang menyentuh isu kalimah ‘Allah’ dalam ceramah-ceramahnya.  Seperti biasa, Anwar membawa hujah yang berbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramah berkenaan. 

Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang, Anwar memberitahu penganut Kristian bahawa ‘Allah’ adalah nama Tuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagi sesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yang sama bagi merujuk kepada Tuhan mereka. 

Namun, di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayu di Batu 10 Jalan Cheras Kajang, Anwar menyatakan ‘tidak mungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakan nama ‘Allah’ sewenang-wenangnya’. 

Kita tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yang bertentangan kerana beliau sudah mendapat ‘pengiktirafan’ di peringkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yang bermuka-muka.    

Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis dan berdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yang sama.  Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak dan membela LGBT dalam masa yang sama juga. 

Justeru, kita tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankan kalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama. 

Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliau belum lagi menang pilihanraya.  Anwar boleh berjanji akan menghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapan orang-orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belum lagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa. 

Bagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadi Menteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu.   

Oleh itu, dengan kenyataan Anwar yang bertentangan, berbeza, berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah, bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwar sebenarnya? 

Perlu diingatkan, bahawa sekiranya beliau benar-benar berjaya menjadi Menteri Besar, Anwar tidak mungkin akan dapat meneruskan hujah bertentangan, berbeza, berbelit dan samar mengenai isu ini.  Mahu tidak mahu, lambat laun, Anwar perlu membuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristian akur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islam meredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian. 

Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua muka sekiranya beliau benar-benar berkuasa.  Anwar perlu menunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorang liberalis-pluralis atau Islamis-moderat. 

Apa yang pasti, Islamis-moderat tidak mungkin dapat menerima idea-idea liberalis-pluralis dan begitu juga sebaliknya. 

Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralis maka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah.  Jika Anwar memilih untuk menonjolkan imej Islam-moderat, maka beliau perlu mempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagai alat untuk menyebar agama Kristian. 

Sehingga kini, nampaknya penganut Kristian dan masyarakat bukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwar menyebelahi mereka.  Rata-rata media pro-Kristian memuji-muji Anwar.  Masyarakat Cina juga, melalui DAP, memberi ‘kelulusan’ kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.  Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arah perpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama-ratakan semua agama di Malaysia. 

Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian. 

Sebaliknya, penyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama ‘Allah’ dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politik UMNO.  Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apa yang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwar telah diputarbelitkan oleh UMNO. 

Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan mempertahankannya dari digunapakai oleh Kristian. 

Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayai Anwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan.  Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalan tengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambil jalan selamat.  Anwar tidak boleh tidak, perlu berpihak, dan akhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipu pihak yang satu lagi.    

Soalnya, pihak manakah yang tertipu di sini?   Islam atau Kristian? 

Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwar berkuasa.  Dan pada waktu itu, siapa pun yang tertipu akan mendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalang Anwar. 



18/02/2014

Islam Mundur Punca Anwar Bertanding Di Kajang #PRKKajang

Nampak sangat seperti terdesak, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan isu Islam sebagai modal untuk menarik simpati para pengundi. Dia yang berkata semalam ketika program kempennya mengatakan ingin mengembangkan agama Islam sekiranya berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.

Dia turut mengatakan, ia kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.

Persoalannya ialah, apakah selama ini ajaran Islam tidak berkembang di Selangor khususnya Kajang? Apakah hanya dengan kemenangan Anwar sahaja, ajaran Islam akan berkembang?

Mungkin Anwar merasakan selama ini semua penduduk Islam di Kajang terutama tokoh dan ilmuwan Islam GAGAL memainkan peranan yang sewajarnya sehingga memaksanya untuk mengambil alih peranan tersebut.

Sekiranya ia ingin dijadikan sebagai hujah, bagaimana pula dengan tempat-tempat yang TIDAK ditandingi oleh Anwar? Dan sekiranya populasi penduduk di jadikan sebagai kayu pengukur, bagaimana pula dengan kawasan yang mempunyai populasi Islam melebihi 60 peratus atau di bawah 40 peratus?

Sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersangka baik terhadap niat seseorang. Mungkin Anwar memang betul-betul ikhlas dengan kenyataan tersebut.

Namun bagaimana pula dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang dilihat begitu cenderung menyokong ideologi pluralisme? Bukankah pendirian dan fahaman yang mengatakan semua agama itu sama, amat bertentangan dengan ajaran Islam?

Sebagai contoh, Anwar ketika menyampaikan ucapan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 pernah menyatakan sokongan terhadap fahaman tersebut. Di dalam ucapan tersebut antara lainnya mengakui fahaman The Transcendent Unity of Religions melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan), KONSEP KESAMARATAAN AGAMA, menafikan konsep benar dan sesat, terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi (Perennial Wisdom) serta Kesatuan Metafizik (Metaphysical Unity).

"Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favouring one religion over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted until recently".  (LSE London, Mac 2011)

Seterusnya Institut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan sebuah badan pemikir kepada Anwar juga banyak menerbitkan buku-buku yang dianggap 'bahaya' kerana sering mempromosikan fahaman Liberal-Pluralisme.

Kesimpulannya ialah, Anwar sedar rakyat khususnya pengundi di Kajang telah mula muak dan jijik dengan semua pembohongan yang di lakukan sebelum ini. Tambahan pula pilihan raya kecil Kajang ini bukannya untuk memperjuangkan isu rakyat, tetapi lebih kepada untuk memenuhi nafsu politik Anwar untuk menjadi Menteri Besar di Selangor.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Umat Islam Berutung Bila Anwar Masuk Gereja

 
Politik Malaysia hari ini menyaksikan perpecahan yang kronik di kalangan majoriti Melayu.  Keadaan ini menjadikan kaum bukan Melayu sebagai penentu undi dalam pilihanraya.   Oleh yang demikian, pemimpin politik dilihat berlumba-lumba untuk mengambil hati bukan Melayu melalui berbagai cara. 
 
Akibatnya, politik Malaysia kini sudah sampai di tahap paling hina apabila parti-parti politik sanggup berbuat apa saja untuk menang.  Sensitiviti kaum dan agama dimainkan tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab.  Soal isu sensitif mampu membawa kepada huru-hara dan pertumpahan darah sudah tidak dipedulikan lagi. 
 
Parti pembangkang pastinya lebih bebas untuk memainkan isu sensitif kerana mereka tidak perlu bertanggungjawab ke atas kelamatan negara dan juga rakyat.  Malah mereka lebih suka sekiranya berlaku ketegangan kerana ia akan memudahkan mereka menyalahkan kerajaan. 
 
Bersandarkan strategi ini, parti DAP terutamanya, dilihat begitu giat mengerahkan jentera sibernya dan juga rangkaian penyamarannya dalam bentuk NGO dan juga wakil agama untuk melakukan provokasi terhadap orang-orang Melayu-Islam.   Pemimpin mereka juga dilihat sengaja 'menjolok' orang-orang Melayu dengan dengan berbagai isu, termasuk Kalimah Allah, isu Injil berbahasa Melayu dan juga penghinaan rambang terhadap agama Islam dan juga Raja-raja. 
 
Setiap kali orang Melayu bangkit membela agama dan Raja-raja yang dihina, mereka akan dituduh oleh DAP sebagai orang-orang UMNO yang rasis. 
 
Matlamat pembangkang adalah untuk meraih 100% sokongan bukan Melayu di samping meniupkan prasangka terhadap kerajaan Melayu.  DAP begitu yakin orang-orang Melayu yang menolak UMNO akan terus bersama PR biarpun parti itu menggadaikan maruah Melayu dan Islam. 
 
Ternyata perkiraan mereka tidak meleset apabila pada 16 Februari lepas, kita melihat Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh masuk ke Gereja Holy Family, Kajang untuk berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang.  Tujuan Anwar adalah tidak lain tidak bukan untuk 'menyenangkan hati' masyarakat Kristian yang kini giat menuntut penggunaan kalimah 'Allah' dalam Injil berbahasa Melayu.  Dalam ceramah tersebut, Anwar menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua agama. 
 
Apa yang hadirin di Gereja Holy Family tidak tahu ialah, dalam ceramah Anwar di Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras, Kajang pada 12 Februari sebelum itu, di hadapan orang-orang Melayu, Anwar meyakinkan orang-orang Melayu yang kalimah Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai pemimpin PR tidak akan membiarkan penganut lain menggunakannya sewenang-wenangnya. 
 
Tindakan Anwar berkempen di gereja berjaya menggembirakan bukan Islam.  Kononnya, tindakan Anwar adalah lambang 'kesederhanaan' yang sebenar.  Blog dan portal milik pembangkang menjadikan Anwar sebagai 'harapan' ke arah perpaduan rakyat Malaysia.
 
Persoalannya,  apakah pemimpin Islam perlu masuk ke gereja merendahkan diri di hadapan bukan Islam maka barulah 'perpaduan' sebenar dapat dicapai? 
 
Apakah dengan menonjolkan pendirian berbeza di pentas yang berlainan merupakan contoh 'kesederhanaan' mengikut penilaian pembangkang?   
 
Hakikatnya, sejak dari mula lagi, Anwar sentiasa terbuka dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Malah, PAS juga pada satu ketika, turut menyebelahi Kristian sehinggakan kerajaan pimpinan UMNO dikecam hebat kerana menghalang pengedaran 35,100 Injil berbahasa Melayu yang masuk melalui pelabuhan Klang. 
 
Justeru, ceramah Anwar di hadapan orang-orang Melayu kononnya beliau akan mempertahankan kalimah 'Allah' merupakan satu penipuan semata-mata - sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang mahupun sebagaimana beliau menipu akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September suatu ketika dahulu, atau mengenai tidak pernah meliwat sesiapa. 
 
Dengan berceramah di gereja, kini pihak Kristian, orang-orang bukan Islam, kumpulan ekstremis Cina dan golongan liberal semakin yakin yang Anwar merupakan seorang calon yang paling tepat untuk dinobatkan sebagai pemimpin boneka mereka.  
 
Sudah tentu pengiktirafan itu tidak akan diberikan jika Anwar dilihat tidak mampu menunaikan segala permintaan mereka.  Sudah tentu mereka tidak akan memuji Anwar sebagai 'harapan perpaduan' jika Anwar komited untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa sebagaimana pemimpin UMNO.   Sudah tentu mereka tidak akan mengiktiraf Anwar sebagai 'sederhana' jika Anwar juga setegas pemimpin UMNO mempertahankan kalimah 'Allah'.
 
Berdasarkan hakikat ini, fikirkanlah apakah untungnya kepada umat Islam jika Anwar dilantik sebagai wakil Kajang, Menteri Besar Selangor mahupun Perdana Menteri Malaysia?   Apakah hasilnya ceramah Anwar di gereja kepada orang-orang Melayu dan Islam?  
 
Apakah benar Anwar mampu mengukuhkan perpaduan melalui ceramah tersebut?  Atau hanya memperkukuhkan kedudukan penentang Islam, di samping melemahkan lagi kedudukan Islam? 
 
Anwar boleh saja menyeru kepada perpaduan tanpa perlu ke gereja jika benar beliau tidak terdesak untuk membuktikan kepada DAP yang beliau sentiasa bersama mereka.  Apa yang berlaku menunjukkan yang Anwar kini sudah lebih dari terdesak dan berada betul-betul di bawah tapak kaki DAP dalam perjuangannya  untuk merebut kuasa. 
 
Untuk umat Melayu-Islam, ingatlah, DAP tidak akan sekali-kali memuji Anwar, jauh sekali mengangkat beliau sebagai Ketua sekiranya mereka tidak mampu menguasainya. 
Sent from my BlackBerry® smartphone

14/02/2014

Anwar Guna Muhammad Taib Pujuk Pas Dan Istana Selangor

Masih ramai yang tertanya-tanya, apa muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan membawa bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor.

Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang baru-baru ini, mengatakan Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Tyson itu mempunyai kepakaran dalam program desa dan ia amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.

Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan tersebut mengatakan dia sedia membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya. Menjelang pilihanraya umum yang lalu, dia juga pernah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pas

“Politik itu adalah the ‘art of possible’. Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.

Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar. Dia melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Ia sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan pemerhati politik yang merasakan ia sebagai satu muslihat Anwar untuk memujuk para penyokong, ahli dan pimpinan Pas yang sebelum ini membantah keras sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan Selangor.

Umum mengetahui antara sebab utama berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah bertujuan untuk membolehkan Anwar bertanding sekali gus membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.

Ia ekoran dari masalah dalaman dan perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang saling menyerang antara satu sama lain. Atas alasan itu, PKR mendakwa Anwar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson diperlukan atas kepakarannya, mengapakah perkara itu tidak diumumkan oleh Khalid? Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang masih menyandang jawatan tersebut, sudah pasti Khalid mempunyai ‘locus standi’ untuk menjemput Mat Tyson berbanding Anwar.

Atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar yang baru. Atau Anwar sebenarnya mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat Tyson yang pernah menjadi ipar kepada Sultan Selangor.

Ini kerana walau apa pun strategi yang digunakan oleh Anwar, ia tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Ini kerana keputusan terakhir untuk melantik menteri besar yang baru terletak atas budi bicara Sultan Selangor, sekiranya Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti, semua kemelut di dalam ‘Gerak Kajang’ ini merupakan satu kerja yang sia-sia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...