Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md
Alwi Che Ahmad menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai pembohong
kerana cuba menipu polis dan masyarakat kononnya dia telah diugut dan ancam.
Sedangkan menurutnya tujuan dia
menghubungi Teresa adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang
dikeluarkan sebelum ini.
"Macam mana saya nak ugut beliau
sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau
untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat sebelum ini, kerana ia
telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam” katanya kepada pemberita
selepas membuat laporan polis itu semalam.
Menurut Alwi, bagi mengelakkan salah faham
dan mempertahankan haknya, satu laporan polis balas telah dibuat bagi
menjelaskan perkara yang sebenar.
“Sebenarnya itu fitnah besar, dia telah
berbohong kepada polis, berbohong kepada masyarakat dan berbohong kepada semua
orang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu
semalam.
Alwi turut menjelaskan ketika menghubungi
Teresa, panggilan tersebut telah dijawab oleh seorang individu yang
memperkenalkan diri sebagai pembantu kepada ahli parlimen itu.
“Saya nak tanya betulkah, YB Teresa
mengatakan Melayu boleh mati. Dia (pembantu Teresa) mengatakan tidak. Kalau
tidak bagaimana boleh ada video yang mengatakan, dia menyebut Melayu boleh
mati.
“Kalau YB Teresa kata Melayu boleh mati
(Malay Si), saya nak katakan YB Teresa ini cina babi, makan babi dan dia memang
sah babi.. kalau dia tak kata, suruh dia menghubungi saya semula.
“Saya ini Alwi kawan dia. (Kita) sama-sama
(merupakan) ahli parlimen dulu. Dia kenal saya dan saya pun kenal dia. Minta
dia telefon saya semula dan terangkan kepada saya, mengapa dia berbuat macam
itu” jelas beliau lagi.
Ahli parlimen DAP itu, sebelum ini
menerima kecaman pelbagai pihak dan lapisan masyarakat ekoran penerbitan sebuah
video klip pendek bertajuk ‘Onederful Malaysia’ yang telah menaikkan kemarahan
rakyat dan menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.
Menyedari akan kesilapannya itu, dia
kemudiannya meletakkan kesalahan tersebut di bahu UMNO yang jelas tiada
kena-mengena dengan isu tersebut.
Selain menyebut perkataan Malay si, klip
video yang berdurasi selama 11 minit 39 saat itu turut memuatkan sindiran
kepada pemimpin negara serta fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah dan
mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina.
Teresa Kok bagaimanapun mempertahankan klip video tersebut dan menyifatkannya
sebagai satira politik.
Mengulas lanjut, Md. Alwi berkata, fitnah
dilemparkan Teresa Kok boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak bagi mengalih
perhatian masyarakat daripada terus mempertikaikan klip video yang disiarkan di
laman YouTube.
"Kita di Malaysia ini, walau dari
parti mana sekali pun, jangan lakukan sesuatu yang boleh membuatkan bangsa lain
marah kalau nak hidup aman. Pandai buat, pandailah tanggung.
"Lagipun dia kata nak buat satira
politik, masalahnya sejak bila pula dia masuk Maharaja Lawak,"
katanya.
Berikut adalah rakaman seisi sidang akhbar
yang diadakan semalam :
No comments:
Post a Comment