jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

30/04/2013

Muslihat Bila Kalah Dalam Pilihanraya

Blogger Syed Akbar Ali mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan rancangan kekacauan yang mahu ditimbulkan oleh pakatan pembangkang. Perhimpunan Bersih yang berlangsung sebelum ini menunjukkan ada anasir-anasir jahat dari luar yang membantu menghuru-harakan negara.

Perkara yang sama mungkin berulang sekiranya pakatan kalah PRU13. Tidak mustahil Malaysia akan dibakar dan rakyat akan kacau bilau dengan tindakan pakatan pembangkang ini. Mereka mahu mengambil alih kerajaan melalui kaedah keganasan kerana tidak diterima majoriti rakyat. Demonstrasi jalanan setiap hari, huru-hara, lebih teruk lagi adalah pembunuhan akan berleluasa sekaligus mencetuskan permusuhan antara kaum.

Kita juga tidak seharusnya lupa bagaimana kelompok yang rakus mahukan kuasa politik itu melaungkan reformasi pada sekitar tahun 1999, hanya kerana mereka merasakan sudah tiba masanya BN digantikan. Namun tindakan cekap pihak berkuasa berjaya mematahkan percubaan itu. Dan kini mereka ingin mencuba melakukannya kembali.

Rakyat harus berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang negara. Ini kerana pakatan akan melaksanakan perkara itu bagi memastikan hasrat mereka tercapai untuk mentadbir negara. Jangan mudah terpedaya dengan laungan pembangkang. Penyokong pembangkang seharusnya berupaya berfikir secara rasional agar tidak mudah terjebak dengan insiden yang memudaratkan.

Keganasan adalah senjata terakhir pakatan pembangkang untuk menawan Malaysia tanpa menggunakan suara demokrasi rakyat. Alasan-alasan akan dicipta mereka kerana mahu mencetuskan keraguan terhadap SPR, dan juga sistem pilihan raya.

Mereka akan memastikan kerajaan yang dilabel sebagai rejim ini ditumbangkan dan mengharapkan simpati negara luar untuk menyokong perjuangan mereka. Petanda awalberlaku dengan tindakan mereka menyalahkan SPR berkenaan keraguan yang wujud ketika sesi pengundian awal tentera dan polis.

Itu adalah langkah pertama mereka untuk mencetuskan huru hara yang akan berlarutan sehingga selepas pilihan raya. Penyudahnya ekonomi negara akan merundum dan rakyat akan memberontak sekaligus menyalahkan kerajaan kerana gagal meningkatkan ekonomi negara. Sedangkan hakikatnya, mereka yang menghancurkan struktur ekonomi negara dengan mencetuskan keganasan dan memberontak untuk menggulingkan kerajaan.

Pakatan pembangkang memang mahukan kuasa politik sebab itulah biar pun berbeza ideologi politik mereka sedia bergabung dalam satu kerjasama. Namun kerjasama mereka hanya berteras hasrat untuk menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya tetapi soalnya mampukah mereka mentadbir seperti mana dilakukan oleh BN selama ini?

Mereka tidak ada perancangan, apa yang mereka lakukan sekadar menjadi 'saudagar mimpi dan pemborong janji'. Mereka hanya tahu menyalahkan BN seolah-olah mereka pilihan terbaik untuk memimpin negara.Kita tidak menafikan dalam pentadbirannya, BN juga ada kelemahan tetapi ia tidak sampai kepada menghumban rakyat dan negara ini dalam lembah kesengsaraan dan kekacauan.

Segala permasalahan rakyat sentiasa menjadi keutamaan BN sebab itulah dari semasa ke semasa biar pun bertukar kepimpinan tradisi membela rakyat yang dipelopori oleh parti itu tidak pernah ditinggalkan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Doa Khas Dari Gereja Jurusalem Untuk Kemenangan Pakatan Rakyat

Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13. Video tersebut boleh didapati di https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2xlCXo1ZgmY#at=276

Antara kata-kata 'doa' pihak gereja ialah 'Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya'. Dan 'kami akan membawa Malaysia bersama' 'tiada lagi kegelapan buat Malaysia' dan lain-lain lagi.

Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, 'bakal kerajaan baru Malaysia' seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti. Mengikut mereka, 'kerajaan baru' inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan 'Tuhan'.

Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya. Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk 'tidak percaya' daripada menyiasat dan memikirkannya. Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan. Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO. Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.

Tentulah ini tidak masuk akal.

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh. Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar. Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel. Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?

Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel. BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim.

Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata. Kenapa? Apakah sudah sah yang PR akan menang? Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang? Atau apakah PR akan memastikan mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah?
Kita mungkin tidak akan mampu untuk 'memulihkan penglihatan' atau 'mengembalikan kewarasan' saudara-saudara kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk. Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi.

Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir. Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan 'hilang' secara perlahan-lahan.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Luahan Anak Dr Mazlan (Calon Lawan Anwar Ibrahim)

Luahan Anak Dr Mazlan


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.

Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini.

Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat! Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak.

Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat.

Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la".. Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang.

Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS,bukan bawa agenda Islam,bukan ada Majlis Syura,bukan dasar Islam pun.Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar,itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim.

Persoalannya,siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim,bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim,aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin,membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita.Berlambak lagi yang layak,nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR,PAS,bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR,dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak.Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim.Jangan dok ambik personal.Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa,kami bukan lawan PAS. PAS jugak untung kalau Anwar takdak,boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai,hampa khatam blog yang aku sertakan itu,lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu,pi jumpa ustaz-ustaz,bagi link blog tu suruh depa baca,dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi,yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la,buat video seks konon Mustafa Ali la,apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir,tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi.Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak.

Buang la sifat taksub tu...Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa,ya kita kesian kalau benda itu benar ; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni.

Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau.

Awat kalau kesian kat dia,dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.Ni orang yang fikrah Islam yang jelas,dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin.

So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq,yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja,biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa.
Sent from my BlackBerry® smartphone

28/04/2013

PAS Akur Dengan Parti Calon Komunis

"Ada calon yang menjulang gambar Stalin, macam mana orang PAS nak sokong. Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP – tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, Karl Marx. Gambar Karl Marx duduk dalam markas, nak suruh orang PAS kerja, macam mana nak suruh orang PAS kerja?

"Komunis di haram di Malaysia. Itu yang jadi bertindih itu. PAS nak selamatkan PR – tak nak jadi macam Perak. PAS tetap bersama PR," demikian penjelasan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama PR dalam PRU-13.

Kenyataan Presiden PAS itu secara langsung merujuk kepada pertindihan kerusi di kawasan DUN Kota Damansara di mana PAS telah menghantar calonnya menyebabkan pertembungan dengan calon PR iaitu Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR.

Walau dibaca berkali-kali kenyataan Hadi itu, maksudnya tetap sama di mana PAS sama sekali tidak akan redha dengan pencalonan tokoh politik yang berfahaman sosialis dan komunis. Itu pendirian PAS seminggu yang lalu yang sewajarnya dipertahankan kebenarannya.

Kini selepas menerima tekanan demi tekanan yang diterima dari PKR dan DAP, lain pula yang berlaku apabila PAS akhirnya mengalah memberi laluan kepada calon PSM yang seminggu lalu dipandang keji dek kerana Dr Nasir berfahaman sosialis, bab kata Nik Aziz ideologi itu ibarat adik kepada komunis.

Mengikut kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali, keputusan PAS menarik diri di DUN Kota Damansara adalah untuk mengekalkan status quo kerana kerusi itu sememangnya kuota PKR. Baru sekarang mahu sedar, maksudnya memang parah benar masalah kesepakatan dalam PR.

Perubahan mendadak pendirian PAS ini secara umumnya dialu-alukan oleh penyokong PR khususnya dari DAP dan PKR, tapi di hati kecil penyokong PAS wujud perasaan menggelodak amarah dan malu kerana terpaksa menyokong calon yang berideologi sosialis.

Patutlah dulu beria-ia benar Mat Sabu memuja kezaliman yang dilakukan oleh Mat Indera Komunis di Bukit Kepong, agaknya tahu suatu hari nanti PAS akan bekerjasama untuk menjayakan golongan yang sealiran dengan Mat Indera rupanya.

Apa pun, dengan perkembangan terbaru ini, sahihlah betapa rapuhnya PAS dalam mempertahankan pendirian dan prinsipnya, itulah puncanya kenapa dalam banyak isu misalnya kalimah Allah S.W.T, hudud, negara Islam dan kemurtadan, mudah benar PAS tewas dan tunduk kepada DAP dan PKR.

Jati diri PAS zaman sekarang jauh sangat bezanya berbanding dulu, prinsipnya rapuh sampaikan sanggup digadaikan segalanya demi menuju puncak kuasa yang tak ketahuan.

Jenis parti sebegini memang tak layak untuk menjadi pengganti kepada UMNO. Bahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, eloklah pada PRU-13 5 Mei 2013 ini nanti, para penyokong PAS yang menyedari hakikat ini bergabung tenaga dengan rakyat Malaysia yang lain untuk sama-sama talkinkan saja PAS. Demi masa depan, itulah yang sepatutnya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

PR Juara Propaganda

Asal sahaja ada program politik kepartian anjuran pakatan pembangkang, pastinya khalayak ramai akan dihidangkan dengan pelbagai angka bombastik mengenai jangkaan kehadiran di majlis tersebut.

Soal logik atau tidak anggaran kehadiran dibandingkan dengan keluasan lokasi program biasanya diabaikan, yang penting angka dan nombor wajib gah di mata umum, sementara gambar dan video yang dirakamkan pula fokus pada tempat yang padat sebagai bukti sokongan.

Dulu dan sekarang, itulah modus operandi parti pembangkang, mereka gemar bermain propaganda dengan angka dan nombor, meskipun jumlah kehadiran cuma 50 orang tetap boleh diperbesarkan angkanya menjadi lima ribu hadirin seperti mana yang berlaku di Melaka baru-baru ini.

Manakala majlis ceramah sulung yang dihadiri bekas MB Selangor, Mat Taib di dataran Kemerdekaan Shah Alam pula PR terutamanya PAS mendakwa ianya mendapat sambutan kehadiran lebih 10,000 orang. Seperti biasa, foto dan video fokus pada tempat padat dicanangkan sebagai propagandanya.

Realitinya, hanya sekitar 1,500 sahaja yang hadir kebanyakannya merupakan ahli PAS Kawasan Shah Alam, Klang dan kota Raja yang dikerah hadir untuk memeriahkan majlis.

Demikian halnya satu lagi contoh klasik sewaktu PR menganjurkan Himpunan kebangkitan rakyat (HKR) di Stadium Merdeka, tanpa segan silu mereka mengwar-warkan jumlah kehadiran melebihi seratus ribu orang, malah ada yang terlebih hebat lagi gah mengumumkan 700,000 orang membanjiri lokasi himpunan.

Hakikatnya yang hadir sekitar 45,000 orang sahaja termasuklah yang berada di luar stadium yang kecil itu, tapi para pemimpin dan penyokong PR tetap juga mendesak umum mempercayai angka dan nombor yang mereka nyatakan.

Dalam politik bombastik sebegini ia seumpama memalu pukulan pada gendang, kuat dan bingit bunyinya namun realiti di dalamnya kosong sebab itu sedari dulu juga acap kali parti pembangkang tewas di medan juang sebenar kerana angka yang dipropagandakan tidak realistik dengan keadaan sebenar.

Itu belum diambil kira segala macam jentera kerahan tenaga yang diarahkan meramaikan sesuatu majlis dengan tujuan untuk menimbulkan kegeruhan, dari aspek perang psikologi mungkin betul ia bermanfaat tapi apa gunanya bila yang datang tetap juga orang yang sama.

Lihat saja contoh semasa PRK DUN Tenang dan Kerdau, hampir setiap program PR kelihatan ramai dari dalam gambar dan video, tapi bila tiba hari keputusan pengundian ternyata undi untuk calon pembangkang makin berkurangan.

Mana tak kurangnya bila jumlah hadirin yang sebenar-benarnya ialah 3,000 orang di sesuatu majlis PR namun tak sampai 200 orang pun yang merupakan penduduk tempatan atau pun pengundi. Tapi dalam siaran media gah diumumkan seramai 20,000 atau 30,000 yang hadir. Itu dinamakan propaganda bak memukul gendang kosong hasilnya yileks, zero.

Hari-hari terakhir menjelang PRU-13 ini pastinya propaganda angka dan nombor akan terus dimainkan oleh PR, soal ia realistik atau sebaliknya, dipercayai atau diragui itu suku kira.

Yang penting bagi mereka, juara dalam propaganda bombastik ini perlu terus dipertahankan, kerana itu sajalah satu-satunya cara yang dirasakan bukti kukuh akan kewujudan pengaruh mereka dalam dunia politik tanah air.
Sent from my BlackBerry® smartphone

27/04/2013

Ubahkan Anwar, Kit Siang & Karpal

Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.

Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.

Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

26/04/2013

PAS Tidak Mampu Laksanakan Hudud

Pas tidak mungkin dapat melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana bakal ditentang hebat DAP selain gagal memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan dalam konteks pentadbiran negara ini.

Sehubungan itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) menggesa Pas berhenti menjadikan pelaksanaan hukum hudud tersebut sebagai isu politik.

Malah, beliau turut membidas Pas supaya lebih menumpukan kepada perkara yang boleh dilakukan mereka untuk negara berbanding berdebat berkenaan isu berkenaan.

"Kalau Pas menang semua kerusi pun dalam pilihan raya kali ini, Pas tidak boleh laksana hukum hudud Pas kerana mereka akhirnya akan berbalah sesama sendiri.

"Itu sebabnya isu hudud Pas tidak ada makna kalau dibahas sekalipun, hanya jadi mainan dalam pilihan raya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima kunjungan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail di rumahnya di Kampung Mengkuang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang tetap dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud Pas di negara ini sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya.

Kenyataan Karpal itu sebagai membantah Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din kelmarin yang bertegas mahu melaksanakan hudud Pas kerana menyifatkannya sebagai asas dalam perundangan Islam.

Walau bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas Karpal membuat penegasan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mempertahan Harun dengan menegaskan, Pas tetap akan melaksanakan undang-undang hududnya kerana yakin Perdana Menteri pembangkang kelak seorang Islam.

Ditanya mengenai janji dalam pilihan raya, Mohd. Asri berkata, dari sudut Islam pihak yang tidak menunaikannya termasuk janji dalam pilihan raya umum disifatkan sebagai munafik.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pengundi melihat calon berkualiti dan bukan melihat kepada parti semata-mata termasuk dalam persaingan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Kalau calon tidak berkualiti, letak lambang apa pun tak jadi kerana dia tak boleh cakap di Parlimen dan tidak boleh bagi pandangan bernas.

"Oleh itu, bila calon ada kualiti latar belakang yang bagus, kita bagi keutamaan. Sebab itu penting untuk pengundi benar-benar mengenali calon yang boleh bekerja untuk rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Asri berkata, beliau akan menganjurkan forum bertajuk Permatang Pauh dengan Dr. Mazlan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli panel manakala beliau sendiri bertindak sebagai moderator.

"Saya mahu rakyat mendengar pandangan kedua-dua pihak mengenai Permatang Pauh.

"Saya sudah 'tweet' Anwar berkenaan forum ini, tetapi belum dapat persetujuannya dan kalau beliau dapat hadir, baguslah kerana kita mahu tanya visinya untuk Permatang Pauh," katanya.
Sent from my BlackBerry® smartphone

25/04/2013

Pakatan Guna Taktik Ganas

Mangsa letupan bom tersebut adalah seorang petugas kempen BN dan beliau cedera di kaki. Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Semalam, seorang jurukamera RTM dipukul oleh penyokong PAS di Gua Musang. Beliau kemudian telah meninggal dunia dan anak Allahyarham inginkan keadilan bagi perkara ini.

Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk "Malaysian Spring", bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu.

Rakyat Malaysia harus menolak ekstremisme yang dibawa oleh PR agar keharmonian negara dapat terus dikekalkan. Perkara ini sudah dijangkakan awal lagi, di mana pembangkang akan menggunakan taktik kotor dan ganas untuk mewujudkan kekecohan pada PRU ini.

Penganalisis politik tersohor masa kini iaitu mantan perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah menjangkakannya seawal tahun lepas. Pada 25 Mei 2012, beliau ada menulis di blognya mengenai politik ganas dan kotor amalan pembangkang.

Menurut Tun, pemimpin parti lawan mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada BN, kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.

"BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan BN," katanya dalam catatan blog beliau di chedet.cc pada tahun lalu.

Dr Mahathir berkata segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

Justeru, katanya, maka Bersih dicipta dan tunjuk perasaan yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan. Kemudian, mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh di manipulasi mereka," katanya.

Dr Mahathir berkata sudah tentu sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara selain segala perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan. Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemonstrasi.

Malaysia akan dicap sebagai Police State," katanya. Beliau berkata Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya.

"Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih kerajaan. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak menjadi kenyataan," katanya.

Dr Mahathir berkata inilah yang akan berlaku kerana parti bukan BN kecewa tidak dapat ke Putrajaya dan jika dengan cara ganas mereka ini membuatkan mereka berjaya merebut kuasa, maka demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa negara ini.

Jika ini yang ingin dibawa pembangkang, maka untuk mengecap sebuah negara maju dan aman adalah satu perkara yang amat mustahil. Jangan biarkan nafsu ghairah reformasi menguasai diri, sebaliknya biarlah fikiran yang waras menilai situasi yang terbaik untuk masa depan Malaysia.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Hanya Syaitan Guna Taktik Kotor


Beberapa hari sebelum hari penamaan calon sempena PRU-13 berlangsung, PR khususnya PKR agak fokus dalam mencanang propaganda kononnya Mufti Perlis iaitu Dr Juanda Jaya bakal mewakili parti itu di Parlimen Kangar.

Secara umumnya propaganda itu berjaya menarik perhatian umum malah turut menyemarakkan semula semangat penyokong PKR yang hampir longlai gara-gara diselubungi pelbagai isu terutama sekali perihal perebutan kerusi sesama PR.

Tiba hari penamaan, akhirnya kebenaran terserlah apabila Dr Juanda tidak muncul sebaliknya calon PAS pula yang bertanding di Parlimen Kangar. Hancur luluh harapan penyokong PR untuk melihat seorang Mufti menjadi calon mereka.

Rupa-rupanya sedari awal lagi Dr Juanda tidak pernah memberi kata putus, ini bermakna pengumuman PKR sebelum ini tidak hanya satu propaganda kosong tapi juga satu taktikal politik yang kotor, jijik dan jahat.

Patutlah beberapa hari sebelum penamaan calon, Dr Juanda pernah melabelkan berita mengenai dirinya bakal menjadi calon PKR merupakan berita dari syaitan. Rupanya memang betul, kerana hanya syaitan saja yang gemar menggunakan taktik kotor disebabkan niatnya memang jahat sejak azali.

Tapi nak pelik apa dengan taktik kotor yang diguna pakai oleh PR, sedangkan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu di Sabah boleh ditajanya, apa sangatlah setakat memperalatkan nama orang lain untuk kepentingan politik kepartian.

Dr Juanda mungkin kritis pada BN tapi seperti mana beliau akui, walaupun bukan penyokong tegar BN tapi tiap kali pilihan raya umum berlangsung beliau sentiasa mengundi BN kerana hanya parti itu yang konsisten menegakkan Islam.

Kenyataan Dr Juanda benar, jika tidak, masakan Imam Masjid Al-Nabawi, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair juga mengiktiraf usaha Kerajaan BN dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Baik kenyataan Dr Juanda mahu pun pujian yang diluahkan oleh Imam Masjid Al-Nabawi, Madinah itu, ia jelas menunjukkan BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia.

Jika PR tidak sinonim dengan taktik kotor dan tidak bergelumang dengan liberalisme dan pluralisme, mungkin Dr Juanda memihak kepada PR dan Imam Madinah itu pula akan memuji PKR atau PAS, namun realiti hari ini menunjukkan orang yang bersih jiwa raganya selesa bersama BN.

24/04/2013

PAS Sedia Ditendang Dari Pakatan

Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.
Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud
Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.
Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.
Sebaliknya ia hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS diperalatkan untuk kepentingan DAP, sama seperti mudahnya PAS tunduk pada kehendak DAP dalam isu kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini PR tetap dengan pendirian kalimah suci itu boleh diguna pakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
DAP tetap dengan pendirian menolak hudud PAS dan menentang Negara Islam, sebaliknya kerjasama yang dijalin antara DAP dan PAS melalui PR hanyalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.
Tiada yang menghairankan dengan kenyataan Pengerusi DAP itu kerana sebelum ini pun DAP sering mempertahankan pendiriannya berhubung perkara ini. Malah pada 30 Julai 2012, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.
Dari satu sudut, jika dilihat pada kenyataan tegas Dr Haron Din, ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat PAS untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 kelak PR berjaya menguasai di peringkat Pusat.
Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana PAS akan menerajang keluar DAP dari PR seandainya perjuangan melaksanakan hudud PAS terus dihalang oleh DAP, senario ini nampak mustahil tapi logik.
Andai benar sedemikian, kita boleh jangkakan PR tidak akan kekal lama sebaliknya haru-biru dan kecelaruan pula yang menimpa negara disebabkan pertelingkahan sesama sendiri dalam pakatan yang tak sepakat.
Yang pastinya, percanggahan ketara di antara PAS dan DAP hari ini hakikatnya membuktikan ketidaksepakatan PR, ia mungkin dianggap kecil tapi bagi khalayak bagaimana mungkin sebuah pakatan yang tidur sebantal mimpi lain-lain mampu membawa perubahan yang di war-warkan.
Sent from my BlackBerry® smartphone








PSM Berang Kenyataan Haji Hadi


Isu pertindihan kerusi antara parti PAS dan PKR dalam PRU 13 masih belum diselesaikan secara baik. Kenyataan terbaru daripada Presiden PSM menunjukkan wujud kecelaruan antara pucuk pimpinan PKR dan PAS dalam menyerahkan watikah pencalonan kepada calon untuk DUN Kota Damansara.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sewaktu membuat sidang media di Kota Damansara telah menuntut Hadi Awang menjelaskan dakwaannya mengenai calon PKR yang terlibat dengan ideologi "Komunisme". Mohd Nasir Hashim, Presiden PSM telah menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan Hadi Awang yang merujuk kepada PSM terlibat dengan ideologi "Komunisme".

Kenyataan Hadi itu juga membuatkan kepimpinan PSM naik berang. PSM juga mahu Hadi Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. 
PAS seharusnya lebih tegas dalam hal ini dan memberi kata dua kepada Pakatan  Rakyat sama ada memilih mereka atau PSM. Ini kerana kepimpinan PAS menolak fahaman komunisme dalam PR, yang mana sebelum ini Mat Sabu dengan jelas menyatakan sokongan terhadap perjuangan Mat Indera membunuh tentera Melayu di Bukit Kepong.

Hadi juga seharusnya membuat pencerahan berhubung perkara itu, dengan menyatakan pendirian Majlis Syura Ulamma PAS apakah hukumnya bekerjasama dengan mereka yang berfahaman komunisme yang terang-terang menolak amalan agama dan bertentangan dengan hukum  Islam.

Adakah PAS akan memberi teguran keras kepada PSM atau sebaliknya tunduk kepada arahan DAP?

Kita sama-sama nantikan jawapan Hadi dalam menyelesaikan isu ini. Selama ini mereka melaungkan pentadbiran cara Islam, namun apabila berlaku kejadian seperti ini, PAS masih membisu tanpa sebarang keputusan.

Ubah Kepada Kebaikan Bukan Keburukan

Pakatan Rakyat (PR) kerap kali melaungkan slogan "Ubah" dan menjadi trademark mereka dalam setiap majlis mahupun ceramah. Namun secara realitinya, apakah maksud ubah yang dilaungkan pemimpin mereka akan membawa kepada kebaikan yang diimpikan.
Ubah perkara yang kurang baik kepada perkara yang lebih baik adalah tindakan wajar namun ubah kepada perkara yang lebih teruk adalah bencana. Kerajaan Barisan Nasional (BN) ternyata memperlihatkan satu contoh tadbir urus dan kredibiliti yang tinggi dalam soal pentadbiran negara.
Buktinya terserlah apabila rakyat kini bukan sahaja menikmati hidup yang selesa malah negara juga berjaya memacu ekonomi sehingga tidak terbeban dengan ekonomi dunia yang merundum. Kita lihat contoh beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat yang dilanda krisis kewangan akinat kelembapan ekonomi dunia.
Malah, Greece juga diisytiharkan bankrup kerana tadbir urus yang lemah. Malaysia setakat ini masih lagi nerada dalam keadaan yang mana rakyatnya tidak perlu merempat dan kemudahan yang disediakan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat sangat berkesan.
Pembahagiaan kekayaan juga menunjukkan tiada rakyat yang tercicir, namun sebaliknya, penyokong pembangkang harus berfikir dua kali memandangkan sikap mereka yang sering bertindak fanatik tanpa berfikir secara waras. Baru-baru ini penyokong-penyokong PR telah bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan apabila mengugut untuk merogol dan membunuh seorang gadis yang pro-BN. Akibat rasa taksub dan fanatik kepartian itu telah membutakan mata dan hati mereka untuk membezakan yang hak dan batil.
Lebih-lebih lagi pemimpin mereka kerap melaungkan slogan fitnah terhadap BN yang merupakan sekadar andaian tanpa mempunyai bukti kukuh. Ia menjurus kepada sentimen berpuak-puak atas dasar kepartian yang mana seterusnya mencetuskan bibit-bibit permusuhan bukan sahaja terhadap sesama kaum, bahkan juga masyarakat berbilang kaum. Selain itu, pemimpin-pemimpin pembangkang juga sering bertindak bongkak. Mereka tidak boleh ditegur, sebaliknya perlu diampu bagi menjaga martabat mereka.
Antaranya adalah calon PAS di kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berlagak pada hari penamaan calon Sabtu lepas, dan juga Ong Kian Ming dari DAP menyuruh pemberita memanggil beliau dengan gelaran “Doktor” kerana memiliki PhD. Sekiranya mereka ini terpilih menjadi wakil rakyat, sebenarnya pengundi telah memilih orang yang salah untuk diubah. Mereka telah membenarkan diri mereka memilih calon yang bukan sahaja tidak mempedulikan mereka, tetapi juga bakal menyusahkan hidup mereka.
Mungkin tempoh 5 tahun bagi satu penggal Parlimen akan dianggap percubaan, namun perlu diingat pepatah mengatakan "sudah terhantuk baru tergadah" yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum sesebuah kerajaan itu ditukar. Penyokong-penyokong harus sedar dan "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis" kerana sekiranya " harapkan pagar pagar makan padi" semuanya tidak akan berguna lagi kerana "nasi sudah menjadi bubur".

23/04/2013

Sah PKR dan PSM Adalah Syaitan #GE13


Sebuah rakaman video ceramah Hadi Awang pada 21 April 2013 yang bertempat di Kampung Tebakang, Alor Limbat telah ‘meletup’ di youtube dan menggegarkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Dalam ceramah tersebut, Hadi Awang cuba menjelaskan kepada hadirin tentang kenapa terjadinya pertindihan kerusi dengan PKR di beberapa tempat.   

Menurut Hadi, pertindihan berlaku kerana ingin menyelamatkan PR contohnya, di Johor di mana calon PKR lambat menyerahkan borang dan PAS perlu bertindak menyerahkan borang terlebih dahulu agar BN tidak menang tanpa bertanding.   Pertindihan juga berlaku kerana mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menerima nasib yang sama seperti di negeri Perak di mana PAS memerintah sekejap sahaja.  

Selain itu, PAS juga perlu menyelamatkan PR dari calon-calon PKR yang tangkap muat dan ‘tidak selamat’.  

Beliau menjelaskan bahawa antara sebab calon-calon PKR tersebut dianggap tidak selamat ialah kerana dikenalpasti sebagai ‘penjual pil kuda’. Ini tentulah tidak boleh diterima oleh PAS.   Lebih dahsyat lagi, menurut Hadi, pertindihan juga berlaku kerana ada calon parti sekutu yang menjulang tokoh komunis seperti ‘Lenin, Stalin dan Karl Marx’ sehinggakan gambar-gambar pemimpin tersebut digantung di dalam markas parti.  

Pastinya, calon yang dirujuk oleh Hadi ialah Dr Mohd Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bakal bertanding di Kota Damansara.  

Hadi kemudiannya secara lantang dan terbuka merujuk kepada PSM sebagai ‘syaitan’. 

Pendirian Hadi terhadap komunis jelas bertentangan dengan Timbalannya, iaitu Mat Sabu yang tegar berjuang bersama DAP untuk menjulang komunis sebagai wira kemerdekaan negara ini.  Tatkala isu tersebut hangat diperkatakan, penyokong-penyokong PAS sendiri berdiri teguh di belakang Mat Sabu dan Hadi tidak pula menghalang mereka.  

Namun, tidak semena-mena, hari ini Hadi merujuk kepada komunis sebagai syaitan pula dan secara terang-terangan memberitahu hadirin bahawa PAS tidak boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada calon PKR juga.   

Tindakan Hadi bukan sahaja membuktikan bahawa persahabatan PAS tidak pernah ikhlas tetapi juga membuktikan bahawa Hadi langsung tidak menghormati Ketua Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim.  Sedangkan, sewajarnya Hadi membawa perkara itu kepada Anwar terlebih dahulu dan keputusan muktamad dicapai bersama.  Apa yang berlaku membuktikan bahawa hierarki kepimpinan antara Anwar dan Hadi adalah kabur sama sekali.  

Jika Hadi tidak bercakap atas kapasiti PAS, maka Hadi sebagai seorang individu pastinya seorang yang tidak layak dijadikan kawan kerana beliau seorang yang khianat dan penuh prasangka terhadap sahabat sendiri.  Bayangkan, Hadi sanggup bertindak memburukkan sahabatnya di hadapan orang ramai tetapi bermuka-muka ingin terus bersahabat dengan orang yang sama.  

Apa yang Hadi tidak sedar ialah, beliau sebenarnya hanya meniti pendirian partinya sendiri iaitu ‘sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun, demi untuk menjatuhkan UMNO’.  

Maka, hari ini, Allah SWT telah meletakkan syaitan itu di hadapan Hadi dan Hadi konon baru saja mengenalinya.  Sedangkan, selama ini Hadi telah pun bekerjasama dengan syaitan yang sama, sama-sama mengatur strategi, sama-sama menggaru belakang masing-masing dan mempertahankan sesama sendiri bila diserang UMNO/BN.  

Malah, Hadi juga bersedia berkongsi kuasa dengan syaitan tersebut dengan terus bekerjasama atas nama satu pakatan sekiranya berjaya memenangi pilihanraya.  

Namun, bila si syaitan ingin bertanding menjadi calon, Hadi tak benarkan pula.  


Jika Hadi mengambil sedikit masa untuk merenung ke dalam diri sendiri mungkin Hadi akan memahami bahawa, ‘hanya syaitan yang sanggup bekerjasama dengan syaitan’.  

Dan sesungguhnya, hanya syaitan yang sanggup berbuat apa saja untuk memastikan perpecahan ummah berterusan serta kerajaan pimpinan Islam dijatuhkan.  

Hadi Awang Hina calon PKR


Siapa tidak kenal dengan Presiden PAS yang terkenal dengan sikap menghina orang lain yang tidak sebulu dengan beliau. Mereka yang selalu dihina bukan sahaja daripada golongan tertentu tetapi semua golongan dihinanya asalkan tidak sependapat. 

Bermula dari awal penglibatannya dalam PAS sewaktu muda dahulu bagaimana kita dapat lihat beliau yang terlalu taksub itu menghina ahli Umno dengan menuduh mereka kafir. Sembelihan orang Umno haram, kalau tok kadi tu orang Umno, pernikahan tidak sah dan lain-lain. Itu dulu sewaktu muda tapi bila semakin tua, perangai buang tebiat beliau ini semakin teruk. 

Sewaktu pilihan raya negeri Sawarak dulu, setelah SPR mengumumkan keputusan tidak memihak kepada mereka, Hadi dengan angkuh memperkecilkan penduduk asli sarawak masih mundur, masih pakai cawat dan tidak tahu bagaimana untuk mengundi. 

Kemudian kita digemparkan dengan pendedahan penyelewengan Tabung Memali oleh Cikgu Non. Cikgu Non yang menulis dalam buku beliau menceritakan secara detail dan jelas bagaimana dana dari tabung digunakan oleh orang-orang tertentu di dalam PAS untuk kepentingan peribadi. 

Menyedari kebenaran disebalik penyelewengan itu telah terdedah, untuk mengurangkan kesan daripada pendedahan itu, Hadi menyifatkan cikgu Non hanya cikgu sekolah rendah, beliau kononya tidak tahu apa-apa. Sedangkan selama ini Cikgu Non yang membantu balu-balu Memali meneruskan hidup. 

Ketika kerajaan berusaha untuk mengurang kos sara hidup rakyat, Hadi sekali lagi terus bermain politik untuk menutup kebaikan yang dibuat oleh kerajaan. Hadi sekali lagi dengan angkuh menuduh penerima-penerima BR1M sebagai haiwan. Habis semua orang miskin dihinanya. Islam apakah ini?

Menjelang PRU13 yang bakal menjelang tidak lama lagi, Pakatan yang tidak sekapat itu telah bertembung di 7 buah kawasan DUN & Parlimen untuk PRU13.

Seperti biasa, Hadi akan menghina mereka yang jelas tidak sebulu dan menentang beliau. Kali ini lebih teruk. Jika dulu orang-orang yang dihina adalah musuh dan tiada sebarang pertalian dengan PAS, tapi kali ini sahabat perjuangan beliau juga turut dihina. 

Dalam ucapan ceramah beliau baru-baru ini, beliau dengan keras menuduh ramai calon-calon PKR mempunyai masalah moral termasuk seorang menjual pil kuda dan menjulang perjuangan sosialisme dan komunisme.

Untuk membenarkan apa yang diperkatakan oleh beliau, Hadi berkata tindakan PAS adalah demi “menyelamatkan Pakatan Rakyat.” 
Hahahaa.. Demi Pakatan ke demi parti Hadi oiii!!!

22/04/2013

Lawan Sesama Sendiri


Pilihan Raya Umum ke 13 mencatat sejarah dalam banyak segi bukan setakat pertandingan politik paling sengit dan getir untuk merebut 222 kerusi parlimen serta 505 kerusi dewan undangan negeri.

PRU ke 13 juga melakar sejarah poltik tanah air sebagai pilihan raya paling menarik sejak 1959 dengan 579 calon menawarkan diri untuk bertanding di kawasan parlimen di seluruh negara manakala jumlah yang lebih besar seramai 1,320 calon bagi kawasan DUN.

Barisan Nasional sebagai gagasan politik peringkar kebangsaan yang paling lama dan pengalaman sejak era merdeka mewarisi kesinambungan daripada Perikatan dilihat sebagai 'favourite' untuk memenangi PRU13.

Malah dengan mood amat rakyat yang amat ketara menyokong BN tidak mustahil kemenangan besar BN akan juga diiringi pencapaian majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

PRU13 juga mmperlihatkan ketegasan BN memecat ahli-ahli yang mengkhianati kesetiaan terhadap parti dengan bertanding sebagai calon bebas di mana perkara yang sama juga berlaku kepada beberapa calon parti pembangkang.

Bagaimanapun aspek paling terserlah di dalam pilihan raya kali ini  ialah kemelut yang melanda pakatan pembangkang yang pada mulanya menonjolkan imej seolah-olah mereka adalah satu blok yang berdisiplin, mempunyai organisasi yang kemas dan sukar digugat oleh pihak lawan.

Pada mulanya pembangkang amat yakin terhadap impian mereka menawan Putrajaya tetapi setelah parlimen di bubar berlakulah pertelingkahan dan pergaduhan yang hebat dan serius di kalangan pemimpin-pemimpin PKR, Pas dan Dap dalam isu pengagihan kerusi.

Masing-masing menunjukkan sikap dan wajah mereka yang sebenar iaitu perangai tamak haloba untuk membolot seberapa banyak kerusi yang ditandingi.

Walaupun pada peringkat awal ketiga-ketiga parti pembangkang mahu menutup segala perbalahan dan krisis yang berlaku namun ia tidak mampu menangkisnya lagi apabila isu merebut kerusi meletup tanpa dapat dikawal lagi.

Maka pada hari penamaan calon Sabtu lalu berlakulah perlawanan sengit antara parti pembangkang - PKR melawan Pas.

Akhirnya PKR bergelut dengan Pas di tujuh kawasan semantara Dap pula pening kepala memikirkan mengenai status parti itu berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak mengiktiraf senarai jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Pembangkang yang menggelar kerjasama politik mereka sebagai Pakatan Rakyat sidah berkecamuk dan keadaan dalam parti masing-masing menjadi kucar kacir.

Barisan pimpinan atas hinggalah ke peringakat akar umbi masing-masing menyalahi satu sama lain, maki dan hamun dan menunjukkan sikap tidak mahu mengalah.

Malah Ketua Pembangkang mempertahankan keputusannya untuk meletakkan 'Chegu Bard' yang merupakan pangkat anak saudara kepada beliau sebagai calon PKR di DUN Sg Acheh.

Tindakan itu menyebabkan rakan sekutu Pas marah lalu meletakkan calon mereka sendiri untuk menentang PKR.

Selain Sg Acheh di mana Mohd Yusni Mat Piah dari Pas berentap dengan calon PKR di Kota Damansara juga menyaksikan Ridzuan Ismail dari Pas berdepan dengan Dr Mohd Nasir Hashim dari PSM yang bertanding di bawah lambang PKR selain tiga calon bebas yang lain.

Di Labuan calon Pas Hadnan Mohamad bertemu Tan Sri Ibrahim Menudin dari PKR manakala di Panti, Johor, Azlisham Azahar wakil Pas melawan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh.  

Begitu juga di Seberang Takir, Terengganu, Zakaria Dagang (PAS)
betembung Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR).

Satu lagi kawasan di Terengganu iaitu Kota Putera menyaksikan Adam Mat Said (PAS) berlaga dengan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) manakala di Bukit Besi juga di negeri yang samaRoslan Ismail dari Pas bersekemuka dengan Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR.

Perlawanan antara parti-parti pembangkang sebenarnya adalah satu rahmat kerana undi pembangkang akan berpecah dan ini memberi peluang yang lebih besar dan mudah untuk BN memenangi di kawasan terbabit.

Perebutan kerusi DUN Sg Acheh selain enam lagi kawasan lain yang gagal diselesaikan oleh pucuk pimpinan pembangkang adalah bukti jelas Pakatan Rakyat tidak sepakat dan rangka kerjasama mereka adalah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Jika pembangkang tidak ada muafakat sesama sendiri bagaimana mungkin mereka mahu menggalas tanggungjawab yang maha besar untuk mentadbir sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia dengan kepelbagaian bangsa dan suku etnik serta bahasa budaya dan agama?

Jika hanya tiga parti tidak boleh berbincang hanya mengenai satu isu yang tidak begitu serius seperti parti mana bertanding  di mana bagaimana pembangkang mengatakan mereka lebih baik daripada BN yang berjaya mengurus dan bersepakatan dengan mantap bersama-sama 14 parti-parti politik?

Oleh itu rakyat harus tidak terpedaya sama sekali dengan helah dan tipu daya pembangkang yang hanya berpolitik untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan pemimpin mereka dan bukannya demi rakyat.

Pembangkang hanya melakukan sesuatu kononnya demi rakyat apabila ia melihat peluang untuk mengaburi mata rakyat.

Parti Sosialis Malaysia Di Hina Presiden PAS


Ramai di kalangan petugas pakatan rakyat yang terkejut apabila beberapa kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertindihan di antara calon Pas dan PKR. Ini kerana sebelum ini pimpinan pakatan mendakwa hubungan di kalangan parti gabungan sungguh kuat dan berada dalam mood yang baik untuk menumbangkan Umno.

Ekoran itu, ramai yang mula bersuara dan mempertikaikan tidakan tersebut sehingga memaksa Presiden Pas, Hadi Awang tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut. Semalam bertempat di Kampung Tebakang, Alor Limbat Hadi menjelaskan sikap yang bercanggah dengan fahaman parti adalah antara punca berlakunya pertembungan ini.

Jelas calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ru Rendang ini, Pas tidak menentang calon 'kawan-kawan' pada pilihan raya ini sebaliknya bertindak menurunkan calonnya bertanding di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan parti dan pakatan pembangkang daripada dicemari dengan anasir 'syaitan'.

"Pas bertindak untuk memelihara keteguhan, bukan sahaja masa pilihan raya, keteguhan oleh Allah supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Pendirian tersebut dikatakan apabila Pas memutuskan untuk turut bertanding di Dun Kota Damansara walaupun PKR mencalonkan penyandangnya, Dr Mohd Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikatakan sebagai punca kepada isu ini. 

Sebelum ini keengganan Mohd Nasir yang juga Presiden PSM menggunakan logo PKR pada pilihan raya kali ini turut dikatakan mengecewakan jentera Pas Kawasan Subang.

Ini ditambah dengan tindakan PSM yang seolah-olah tidak mahu menggunakan logo PKR apabila sehingga hari penamaan kelmarin, masih terdapat penyokong membawa bendera PSM malah di sesetengah lokasi di Dun bendera PSM dikibarkan lebih banyak daripada bendera PKR.

Sementara itu dalam kenyataan selepas penamaan calon semalam, penyandang kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berpendirian bahawa Pas boleh bertanding bagi merebut kerusi itu dan tidak akan menghalangnya. Kerusi Dun Kota Damansara kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru selain BN, Pas dan PKR,  dua calon bebas turut mencuba nasib.

Mereka ialah Halimaton Saadiah Bohan (BN), Ridzuan Ismail (Pas), Dr Mohd Nasir Hashim (PKR), Datuk Edros Abdullah (Bebas) dan A Suupiah dan Halmi Omar (Bebas).
Untuk rekod Pas pernah bertanding di Dun Kota Damansara pada pilihan raya 2004 namun calonnya Mohamad Ariff Md Yusof tewas dengan calon BN Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan.

“Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini," katanya yang merujuk individu menganut fahaman komunis tetapi beliau tidak mendedahkan orang berkenaan.

“Menjulang parti Lenin dan Stalin (mereka) orang Rusia, (malah) gambar Carl Marx duduk dalam markas.. Karl Marx ni macam Nabi Muhammad dia lah. Dia menganut ideology kominis. Ideologi kominis diharamkan di Malaysia. Dia tempek gambar Karl Marx dalam markas.. macam mana orang PAS nak buat kerja?

21/04/2013

Khabar Buruk Buat Pakatan

Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13 inidi Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru yang turut melibatkan BN, PAS dan seorang lagi calon Bebas.

Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.

Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin PKR, Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit.

Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu.

Namun kemudiannya, pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR.

Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat India.

Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas, jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR. PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi masyarakat India.

Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013, agak ketara tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak besar jumlahnya bersama BN.

Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini. Jika ia berterusan, nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tangisan Lim Kit Siang Tanda-tanda Kekalahan DAP #GE13

Lim Kit Siang semalam membuat pengakuan bahawa beliau menangis kerana kononnya bimbang DAP tidak dibenarkan menggunakan lambang parti itu dalam PRU-13. Katanya, beberapa pemimpin DAP turut mengalirkan air mata, sedih atas 'penganiayaan' oleh ROS terhadap parti mereka.

Bagi seorang kiasu, rasis, dan chauvinis yang 'berhati-kering' untuk menangis, adalah sesuatu yang mengejutkan.

Orang seperti Kit Siang tidak akan menangis. Kalau benar beliau menangis, beliau tidak akan mengakuinya di hadapan orang ramai. Dan kalau benar beliau menangis, ia bukanlah kerana memikirkan tentang masa depan penyokong-penyokongnya kerana beliau tahu yang penyokong-penyokongnya selamat dan sejahtera sahaja di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Tetapi, jika Kit Siang menangis, ia adalah kerana beliau sebenarnya sudah dapat merasakan yang beliau akan kalah. Bayangkan, hanya beberapa langkah sahaja menuju PRU, tiba-tiba semua yang dirancangnya selama ini tidak menjadi. Si kuda tunggangan juga sudah mula menunjuk degil enggan menurut perintah, malah melawan pula. Boneka juga nampaknya sudah pandai bergerak sendiri tanpa disuruh.

Malah, di saat-saat akhir ini jugalah, begitu ramai ahli-ahli termasuk pemimpin DAP yang keluar parti dan membuat pendedahan akan ketidaktelusan, sikap kuku besi serta kesamsengan kepimpinan atasan.

Pendek kata, imej DAP kini sudah jelas dan sah sebagai sebuah parti yang korup, diktator, kejam dan bodoh. Apa yang dicanangkan kepada rakyat bahawa kononnya parti itu lebih cekap, lebih bijak dan lebih bersih dari parti pemerintah yang diterajui Melayu kini terbukti sebaliknya.

Maka, tangisan Kit Siang tersebut, jika benar, adalah merupakan kemuncak drama DAP yang nampaknya akan berakhir dengan kesedihan bagi parti itu.

Malangnya, lakonan berlebihan Kit Siang gagal meraih simpati, tetapi hanya mengundang rasa geli hati.

Untuk apa ditangisi isu yang bukan pun satu isu kerana ROS dari awal lagi telah membenarkan parti tersebut menggunakan lambang mereka dalam PRU kali ini. Malah, siasatan juga ditangguhkan bagi membenarkan DAP menumpukan perhatian kepada Pilihanraya walaupun ia tidak sepatutnya begitu.

Kesalahan yang dilakukan oleh DAP bukan sedikit, tetapi cukup besar bagi sebuah parti politik.

Ini kerana DAP telah menipu dalam pemilihan parti sendiri atau lebih tepat, mempermainkan penyokong mereka sendiri. Jika pemilihan parti sendiri juga mereka menipu, bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka bersifat telus jika menjadi pemerintah?

Apapun, DAP tetap ada hak untuk berdrama, menangis, menghentak-hentak kaki atau mengilas tangan terhadap penyokong mereka, ROS, UMNO atau sesiapa saja. Tetapi ingatlah bahawa apapun yang mereka lakukan, tidak akan dapat membantu mengalih perhatian dari isu sebenar iaitu pemilihan CEC yang tidak telus.

Justeru, kalaupun parti ini menang dalam PRU nanti, hakikat ini akan terus menghantui dan menyebabkan lebih ramai ahli-ahli mereka yang akan keluar parti.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...