jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

15/04/2013

Motif di Sebalik Bantuan Parti Asing Kepada Pakatan Rakyat

Pendedahan mengenai parti politik negara jiran, iaitu People's Action Party (PAP), Singapura membantu pembangkang Malaysia bukanlah perkara baru. Oleh itu, apabila media mendedahkan bantuan DAP secara tersusun terhadap PR dalam menghadapi PRU-13, ramai yang tidak terkejut lagi.

Namun, bantuan PAP terhadap PR, khasnya DAP kali ini lebih hebat dan terbuka sehingga ke tahap di mana Kerajaan Singapura memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin bersempena dengan pengundian pada 5 Mei, Ahad. Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada warganya yang terlibat membantu PR dalam PRU di Malaysia. Pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa 2 dari pengasas PAP, masih terus menerajui DAP sejak 1967 iaitu Lim Kita Siang dan Devan Nair (Ahli Parlimen Bangsar) sekali gus membawa erti yang roh dan jiwa PAP dan DAP adalah sama sahaja. PAP terbentuk dari semangat kiasu, rasis dan kebencian yang meluap terhadap Melayu. Jika dikaji sejarah Singapura, kita akan dapati bahawa sebab musabab utama ia keluar dari Malaysia hanyalah kerana enggan menerima pemerintahan Melayu Islam!

Dari situlah maka agenda rasis PAP dalam membantu DAP dalam PRU-13 di Malaysia terserlah apabila keistimewaan cuti dan pulang mengundi bagi warganegara Malaysia di negara itu hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina sahaja, dengan harapan mereka semua akan mengundi DAP. Tidak cukup dengan itu, 7 buah bas telah disediakan oleh salah seorang taikun besar negara itu bagi membantu mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

Keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor juga dilihat mempunyai agenda tertentu sebagai mengatur langkah yang lebih berkesan untuk 'mendekatkan' Malaysia kepada Singapura.

Sebelum ini pun, PAP telah pun didedahkan terlibat dalam BERSIH dan juga demonstrasi menentang Lynas. Pendek kata, negara jiran itu tidak pernah senang melihat Malaysia senang dan apa saja yang mampu menggugat kestabilan dan kekuatan Malaysia akan menarik minat mereka.

Cita-cita Lee Kwan Yew untuk menakluk Malaysia tidak pernah padam, dan Malaysia juga tidak pernah lupa akan cita-cita beliau itu. Walaupun pada zahirnya, Malaysia seolah-olah alpa, tetapi hakikatnya, Malaysia punya cara tersendiri untuk menanganinya.

Singapura telah beberapa kali dikesan menceroboh ruang udara Malaysia, namun sebagai jiran yang matang, bijak dan berfikir panjang, Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan terhadap mereka. Walaupun Singapura terkenal dengan sifat kiasu ekstrem iaitu tidak malu dan tidak mungkin mengaku salah sekiranya bersalah dan juga tidak akan sekali-kali bertolak ansur atau meletakkan nilai kemanusiaan, kejiranan dan persahabatan mengatasi ego dan keangkuhan, tetapi Malaysia tetap mengambil sikap sabar dan tenang dalam menangani karenah jiran yang satu ini.

Ini kerana kita cukup kenal siapa Singapura, iaitu sebuah negara diterajui oleh rasis Cina yang merasakan diri mereka setanding barat. Mentaliti 'dijajah' mereka begitu kuat iaitu cukup bangga jika dikaitkan dengan barat apatah lagi mendapat kepercayaan menjadi 'agen' barat di rantau ini.

Lebih dari itu, sikap iri hati, tamak dan kiasu pemimpinnya menjadikan negara kecil itu sentiasa mendendami Malaysia yang dianggap mereka sebagai 'bodoh' kerana diterajui oleh bangsa Melayu. Selain dendam peribadi Lee Kwan Yew yang tidak berasas terhadap bangsa Melayu, Malaysia juga sentiasa berada di bawah pemerhatian Singapura kerana potensinya dari segi ekonomi dan pelaburan. Dan seperti juga bangsa-bangsa di barat, entah kenapa Singapura turut melihat Islam di Malaysia sebagai masalah, kalaupun bukan ancaman.

Walau apapun, pilihan memilih kerajaan berada di tangan kita, bukan Singapura. Setakat ini, kita sudah menyaksikan bahawa DAP tidak sebijak mana, malah bodoh sehinggakan tidak tahu mengira dan menipu juga terkantoi semuanya. Maka, yakinlah bahawa PAP yang angkuh itu juga sama saja, iaitu tidaklah sebijak mana. Sesungguhnya PAP belum cukup matang untuk memahami bahawa ada yang lebih penting di dalam dunia ini selain kekayaan negara, iaitu keamanan, kestabilan dan kemanusiaan.

Oleh itu, biarlah mereka perasan hebat dan bertungkus lumus cuba menjajah kita dengan apa jua cara, kita tidak rugi di mana-mana kerana orang bijak tidak perlu menunjuk-nunjuk bijak dan orang yang benar hebat tidak akan sekali-kali bersifat angkuh. Orang yang bijak pasti tahu bahawa keangkuhan seringkali membawa kepada kejatuhan.

Sent from my BlackBerry® smartphone

3 comments:

  1. harap info ini bukan rekaan. harus diambil iktibar kepada semua muslimin muslimat demi kelangsungan islam di bumi malaysia....

    ReplyDelete
  2. Info ni mmg benar bro..kita melayu harusla bersatu.x lupa jg rakan cina kita yg brsifat sederhana mca n gerakan.tolak DAP yg racis taik kucing!

    ReplyDelete
  3. Betul ke tak betul ke kita kena berhati hati dan beringat lah selalu permainan pembangkan ni terutama sekali DAP

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...