jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

24/04/2013

Ubah Kepada Kebaikan Bukan Keburukan

Pakatan Rakyat (PR) kerap kali melaungkan slogan "Ubah" dan menjadi trademark mereka dalam setiap majlis mahupun ceramah. Namun secara realitinya, apakah maksud ubah yang dilaungkan pemimpin mereka akan membawa kepada kebaikan yang diimpikan.
Ubah perkara yang kurang baik kepada perkara yang lebih baik adalah tindakan wajar namun ubah kepada perkara yang lebih teruk adalah bencana. Kerajaan Barisan Nasional (BN) ternyata memperlihatkan satu contoh tadbir urus dan kredibiliti yang tinggi dalam soal pentadbiran negara.
Buktinya terserlah apabila rakyat kini bukan sahaja menikmati hidup yang selesa malah negara juga berjaya memacu ekonomi sehingga tidak terbeban dengan ekonomi dunia yang merundum. Kita lihat contoh beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat yang dilanda krisis kewangan akinat kelembapan ekonomi dunia.
Malah, Greece juga diisytiharkan bankrup kerana tadbir urus yang lemah. Malaysia setakat ini masih lagi nerada dalam keadaan yang mana rakyatnya tidak perlu merempat dan kemudahan yang disediakan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat sangat berkesan.
Pembahagiaan kekayaan juga menunjukkan tiada rakyat yang tercicir, namun sebaliknya, penyokong pembangkang harus berfikir dua kali memandangkan sikap mereka yang sering bertindak fanatik tanpa berfikir secara waras. Baru-baru ini penyokong-penyokong PR telah bertindak melampaui batas-batas kemanusiaan apabila mengugut untuk merogol dan membunuh seorang gadis yang pro-BN. Akibat rasa taksub dan fanatik kepartian itu telah membutakan mata dan hati mereka untuk membezakan yang hak dan batil.
Lebih-lebih lagi pemimpin mereka kerap melaungkan slogan fitnah terhadap BN yang merupakan sekadar andaian tanpa mempunyai bukti kukuh. Ia menjurus kepada sentimen berpuak-puak atas dasar kepartian yang mana seterusnya mencetuskan bibit-bibit permusuhan bukan sahaja terhadap sesama kaum, bahkan juga masyarakat berbilang kaum. Selain itu, pemimpin-pemimpin pembangkang juga sering bertindak bongkak. Mereka tidak boleh ditegur, sebaliknya perlu diampu bagi menjaga martabat mereka.
Antaranya adalah calon PAS di kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berlagak pada hari penamaan calon Sabtu lepas, dan juga Ong Kian Ming dari DAP menyuruh pemberita memanggil beliau dengan gelaran “Doktor” kerana memiliki PhD. Sekiranya mereka ini terpilih menjadi wakil rakyat, sebenarnya pengundi telah memilih orang yang salah untuk diubah. Mereka telah membenarkan diri mereka memilih calon yang bukan sahaja tidak mempedulikan mereka, tetapi juga bakal menyusahkan hidup mereka.
Mungkin tempoh 5 tahun bagi satu penggal Parlimen akan dianggap percubaan, namun perlu diingat pepatah mengatakan "sudah terhantuk baru tergadah" yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum sesebuah kerajaan itu ditukar. Penyokong-penyokong harus sedar dan "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis" kerana sekiranya " harapkan pagar pagar makan padi" semuanya tidak akan berguna lagi kerana "nasi sudah menjadi bubur".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...