jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

12/04/2013

Pemimpin Pas Mungkir Janji


Manusia dipegang pada janji.  Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik.  Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran.  

Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji.   Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara?  Kata Nik Aziz ketika itu, jika Tun Mahathir sanggup bersara, maka beliau juga akan bersara.  

Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara.   Tetapi, sejurus selepas itu, apabila ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula ‘berikrar’ akan memegang jawatan sampai mati.   Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan.  

Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang.  Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas, beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi.   Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk.  Namun, semua itu hanya sementara sahaja rupanya.   Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya daan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya.  

Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka ‘anuti’.   Jelas, mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri.  

Akibat dari ketamakan kuasa, PAS Terengganu, atau Marang, khasnya, kini berpecah.  Ramai pemimpin-pemimpin pelapis kecewa kerana mereka telah memasang cita-cita untuk menggantikan Hadi Awang apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi.   Nampaknya, cita-cita mereka terpaksa ditangguhkan lagi kerana Hadi Awang masih belum puas berkuasa, malah berangan-angan lebih tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.  

Di Kelantan juga, keadaan yang hampir sama berlaku apabila Nik Aziz enggan berundur sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti bagi negeri dan juga parti.   Namun, sikap PAS yang taksub kepada gelaran ‘ulama’ dan penampilan ‘jubah dan serban’ serta cakap-cakap yang berbunyi ‘Islam’, telah menidakkan akar umbi PAS dari menentang Nik Aziz secara nyata mahupun mengakui kelemahannya mentadbir.  

Pendek kata, biarpun tindakan dan perbuatan Nik Aziz hitam dan dilihat hitam, namun mulut penyokong-penyokongnya tetap akan menyatakan ia putih.  

 Hakikat yang perlu diterima oleh semua ahli PAS ialah tiada siapa yang boleh menyimpan cita-cita untuk menjadi Presiden atau Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan, selagi kedua-dua ‘ulama’ itu masih hidup.  Nik Aziz tahu bahawa tanpa jawatan, beliau hanyalah seorang orang tua nyanyuk yang tidak punya signifikan apa-apa di dalam dunia ini.  Tiada apa sumbangannya kepada rakyat Kelantan, mahupun umat Islam keseluruhan selain dari memecahbelahkan dan membawa kesesatan semata-mata.  

Hadi Awang pula tentu sekali tidak sanggup mengenepikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri.  Beliau begitu yakin dan teruja sekali apabila Haron Din mengambil langkah besar-besaran untuk menolak Anwar.  Hadi, diketahui sebagai ‘next in line’ bagi jawatan tersebut, sekiranya Anwar tidak diterima ramai.   Justeru, atas dasar inilah Hadi memutuskan untuk terus bertanding kerana merasakan kerusi Putrajaya sudah tidak jauh lagi.  Beliau tidak sanggup berundur sebelum berjuang.  

Apapun, yang pasti, perjuangan mereka berdua bukanlah kerana Islam dan sekiranya kedua-dua makhluk munafik lagi gila kuasa ini menang, maka ia bukan bermakna kemenangan Islam, tetapi kemusnahan keseluruhan struktur ummah, negara dan juga agama.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...