Sebuah rakaman video ceramah Hadi Awang pada 21 April 2013 yang bertempat di Kampung Tebakang, Alor Limbat telah ‘meletup’ di youtube dan menggegarkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Dalam ceramah tersebut, Hadi Awang cuba menjelaskan kepada hadirin tentang kenapa terjadinya pertindihan kerusi dengan PKR di beberapa tempat.
Menurut Hadi, pertindihan berlaku kerana ingin menyelamatkan PR contohnya, di Johor di mana calon PKR lambat menyerahkan borang dan PAS perlu bertindak menyerahkan borang terlebih dahulu agar BN tidak menang tanpa bertanding. Pertindihan juga berlaku kerana mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak menerima nasib yang sama seperti di negeri Perak di mana PAS memerintah sekejap sahaja.
Selain itu, PAS juga perlu menyelamatkan PR dari calon-calon PKR yang tangkap muat dan ‘tidak selamat’.
Beliau menjelaskan bahawa antara sebab calon-calon PKR tersebut dianggap tidak selamat ialah kerana dikenalpasti sebagai ‘penjual pil kuda’. Ini tentulah tidak boleh diterima oleh PAS. Lebih dahsyat lagi, menurut Hadi, pertindihan juga berlaku kerana ada calon parti sekutu yang menjulang tokoh komunis seperti ‘Lenin, Stalin dan Karl Marx’ sehinggakan gambar-gambar pemimpin tersebut digantung di dalam markas parti.
Pastinya, calon yang dirujuk oleh Hadi ialah Dr Mohd Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bakal bertanding di Kota Damansara.
Hadi kemudiannya secara lantang dan terbuka merujuk kepada PSM sebagai ‘syaitan’.
Pendirian Hadi terhadap komunis jelas bertentangan dengan Timbalannya, iaitu Mat Sabu yang tegar berjuang bersama DAP untuk menjulang komunis sebagai wira kemerdekaan negara ini. Tatkala isu tersebut hangat diperkatakan, penyokong-penyokong PAS sendiri berdiri teguh di belakang Mat Sabu dan Hadi tidak pula menghalang mereka.
Namun, tidak semena-mena, hari ini Hadi merujuk kepada komunis sebagai syaitan pula dan secara terang-terangan memberitahu hadirin bahawa PAS tidak boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada calon PKR juga.
Tindakan Hadi bukan sahaja membuktikan bahawa persahabatan PAS tidak pernah ikhlas tetapi juga membuktikan bahawa Hadi langsung tidak menghormati Ketua Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim. Sedangkan, sewajarnya Hadi membawa perkara itu kepada Anwar terlebih dahulu dan keputusan muktamad dicapai bersama. Apa yang berlaku membuktikan bahawa hierarki kepimpinan antara Anwar dan Hadi adalah kabur sama sekali.
Jika Hadi tidak bercakap atas kapasiti PAS, maka Hadi sebagai seorang individu pastinya seorang yang tidak layak dijadikan kawan kerana beliau seorang yang khianat dan penuh prasangka terhadap sahabat sendiri. Bayangkan, Hadi sanggup bertindak memburukkan sahabatnya di hadapan orang ramai tetapi bermuka-muka ingin terus bersahabat dengan orang yang sama.
Apa yang Hadi tidak sedar ialah, beliau sebenarnya hanya meniti pendirian partinya sendiri iaitu ‘sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun, demi untuk menjatuhkan UMNO’.
Maka, hari ini, Allah SWT telah meletakkan syaitan itu di hadapan Hadi dan Hadi konon baru saja mengenalinya. Sedangkan, selama ini Hadi telah pun bekerjasama dengan syaitan yang sama, sama-sama mengatur strategi, sama-sama menggaru belakang masing-masing dan mempertahankan sesama sendiri bila diserang UMNO/BN.
Malah, Hadi juga bersedia berkongsi kuasa dengan syaitan tersebut dengan terus bekerjasama atas nama satu pakatan sekiranya berjaya memenangi pilihanraya.
Namun, bila si syaitan ingin bertanding menjadi calon, Hadi tak benarkan pula.
Jika Hadi mengambil sedikit masa untuk merenung ke dalam diri sendiri mungkin Hadi akan memahami bahawa, ‘hanya syaitan yang sanggup bekerjasama dengan syaitan’.
Dan sesungguhnya, hanya syaitan yang sanggup berbuat apa saja untuk memastikan perpecahan ummah berterusan serta kerajaan pimpinan Islam dijatuhkan.
No comments:
Post a Comment