jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

30/04/2013

Muslihat Bila Kalah Dalam Pilihanraya

Blogger Syed Akbar Ali mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan rancangan kekacauan yang mahu ditimbulkan oleh pakatan pembangkang. Perhimpunan Bersih yang berlangsung sebelum ini menunjukkan ada anasir-anasir jahat dari luar yang membantu menghuru-harakan negara.

Perkara yang sama mungkin berulang sekiranya pakatan kalah PRU13. Tidak mustahil Malaysia akan dibakar dan rakyat akan kacau bilau dengan tindakan pakatan pembangkang ini. Mereka mahu mengambil alih kerajaan melalui kaedah keganasan kerana tidak diterima majoriti rakyat. Demonstrasi jalanan setiap hari, huru-hara, lebih teruk lagi adalah pembunuhan akan berleluasa sekaligus mencetuskan permusuhan antara kaum.

Kita juga tidak seharusnya lupa bagaimana kelompok yang rakus mahukan kuasa politik itu melaungkan reformasi pada sekitar tahun 1999, hanya kerana mereka merasakan sudah tiba masanya BN digantikan. Namun tindakan cekap pihak berkuasa berjaya mematahkan percubaan itu. Dan kini mereka ingin mencuba melakukannya kembali.

Rakyat harus berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang negara. Ini kerana pakatan akan melaksanakan perkara itu bagi memastikan hasrat mereka tercapai untuk mentadbir negara. Jangan mudah terpedaya dengan laungan pembangkang. Penyokong pembangkang seharusnya berupaya berfikir secara rasional agar tidak mudah terjebak dengan insiden yang memudaratkan.

Keganasan adalah senjata terakhir pakatan pembangkang untuk menawan Malaysia tanpa menggunakan suara demokrasi rakyat. Alasan-alasan akan dicipta mereka kerana mahu mencetuskan keraguan terhadap SPR, dan juga sistem pilihan raya.

Mereka akan memastikan kerajaan yang dilabel sebagai rejim ini ditumbangkan dan mengharapkan simpati negara luar untuk menyokong perjuangan mereka. Petanda awalberlaku dengan tindakan mereka menyalahkan SPR berkenaan keraguan yang wujud ketika sesi pengundian awal tentera dan polis.

Itu adalah langkah pertama mereka untuk mencetuskan huru hara yang akan berlarutan sehingga selepas pilihan raya. Penyudahnya ekonomi negara akan merundum dan rakyat akan memberontak sekaligus menyalahkan kerajaan kerana gagal meningkatkan ekonomi negara. Sedangkan hakikatnya, mereka yang menghancurkan struktur ekonomi negara dengan mencetuskan keganasan dan memberontak untuk menggulingkan kerajaan.

Pakatan pembangkang memang mahukan kuasa politik sebab itulah biar pun berbeza ideologi politik mereka sedia bergabung dalam satu kerjasama. Namun kerjasama mereka hanya berteras hasrat untuk menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya tetapi soalnya mampukah mereka mentadbir seperti mana dilakukan oleh BN selama ini?

Mereka tidak ada perancangan, apa yang mereka lakukan sekadar menjadi 'saudagar mimpi dan pemborong janji'. Mereka hanya tahu menyalahkan BN seolah-olah mereka pilihan terbaik untuk memimpin negara.Kita tidak menafikan dalam pentadbirannya, BN juga ada kelemahan tetapi ia tidak sampai kepada menghumban rakyat dan negara ini dalam lembah kesengsaraan dan kekacauan.

Segala permasalahan rakyat sentiasa menjadi keutamaan BN sebab itulah dari semasa ke semasa biar pun bertukar kepimpinan tradisi membela rakyat yang dipelopori oleh parti itu tidak pernah ditinggalkan.
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...