jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

13/04/2013

Manifesto Boleh Tingkatkan Hutang Negara

Manifesto Bukan Janji Pakatan yang telah dibentangkan dan dikitar semula daripada buku jingga akan membawa ke dalam lembah kehancuran apabila meningkatnya hutang negara.

Mereka mengkritik kerajaan kerana tidak memberi pendidikan percuma seperti yang diamalkan di UK. Tapi mereka tidak tidak sedar kekayaan antara kedua-dua negara tidak sama.

Lagipun Barisan Nasional telah menyediakan pendidikan peringkat sekolah dengan yuran percuma. Untuk peringkat pengajian tinggi, ianya sangat sukar untuk dilaksanakan kerana kita hanyalah negara membangun.

Mereka terus memberi janji manis yang lain seperti menghapuskan to dan tol percuma di seluruh negara. Tapi pada masa yang sama kerajaan DAP Penang sedang membuat perancangan membina terowong dasar laut yang sudah tentu akan dikenakan tol kepada rakyat yang melaluinya.

Pengurangan cukai import bakal membawa negara Malaysia ke kancah muflis dan bankrap. Kalau semua sudah dipercumakan dan dikurangkan, semuanya akan menyebabkan kadar pembangunan negara akan bergerak perlahan. Malaysia perlukan modal dan tenaga. Manifesto Pakatan akan tingkatkan hutang negara sebanyak 11% hingga menjadi 65% dari kadar 53% sekarang.

Banyak janji-janji yang ditabur dalam PRU12 oleh pembangkang yang tidak ditunaikan. Kita tengok berapa banyak ibu tunggal dan warga emas menyaman kerajaan negeri. Masih ramai lagi yang belum menerima air percuma. Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid Gagap sedar sekiranya semua janji itu ditunaikan, ianya mampu meningkatkan lagi defesit pembelanjaan negeri.

Dalam manifesto pembangkang, mereka tidak menyatakan bagaimana hendak meningkatkan ekonomi dan hasil pendapatan negara. Apa yang tertulis, mereka akan menggunakan keuntungan petronas untuk menunaikan segala janji populis mereka.

Berbeza dengan BN, selain bukan "gula-gula" pilihanraya, pemberian bantuan BR1M juga tidak akan meningkatkan hutang negara.

BR1M sebenarnya sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menstruktur semula cara menguruskan subsidi. BR1M akan diberi setiap tahun, bukannya hanya masa pilihanraya.

BR1M diberi kerana kejayaan BN mengurus dengan baik ekonomi negara yang mencatatkan petumbuhan baik berasaskan kestabilan politik negara

Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...