RAMAI yang ketawa tidak ingat
dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang
bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi
mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.
Kononnya mengikut Khalid, paip
air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran
Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.
Tapi si pandir ini telah
dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama,
dengan air adalah jauh lebih berat dari gas.
Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang
‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah? Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di
atas dan air yang akan tinggal dibawa.
Justeru untuk merealisasikan
cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina
sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui
Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.
Berapa kos dan tenaga manusia
yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga
sekarang. Sudah tentu pam ini tidak
boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima
dimusim hujan.
Kenapa Khalid memilih jalan susah
sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan.
Yang perlu dilakukan Khalid
sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor
(Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja.
Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai
masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga
menyebabkan projek tersebut terhenti.
Ini menunjukkan tahap kepimpinan
Khalid yang sebenarnya. Berlawanan
dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak
mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak
masalahnya sendiri.
Memang kalau dilihat kebelakang,
sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam
banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga
kini. Ambil contoh cadangan menggunakan
air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor. Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong
yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan
Khalid?
Satu hal yang lain, sudahkah
Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa
logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan
perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat
diminum?
Adalah sebab kenapa tidak ada
negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman,
kerana ia tidak selamat.
Yang sebetulnya bukan air lombong
sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti
sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar
oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat
mengambil alih.
Pendek kata, ada banyak masalah
berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan. Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat
Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan N semula
atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber
tercemar.
No comments:
Post a Comment