Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja
berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang
diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama
sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan.
Jika selama ini mereka gah mendakwa
perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang
terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan &
Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di
Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.
Mengikut perancangan asal,
sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan
remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang
hadir.
Malah Anwar Ibrahim yang pada
mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa
membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau
sedikit. Malu & segan agaknya.
Sedari awal penganjuran Konvensyen
Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert
golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan
Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat.
Kegagalan Konvensyen Belia anjuran
kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa
menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.
No comments:
Post a Comment