PM Bukan Melayu
Suatu ketika dulu dalam tahun
1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah
mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk
menubuhkan negara Islam.
Kira-kira 20 tahun berlalu,
akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan
dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal
Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.
Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS
gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan
negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP
membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.
Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa
politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang
kerana mengutamakan Buku Jingga.
Beberapa ketika yang lalu,
kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian
menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah
tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.
Untuk entah kali ke berapa, PAS
mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping
kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke
puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.
Beberapa hari yang lepas, Karpal
Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk
Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja.
Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain
yang lahir pada atau selepas negara merdeka.
Seperti biasa penyokong dan
pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama
samarata dan keadilan.
Kini, Karpal Singh sekali lagi
buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti
sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul
dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".
Respon awal dari PAS khususnya
Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang
dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah
kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz
kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu
sahaja.
Sedangkan sejarah menunjukkan
tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan
prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap
isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu
& Bumiputera dan lain-lain.
Justeru itu, melihat pada respon
Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk
kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal
Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.
Untuk menguasai pemerintahan
negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada
keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen
pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR
bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.
Bayangkan jika benar tampuk
pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz
berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan
angan-angan orang tua sahaja?
No comments:
Post a Comment