Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
Followers
30/05/2012
Isu Jirat Cina di Rizab Melayu: Azizan Pekak, Buta Atau Pura-pura Tuli?
Isu pembinaan jirat Cina
komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak
2007.Memang mudah bagi Dato’ Seri
Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini.
Tetapi Azizan harus sedar bahawa,
kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar
kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang.Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat
sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.
Namun, harapan kini bertukar
menjadi kemarahan.Azizan bukan sahaja
tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan
merosakkan apa yang sedia baik.Negeri
Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari.
Tidak cukup dengan pembalakan
mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis
balak-balak yang masih ‘halus’ dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak
bertanggungjawab.Suatu ketika Azizan
menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia ‘salah
kerajaan terdahulu’.Kemudiannya,
kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tulikonon tidak tahu menahu mengenainya.
Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech
Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia kini
muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang
baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had.Ada Azizan kisah?Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak
tahu menahu apa-apa.
Sikap yang sama diambil oleh
Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak
berbuat apa-apa.
Tapak tanah yang menjadi
kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang
berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula
yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum
Akta Tanah 1933 diwartakan.Tanah ini
sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu.Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat
Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan.
Penduduk-penduduk di sini telah
memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu.Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu
keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini.Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri
boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga
memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini.Sebarang bentuk penyelesaian adalah
dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di
kawasan tersebut.
Sebagai mewakili parti yang
menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah
mengecewakan.Isu jirat Cina di kawasan
kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu.Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan
budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum.
Keengganan Azizan mengambil isu
ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah.
Mereka tertanya-tanya, kenapakah
Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik
- mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan
pihak pemaju projek tersebut.Atau
mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan
kaum Cina?Apakah sudah menjadi
‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang
membabitkan kaum Cina?
Apapun, ini adalah pengajaran
kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yangmembawa imej Islam, negara kebajikan dan
mewakili Melayu.PAS bukan tidak ingin
membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya.
No comments:
Post a Comment