Pasti Dato Najib kena tahu pekara ini. Sudah terdapat gerakan halus yang mungkin sekarang ini sudah di peringkat melobi supaya calon Ahli Parlimen atau DUN adalah terdiri dari kumpulan mereka sendiri bagi memudahkan untuk membuat kejutan kepada PM Dato Najib supaya berundur apabila keputusan PRU 13 agak kurang memuaskan.
Gerakan ini akan sama seperti mana kes Pak Lah satu masa dulu. Kononya kelihatan Pak Lah gagal dalam membawa kemenangan besar kepada BN seperti sebelumnya.
Ketika saat semua komponen BN fokus untuk menang PRU13 samada majoriti 2/3 BN dapat atau keputusan lebih baik dari PRU12 atau mungkin kurang..kumpulan "kuda kayu" atau virus hanyir ini telahpun buat kerja cucuk semua ahli UMNO supaya tolak Najib kiranya tak capai 2/3 majoriti !!
Kononnya Dato Najib naik menjadi PM dan Presiden parti bukan atas undi ahli UMNO dan pelbagai konon lagi. Kumpulan ini mula tanamkan rasa kebencian kepada Najib yang tak mampu jaga isteri. Dialog ini sama dengan dialog pihak pakatan haramjadah !!

Dato Najib kena berani. perlu berani meletak calon yang sememangnya calon pilihan rakyat. Ketika mula Dato Najib menyebut ayat calon pilihan rakyat maka kumpulan yang tamak haloba ini mula rasa kepanasan dan akhirnya bila jarum dicucuk mereka berjalan..slogan "calon pilihan rakyat" ini sudah malap dan mula nak hilang. Kumpulan ini menggunakan balik slogan ini dan tujukan kepada Dato Najib. Mereka lupa Dato Najib naik menjadi Presiden Parti bukan atas pilihan ahli atau rakyat, Dato Najib ambil alih tanggungjawab atas dasar hirarki parti, kedudukan beliau ketika itu sebagai Timbalan Presiden.
Dato Najib kena berani - lakukanlah perubahan besar-besaran dalan Kabinet Menteri. Terdapat juga menteri yang hanya panaskan kerusi tanpa buat apa-apa yang boleh membantu Dato Najib sebagai PM. Hanya makan gaji buta dan idea yang di zahirkan bukannya datang dari otak mereka sendiri. Staf bawahan punya idea, di arah staf supaya bagi idea apa nak di bentangkan, sepatutnya seorang menteri yang cetuskan idea kepada pegawai ahli mesyuarat beliau, barulah ada hasil idea yang baik selepas brainstorm.
Dato Najib kena berani - letaklah muka-muka baru yang menjadi pilihan rakyat dan usah takut dengan gerakan yang dok sibuk nak jatuhkan beliau, kalau Dato Najib mampu kekalkan momentum seperti sekarang, rakyat akan sokong Dato Najib, bukannya dua tiga kerat yang dok ugut nak lawan Dato Najib. Biar kita beri peluang kepada wajah baru yang bakal menentukan hala tuju negara bersama Dato Najib.
Dato Najib kena berani - mana-mana kumpulan yang masih wujud sebagai virus sejak dari zaman Tun M hingga kini wajib di basmikan, minta kumpulan ini di rehatkan dari jawatan menteri, Tun M kata dah lama dah... Kalau orang lain dia nampak lama sangat dok kerusi menteri, diri sendiri tak nampak bahawa sejak dari awal di kerusi kepimpinan Tertinggi UMNO hingga kini, apa yang dia buat yang mampu kita sebagai ahli UMNO banggakan pun tak tahu.
Walaupun kita bukan menjawat jawatan tertinggi UMNO di peringkat pusat tapi kita memerhati perjalanan suka duka UMNO-BN ni. Bila di amati, virus gila jawatan nak jadi PM ni mula sejak dari zaman Tun M, zaman Pak Lah depa dah berjaya dah, dan ayat yang sama bakal di nyanyikan kiranya Dato Najib gagal dapat 2/3...perghHHHH !!

No comments:
Post a Comment