Sejak beberapa lama,
NGO yang kononnya berjuang atas nama hak asasi manusia iaitu Suaram telah
mencuba sedaya upaya untuk mengaitkan Perdana Menteri dengan pembelian kapal
selam scorpene dan pembunuhan Altantuya kononnya bermotifkan rasuah dan
hubungan sulit. Namun, kini terbukti
bahawa tuduhan Suaram adalah fitnah belaka apabila pihak Perancis sendiri
mengesahkan bahawa tiada perbicaraan tentang scorpene yang berlangsung di
negara mereka sepertimana yang didakwa Suaram serta tiada rekod kemasukan
Altantuya ke negara itu dalam tempoh yang diperkatakan.
Akhirnya, yang menjadi
isu kini bukan lagi scorpene atau Altantuya, tetapi Suaram sendiri. Dengan kenyataan pihak Perancis sendiri dan
penjelasan pihak Angkatan Tentera dan kerajaan serta perbicaraan kes pembunuhan
Altantuya, maka terserlahlah sudah bahawa Suaram telah melakukan fitnah yang
amat berat.
Rupanya, Suaram hanyalah
topeng yang dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk berpolitik, dan bukannya
untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Sehubungan
dengan itu, siasatan terhadap latarbelakang Suaram mendedahkan bahawa Suaram
selama ini beroperasi atas dana yang meragukan iaitu dari pihak asing bagi
melancarkan operasi dan misi mereka.
Nampaknya, dengan berpegang
kepada prinsip ‘musuh kepada musuh kita adalah kawan’, Suaram atau PR telah bekerjasama
dengan pihak asing untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu menjatuhkan
kerajaan.
Apabila bercakap
mengenai ‘pihak asing’, nama yang sering timbul ialah George Soros dan
organisasi yang diterajuinya iaitu Open Society Foundations.
Dalam isu scorpene,
Suaram telah menggunakan dua peguam Perancis iaitu Joseph Breham dan William
Bourdon, seorang peguam hak asasi manusia yang terkenal. William Bourdon adalah pengasas Sherpa, iaitu
organisasi yang memperjuangkan isu ekonomi di negara-negara miskin. Sherpa pula ditaja oleh Tides Foundation dan
kedua-duanya menerima dana dari Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki
oleh George Soros itu.
Tides Foundation pula didapati
telah menyalurkan dana kepada Suaram.
Mengikut laman web mereka, Tides Foundation adalah sebuah organisasi
antarabangsa yang menyokong perjuangan berhaluan kiri yakni yang menentang
kerajaan. NGO ini juga menyalurkan dana untuk perjuangan LGBT.
Maka ini menjelaskan
pengakuan Ambiga Sreenevasen bahawa Bersih juga menerima dana dari OSF selain
dari National Democratic Institute (NDI) kerana Ambiga merupakan tunjang
program Seksualiti Merdeka yang menjadi platform perjuangan LGBT di Malaysia. Sekali gus, membuktikan bahawa Bersih,
seperti juga Suaram, adalah ditaja oleh Soros dan didalangi oleh PR.
Untuk pengetahuan, Anwar
Ibrahim, iaitu pemimpin tertinggi PR mempunyai sejarah pertalian yang jauh
lebih awal dengan George Soros. Iaitu
ketika krisis ekonomi 1997/1998.
Pada ketika itu, Tun Dr.
Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Soros dan
memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’.
Beliau yang telah bekerja keras menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia
begitu berang apabila ekonomi negara diserang sehingga hampir ‘hilang kawalan’. Beliau percaya yang ianya bukanlah sesuatu
yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih awal oleh pedagang matawang seperti
Soros, atau terutamanya, Soros.
Tun Mahathir enggan menerima saranan
pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi negara. Oleh itu, pihak barat telah menggunakan
‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan matlamat mereka
meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan lancar. Ini dilaporkan secara terperinci oleh
Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf)
Anwar diketahui telah menjadi ‘kesayangan’
barat sejak beberapa tahun sebelum itu lagi. Kunjungan beliau ke Amerika dan
negara-negara barat lain selalunya disambut dengan penghormatan tertinggi
mengatasi penghormatan terhadap Tun Mahathir sendiri dan ini sering menjadi
tandatanya kepada dunia.
Sebagai Menteri Kewangan, Anwar
pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF iaitu menaikkan
kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya. Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu
banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman
sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu
membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman. Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi
negara hampir lumpuh.
Menyedari situasi yang semakin
meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan negara dan
mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk
mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi. Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan
dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah
menerima bantuan IMF.
Di
waktu yang sama, Anwar semakin agresif dan tidak sabar untuk menjatuhkan Tun
Mahathir namun, kecundang apabila siasatan terhadap surat Ummi Hafilda mengenai
kegiatan homoseksual, salahlaku dan salahguna kuasa yang membabitkan dirinya selesai
dan mendapat perhatian Tun Mahathir yang sebelum itu mengenepikannya. Siasatan lebih lanjut dijalankan dan
berakhir dengan pemecatan Anwar.
Sejak
itu, tangan Soros yang memegang tali pengikat leher Anwar semakin jelas
kelihatan. OSF memainkan peranan penting
memburukkan imej Tun Mahathir dan menaikkan imej Anwar di peringkat
antarabangsa melalui media-media barat.
Anwar dijadikan ikon demokrasi dan secara tiba-tiba Tun Mahathir
digambarkan sebagai kukubesi.
Rakan-rakan
Soros yang lain, termasuk Al-Gore dan Wolfowitz turut menghulurkan sokongan dan
bantuan ketika Anwar di penjara, keluar penjara, tinggal di Amerika dan
sehinggalah kini, iaitu setelah beliau kembali ke Malaysia dan aktif berpolitik. Dana terus disalurkan kepada Awnar melalui
Suaram, Bersih dan tentunya berbagai-bagai cara lagi yang mungkin tidak mampu
dibayangkan oleh kita, rakyat biasa.
Kerana itu, hidup Anwar dan keluarga kekal mewah, parti PKR yang hidup
segan mati tak mahu juga mewah semewah-mewahnya dalam berbelanja untuk
menghadapi pilihanraya.
Hanya
orang-orang yang buta sahaja yang tidak mampu melihat tangan Soros di leher Anwar
dan tangan Anwar di belakang Suaram. Sama
ada Soros sedang bersedia untuk mencium atau mencekik Anwar, adalah bergantung
kepada berapa lama lagi Anwar mampu meyakinkan Soros yang beliau mampu berkuasa
di Malaysia.
Persoalan yang tinggal
ialah, jika Anwar, PKR, DAP melalui Suaram dan Bersih menjadi alat Soros untuk
menghancurkan negara dan Islam secara langsung dan tidak langsung, bagaimana
pula dengan PAS? Apakah PAS tidak sedar
atau sememangnya tidak kisah lagi menjadi alat kepada Soros?
No comments:
Post a Comment