jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

18/09/2012

Gali Perigi untuk dapat air


EXCO Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dalam kenyataannya pada Ahad lepas sekali lagi menegaskan kerajaan PKR Selangor tetap tidak akan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan selagi Kerajaan Pusat tidak bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula yang diingini oleh kerajaan negeri.
Nampak gayanya kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim sudah nekad untuk mempertaruhkan kehidupan rakyat bawahan untuk memenuhi agenda peribadi puak mereka yang lebih mengutamakan kepentingan mengisi poket sendiri melalui idea penstrukturan semula pengurusan air.

Dalam isu Langat 2 yang semakin hangat diperkatakan sekarang, langkah songsang kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar PKR, Khalid Ibrahim yang terus menerus menolak pembinaan segera Langat 2 nyata satu keputusan yang tidak matang.

Hanya disebabkan adanya peluang mengaut keuntungan dari penstrukturan semula pengurusan air, mereka sanggup menggadai keselesaan hidup rakyat jelata sedangkan soal penstrukturan semula masih boleh dibincangkan kemudian.

Keutamaan sekarang sepatutnya menjurus pada bekerjasama bagi memudahkan laluan pembinaan segera Langat 2 demi memastikan kehidupan harian rakyat dan ekonomi negeri tidak terbantut.

Kajian para pakar bebas dan professional yang menjangkakan bekalan air bersih bakal berdepan cabaran yang memungkinkan berlakunya krisis air pada tahun 2014 di seluruh Lembah Klang termasuk Selangor sewajarnya dipandang serius oleh kerajaan negeri.

Malangnya kerajaan negeri Selangor yang sekarang didominasi oleh PKR dan DAP dengan bantuan keldainya dari PAS, bukan sahaja terlalu banyak berpolitiking malah ramai pemimpinnya terlalu cetek akal serta gagal memandang jauh ke depan.

Agaknya pimpinan negeri lebih rela melihat rakyatnya minum air mentah dari empangan dan sungai seandainya krisis air yang dijangkakan berlaku pada 2014 menjadi kenyataan.

Atau mungkin juga mereka akan berasa gembira bilamana kelak banyak kolam takungan dibina serta perigi digali oleh rakyat semata-mata untuk menghadapi krisis air itu nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...