jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

18/09/2012

Perebutan Mat Sabu & Mahfudz


Kerusi Menteri Besar Kedah boleh dikatakan antara kerusi politik yang amat panas.  Ini berikutan begitu ramai di kalangan PAS sendiri yang ingin berada di kerusi tersebut.  

Kerana begitu ‘gilakan’ kerusi tersebut, PAS langsung tidak menimbangkan situasi sekiranya mereka tidak dapat mempertahankan negeri itu dalam PRU nanti.   Mereka seolah-olah yakin bahawa masalah mereka hanyalah siapa yang akan menggantikan Dato’ Seri Azizan Razak dan bukannya bagaimana untuk memastikan kemenangan PAS di Kedah. 
Antara yang mensasarkan jawatan Menteri Besar di kalangan PAS Kedah ialah Mat Sabu dan juga Mahfudz Omar, selain dari Phahrolrazi yang tidak dapat lagi membendung kerakusannya sehingga sanggup menuntut Azizan berundur dan bersikap biadap secara terbuka terhadap beliau.  

Secara umumnya, perbalahan di dalam PAS adalah antara golongan Ulama dan moderate atau Anwarinas, selain sesama golongan moderate/Anwarinas sendiri.  Golongan Ulama terdiri dari Dato’ Seri Azizan dan penyokong-penyokongnya manakala semua yang menentang beliau tadi adalah dari golongan moderate.  

Sebagai seorang yang telah lama bertapak dalam politik PAS Kedah, Mahfudz sebelum ini agak selesa kerana percaya yang beliau adalah individu yang paling layak duduk di tempat Azizan sekiranya Azizan berundur.   Namun keselesaannya kini terancam dengan ura-ura Mat Sabu ingin bertanding di Pendang dengan matlamat untuk menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan.  

Bagi mengekang kemaraan Mat Sabu, Mahfudz telah pun menulis surat atas nama kepimpinan PAS Kedah kepada PAS Pusat untuk menolak Mat Sabu bertanding di Kedah.  Lanjutan dari itu, semua program-program PAS di Kedah tidak akan sekali-kali menemukan kedua-dua tokoh yang terkenal paling bodoh di dalam PAS ini.  

Akar umbi PAS Kedah secara amnya berada di belakang Azizan iaitu golongan Ulama termasuk para Tok Guru Pondok dan Pemuda PAS Kedah yang diketuai oleh Ustaz Mat Yahya.  Mereka rata-ratanya menganggap golongan moderate dan Anwarinas yang menentang Azizan sebagai kurang ajar, malah digelar syaitan.  

Golongan moderate dan Anwarinas secara langsung menerima bantuan dan sokongan PAS Pusat, Anwar dan juga DAP.  Namun, mereka tidak mampu mengenakan tekanan secara langsung dan nyata terhadap Azizan memandangkan beliau mendapat sokongan kuat dari akar umbi.  Ini membuatkan kepimpinan PAS Pusat, seperti Hadi Awang dan Nik Aziz serba salah kerana takut dilihat tidak menyebelahi golongan Ulama.  

Sementara kepimpinan pusat berada dalam keadaan serba-salah, peperangan antara Mahfudz dan Mat Sabu terus berlangsung secara diam-diam.  Manakala Azizan pula terus yakin yang beliau mendapat sokongan rakyat dan akar umbi PAS.  

Phahrolrazi pula membuat perancangan berasingan untuk menjatuhkan Azizan.  Malah beliau menganggap permusuhannya dengan Azizan kini telah menjadi permusuhan peribadi.  Beliau dikatakan mendendami Azizan kerana tidak meluluskan satu projek yang dicadang olehnya sedangkan beliau telah pun berjanji dengan ‘tauke’ yang berkenaan bahawa projek tersebut pasti akan diluluskan.  

Apa yang berlaku membuatkan Phahrolrazi tidak tidur malam kerana dipersoal oleh ‘tauke’ tersebut.   Justeru, Azizan perlu dijatuhkan barulah hidupnya akan aman kembali. 

Nampaknya, musuh Azizan berada di segenap penjuru negeri Kedah.  Namun, sebelum mereka semua menghalakan muncung senapang ke arah Azizan, mereka juga perlu menembak sesama sendiri terlebih dahulu sehingga mungkin hanya seorang sahaja yang tinggal untuk menentang Azizan.  

Keadaan ini wajar dimanfaatkan oleh UMNO Kedah sebaik-baiknya.  UMNO pasti telah belajar dari kesilapan bahawa tidak ada apa yang dapat memastikan kejatuhan sesuatu parti yang telah bertapak dengan selesa, selain dari pertelagahan sesama sendiri.  

Ini adalah peluang terbaik UMNO untuk merampas kembali Kedah kerana PAS Kedah sudah hampir terlupa siapa musuh utama mereka.  Mereka kini benar-benar lalai dari menangani masalah rakyat dan negeri, yang merupakan senjata utama untuk memenangi pilihanraya.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...