Himpunan Janji
Demokrasi memperlihatkan kita kepada dua perkara penting mengenai segelintir
rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang.
Satunya, ialah matlamat PR yang jelas ingin menukar Jalur Gemilang berdasarkan
matlamat mereka untuk menubuhkan Republik Malaysia; sekali gus menulis kembali
sejarah negara dengan mengwirakan komunis.
Keduanya ialah bagaimana kaum Cina mengambil peluang mengekspresi
kebencian dan penghinaan mereka terhadap Melayu.
Bermula dari Namewee
yang diangkat sebagai hero kerana menghina Melayu dan Islam tetapi berakhir
dengan ‘keuntungan’, kaum Cina tidak lagi teragak-agak untuk menunjukkan
kebencian mereka yang amat sangat terhadap Melayu Islam. Selepas episod Namewee, penghinaan terhadap
Melayu Islam diluahkan di laman-laman sosial anak-anak muda Cina tanpa sedikit
pun merasa bersalah atau takut.
Walaupun mereka ini kebanyakannya
menyokong DAP yang bekerjasama dengan parti-parti Melayu/Islam seperti PAS dan
PKR tetapi itu kerana mereka cukup faham bahawa kerjasama tersebut hanyalah strategi
jangka pendek sementara berjaya mendapat kuasa mutlak di kemudian hari.
DAP hanya sanggup
bekerjasama dengan Melayu jika Melayu tersebut cukup bodoh dan boleh ‘diper-anjing’kan
untuk kepentingan mereka. Kerana itu,
mereka memusuhi dan menghasut rakyat untuk membenci UMNO kerana mereka tahu
bahawa Melayu di dalam UMNO cukup arif akan agenda jahat mereka.
Walaupun DAP-PAS-PKR
kini sekutu, namun, di belakang Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokong
PAS/PKR, kaum Cina DAP ini tetap menghina mereka sebagai bodoh, malas, tiada
maruah, boleh dibeli dan dijual dengan wang mahupun perempuan pada bila-bila
masa.
Kita telah mencuba
mengingatkan saudara-saudara kita ini mengenai sikap DAP di belakang mereka
tetapi malangnya, Melayu PAS dan PKR memilih untuk membela DAP dari mempercayai
saudara seagamanya, sekali gus membuktikan bahawa penghinaan DAP terhadap
mereka tadi sememangnya berasas.
Lihat saja bagaimana
anak-anak Melayu PR turut sama dengan nyonya, apek dan amoi Cina memijak-mijak
malah melakukan lebih lagi dari mereka, iaitu menunjukkan ponggong ke atas
gambar Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri kita.
Jika ini bukan contoh Melayu PKR/PAS yang tersangat bodoh dan langsung tiada
maruah, maka apakah ia?
Hakikatnya, kebencian
DAP terhadap Melayu bukan ilusi atau paranoia tidak berasas. Ia telah pun terbukti dalam sejarah bagaimana
mereka ingin menghalau dan membunuh semua Melayu dari bumi Malaysia ini, atau
sekurang-kurangnya dari Kuala Lumpur ketika tragedi 13 Mei. Percayalah, kebencian
ini masih terus membara dan tertulis kemas di dalam prinsip mereka untuk
menghapuskan hak keistimewaan Melayu. Ingatlah,
bagaimana mereka tidak segan silu menyerlahkan kebencian ini dengan enggan
memakai pakaian adat dalam satu sidang dewan di Sabah atas alasan pakaian
tersebut bercirikan Melayu Islam.
Ingat juga bagaimana Bahasa
Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara dianggap tidak penting dan perlu
diabaikan oleh mereka. Sebaliknya, kaum
Cina ini berjuang untuk mendaulatkan Bahasa Mandarin di Malaysia. Strategi ini pastinya untuk menutup terus peluang
pekerjaan bagi umat Melayu di sektor-sektor swasta yang sedia dikuasai kaum
Cina suatu hari nanti.
Namun, Melayu-melayu
totok PAS dan PKR yang dungu dan khianat langsung tidak mampu membaca strategi
atau akibat dari bekerjasama dengan DAP.
Kerana itu, PAS/PKR hari ini sanggup
memijak-mijak gambar Melayu demi membantu DAP ke puncak kuasa. Langsung mereka tidak sedar, andainya, PR
menang PRU nanti, DAP pasti akan memijak-mijak kepala Melayu termasuk Melayu
PAS dan PKR yang telah sedia ditunggangi mereka.
No comments:
Post a Comment