jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

19/09/2012

SAAT BEGINI PUN MASIH BERPOLITIK


Innocence of Muslims

Sudah banyak bantahan dan demonstrasi di seluruh dunia dilakukan sebagai bantahan terhadap filem Innocence of Muslims, sebuah filem kos rendah yang sudah tiga kali bertukar tajuk yang isi ceritanya menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam.


Seluruh dunia sekarang sedang hangat membicarakannya walau pada awal kemunculan filem itu langsung tidak menarik perhatian ramai, namun kini kebanyakan orang sibuk memperkatakannya.

Dalam salah satu rusuhan dan bantahan berdarah di Libya, empat orang dilaporkan telah terbunuh termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Steven. Manakala di Pakisatan, seorang dilaporkan turut terbunuh.

Korban disebalik bantahan itu memperlihatkan betapa marahnya umat Islam terhadap penghinaan sedemikian rupa tapi di masa yang sama ia tidak membantu ke arah memperbaiki imej Islam di mata dunia.

Meluahkan bantahan dalam apa jua isu terutama sekali melibatkan maruah kesucian Islam sewajarnya dilakukan secara tertib dan berhikmah untuk mengelakkan sangka buruk dari terus menguasai minda masyarakat dunia.

Jika gagal mengawal keadaan sebaliknya mengundang pula huru hara disebabkan bantahan dan kemarahan yang tidak terkawal, musuh Islam yang menyokong dan menerbitkan filem Innocense of Muslims pula yang bertepuk tangan gembira meraikannya.

Di Malaysia bantahan secara kecil-kecilan sudah bermula sejak Jumaat lalu dan dijangkakan akan lebih besar selepas solat Jumaat minggu ini apabila dua parti utama yang 'bermusuhan', iaitu UMNO dan PAS kemungkinan akan bergabung tenaga untuk membantah filem tersebut.

Sayap kanan pemuda kedua-dua parti dilaporkan sedang menimbang saranan tersebut dalam usaha meneruskan tekanan ke atas penerbit filem Innocense of Muslims serta mendesak pihak berkuasa Amerika Syarikat supaya mengambil langkah perlu sesegera mungkin.

Sebelum ini, beberapa NGO seperti Pembela, Perkasa, JATI dan beberapa NGO lain telahpun menyuarakan pendirian masing-masing membantah filem Innocense of Muslim yang jelas jalan ceritanya bertujuan mencemarkan imej Islam itu.

Manakala Wisma Putra dalam kenyataan rasminya juga telah menyatakan bantahan rasmi berhubung perkara tersebut di masa yang sama mengecam sebarang bentuk keganasan termasuklah pembunuhan Duta AS ke Libya.

Sementara itu, walaupun belum ada kata putus secara rasmi dari sayap pemuda UMNO dan PAS berhubung cadangan bekerjasama meluahkan bantahan aman Jumaat nanti, tapi secara umumnya setakat ini ia mendapat respon positif dari kedua belah pihak.

Jika ia menjadi kenyataan tentunya akan membuka satu lembaran baru ke arah memperkukuhkan titik temu di antara kedua-duanya yang selama ini asyik bercakaran. 

Sesekali bersatu suara dan tenaga dengan mengetepikan seketika perbedaan politik tentunya manis untuk dikenang setidak-tidaknya dapat meredakan sedikit ngilu kesan luka gara-gara asyik tikam menikam sesama kita saudara seagama.

Dalam pada itu, tentunya kita tertanya-tanya mana perginya suara pemuda PKR (AMK) berkaitan isu yang sedang hangat dibicarakan sekarang ini. Takkan masing-masing ahli dan pemimpin PKR khususnya AMK hanya berpeluk tubuh sahaja.

Bila melibatkan isu politik, bukan main garang hingga ada kereta polis diterbalikkan oleh penyokong PKR yang bersekutu dengan NGO BERSIH, takkan disebabkan isu kali ini membabitkan kesucian Islam dan tak menguntungkan politik PKR maka parti yang berketuakan imam mahdi palsu itu ambil langkah mendiamkan diri?.

Sewajarnya dalam isu filem Innocense of Muslims ini, semua pihak tanpa mengira perbezaan parti yang disokongnya dapat berlapang dada dengan menyuarakan bantahan yang sama, inilah waktunya untuk buktikan umat Islam di Malaysia ini tetap bersaudara.

Seeloknya pemantauan dari pihak penganjur bantahan aman kelak perlu rapi kerana kita tidak mahu keganasan seperti yang pernah berlaku dalam demonstrasi BERSIH 2.0 dan 3.0 berulang. Tidak salah menyuarakan bantahan secara terbuka tapi pastikan tertib dijaga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...