jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

Showing posts with label bn. Show all posts
Showing posts with label bn. Show all posts

25/10/2013

Ahli PAS Akan Mengundi BN di PRK Sungai LImau

Berdasarkan beberapa pemerhatian dan perkongsian maklumat yang dikumpulkan sepanjang perjalanan PRK Sungai Limau ini, dapat dijangkakan Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi tersebut yang sekian lama milik PAS.


Terdapat beberapa faktor yang diberi perhatian dan jelas ianya berpihak kepada BN termasuklah faktor calon yang dipertandingkan pada PRK ini. Pertamanya, calon yang dibawa PAS dalam PRK kali ini dilihat kurang dikenali berbanding penyandang kerusi ini dahulu, arwah Tan Sri Azizan. Ini tidak memberikan kelebihan kepada PAS berbanding calon BN yang lebih dikenali dan mudah mesra dengan penduduk sekitar Sungai Limau.


Walaupun difahamkan calon PAS merupakan anak jati kampung tersebut, tetapi ternyata hasil tinjauan yang dilakukan wartawan yang berada di lokasi PRK, Ustaz Azam Samat tidak begitu dikenali penduduk setempat berbanding calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. Penduduk di sekitar kawasn itu juga lebih berminat untuk mempunyai Adun yang berpendidikan tinggi seperti mantan Adun Sungai Limau, arwah Ustaz Azizan.


Sudah pasti, pendidikan merupakan antara faktor penting yang diberi perhatian tidak kira sama ada oleh parti mahupun rakyat. Ini kerana, pendidikan dapat menjamin pentadbiran yang baik dan lebih bermutu untuk memastikan masyarakat setempat mendapat pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya.


Dikatakan juga, beberapa ahli PAS dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga dan Bukti Choras turut sama menyokong calon yang berpendidikan seperti Ustaz Azizan dahulu.

Malah, penyokong PAS di Pondok Pak Ya juga dikatakan menyokong calon BN ekoran Dr Sohaimi merupakan salah seorang bekas tenaga pengajar di sekolah pondok tersebut. Ini menunjukkan peluang cerah BN mendahului hati masyarakat setempat dalam memastikan kerusi Sungai Limau kembali menjadi milik BN.

Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan rekod yang sedia ada, ahli Umno di Sungai Limau berjumlah 7,833 orang. Namun, jumlah undi yang diperoleh oleh BN pada PRU13 yang lalu berjumlah 10,540 melebihi jumlah ahli Umno di kawasan tersebut.


Dan dijangka pada PRK kali ini, akan lebih ramai ahli PAS yang bakal berhijrah menyokong BN dan berdasarkan faktor-faktor ini dan pemerhatian yang dijalankan, PAS dilihat perlu bekerja keras untuk berkempen sebelum hari pengundian tiba pada 4 November nanti.

12/07/2013

Husam Musa Pengarah Pilihanraya Dun Kuala Besut Dapat Tentangan

Kisah di sebalik tabir Pilihanraya Kecil Kuala Besut memperdengarkan rungutan penyokong-penyokong PAS mengenai keputusan PAS Pusat melantik Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihanraya.  Husam bakal dibantu oleh Dr. Hatta Ramli dan Ustaz Satiful Bahri yang bertindak sebagai timbalannya.  

Alasan PAS melantik Husam yang berasal dari Kelantan ialah kerana Kelantan mempunyai pengaruh besar Kuala Besut.  Ini kerana Kuala Besut terletak di sempadan Terengganu-Kelantan dan suatu masa dahulu merupakan sebahagian dari Kelantan. 

Walaubagaimanapun, penyokong PAS di Terengganu merasakan tindakan tersebut sebagai tidak wajar. Hujah mereka, bukan sahaja kerana Husam Musa bukan orang Terengganu, tetapi juga kerana beliau adalah dari kumpulan Anwarinas yang kini dipandang serong oleh kebanyakan penyokong tulen PAS.  

PAS Terengganu yang dipimpin oleh Wahid Endut mempertikaikan keputusan tersebut dengan mengungkit insiden lama ketika PRK Manek Urai di mana PAS Kelantan menghalang sebarang penglibatan PAS Terengganu.  Justeru, PAS Kelantan seharusnya mengambil pendekatan yang sama untuk tidak terlibat apatah lagi menjadi Pengarah kepada PRK Kuala Besut ini. 

Kemuncak ketidakpuasan hati ini, PAS Terengganu telah mengambil tindakan memboikot Majlis Perisytiharan Calon.   Akibatnya, majlis tersebut hanya dihadiri tidak sampai 1000 orang yang mana sebahagian besarnya adalah penyokong PAS dari Pasir Puteh Kelantan.  Ini merupakan petanda malapetaka kepada PAS kerana yang bakal mengundi bukanlah orang Pasir Puteh, tetapi orang Kuala Besut. 

Sebelum nama Husam diumumkan, Wahid Endut telah lebih awal mengisytiharkan YB Satiful Bahri (ADUN Paka) sebagai Pengarah PRK.   Namun, PAS Pusat nampaknya telah tidak mengambil kira suara beliau tetapi membuat keputusan tanpa meminta pendapat Wahid Endut dan PAS kawasan tersebut.

Apa yang membuat pihak PAS Terengganu lebih ‘panas’ ialah khabar yang menyatakan bahawa perlantikan Husam ada kena mengena dengan hubungannya dengan calon iaitu Azlan Endut, di mana mereka merupakan rakan proksi dalam perniagaan.    

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa penyokong PAS sudah tidak begitu mempercayai Husam lagi kerana kedudukannya sebagai wakil Anwarinas.  Sudah menjadi rahsia umum bahawa team Anwarinas mempunyai agenda tersendiri yang seringkali tidak selaras dengan agenda PAS.   Selain berjuang semata-mata untuk Anwar, team Anwarinas juga lebih cenderung membawa aspirasi DAP dari PAS sendiri. 

Oleh itu, ramai yang musykil bahawa Husam akan benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kemenangan PAS di Kuala Besut.  Memandangkan DAP sendiri tidak begitu ‘teruja’ dengan PRK ini, malah menyarankan agar ia dipulaukan saja oleh PAS, maka tidak mustahil yang Husam turut mempunyai pandangan yang sama.  

Kekhuatiran DAP dan PKR serta PAS dari team Anwarinas ialah kebarangkalian kemenangan PAS di mana ia mampu membawa kepada terbentuknya kerajaan perpaduan di Terengganu.  Ini berdasarkan kedudukan kerusi yang akan menjadi seri iaitu 16-16 sekiranya PAS berjaya merampas kerusi Kuala Besut. 

Seperti yang kita tahu, sebarang bentuk perpaduan UMNO-PAS merupakan malapetaka bagi DAP dan juga Anwar (PKR). 

Justeru, kemarahan dan keraguan Wahid Endut dan PAS Terengganu terhadap Husam Musa secara dasarnya adalah berasas.   Namun, malang bagi PAS kerana PAS Pusat nampaknya masih lagi begitu naïf tidak dapat menjangka atau membaca agenda tersirat parasit-parasit di dalam parti itu.   Jelas, PAS Pusat masih tidak belajar apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...