Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.
Ketua Ahli Ekonomi Asia Tenggara dan Asia Selatan Economist Coporate Network, Justin Wood, berkata pelabur melihat program pembaharuan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu sebagai salah satu faktor penting keputusan pelaburan mereka di negara ini.
"BN akan terus memerintah. Saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya. Ekonomi Malaysia kukuh dan pelaburan lansung asing (FDI) semakin meningkat. Semua ini disebabkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap setiap maklum balas yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini," katanya ketika taklimat tinjauan ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd disini semalam.
Wood berkata, satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas dalam satu pakej.
"Jika kerajaan sekarang kekal, dasar sedia ada sudah pun wujud," katanya.
Beliau juga berkata, selepas memenangi pilihanraya umum akan datang, Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu.
No comments:
Post a Comment