jentera pas

Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)



Followers

06/01/2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK UCAP SELAMAT TAHUN BARU 2012

Sempena dengan lembaran baru 2012 marilah seluruh umat Islam sekalian sama-sama kita membina cinta negara dengan memupuk perpaduan umat dan keamanan. Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan mereka yang ingin menghuru-harakan keamanan negara, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan ummah, janganlah kita menjadi seorang muslim yang mencetuskan kekacauan, melakukan rusuhan, mengadu-domba sesama kita. Insafilah bahawa keamanan negara ini bukan datang bergolek tetapi adalah datang daripada pengorbanan semua pihak samada rakyat atau pemimpin. Cintailah keamanan yang wujud di negara kita ini dan peliharalah dengan sebaik mungkin. Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan. Kita berdoa kepada Allah SWT agar mereka yang terpengaruh dengan golongan ini diberi keinsafan dan berteduh dibawah payung perpaduan. Kita juga memohon dikekalkan kesinambungan nikmat keamanan dikalangan kita, dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan  usaha membangunkan agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...