Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku
Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3
bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Perkara ini penting menuntut
penjelasan dan jawapan yang ampuh. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia
didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana
Menteri.
Tapi sudah tabiat Anwar, tiap
kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari
menjawab persoalan yang timbul. Selalunya pemimpin UMNO yang akan
dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan
sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong
pembangkang.
Bendanya bukanlah susah, jawab YA
atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan
wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor
Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.
Ini tidak, hanya dek kerana panas
punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau.
Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13
tahun dulu.
Penulis teringat kejadian dalam
satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan
tanya komennya tentang isu tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang
konon tidak boroi. Pun bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.
Songsang betul cara pemikiran
Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab
yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.
No comments:
Post a Comment