Bila disebut penyelewengan dan
salahguna wang, wajib saja akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah
pula dengan tokok tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu
bergentayanganlah segala macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Walhal realitinya Altantuya yang
dikaitkan dengan PM itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot
macam laki bini seperti disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini
PM sudah tiga kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut
kalimah "Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya
dalam pembunuhan tersebut.
Jika dihitung dari jumlah hari PM
bersumpah, sudahpun melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang
benar kerana berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang
itu bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana
dari Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2
bulan ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.
Berbalik pada isu komisyen pula,
sebetulnya ianya langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna
kuasa mahupun dana negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO
114.96 juta (RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah
untuk nilai kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi
selama enam tahun.
Malah, Datuk Seri Najib pada 14
Mei 2008 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pertahanan juga mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta
dan angka di dalam Dewan Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim
dan kuncu-kuncunya dalam isu komisyen tersebut.
Walaupun demikian, disebabkan
tabiat sesetengah manusia yang mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip
fakta-fakta tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali
memahami dengan jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.
Untuk makluman semua, Syarikat
Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu
sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),
Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.
Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu
bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang
mengkehendakinya melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana
berikut;-
ii. Penyediaan pejabat urusan,
kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam
TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.
iii. Menyediakan insuran
kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek
selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.
iv. Pembayaran elaun harian serta
elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun
pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.
v. Pembiayaan kos penerbangan
pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali
serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada
dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.
Selain khidmat sokongan di atas,
nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat
koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara
langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan
krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan
koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.
Lebih penting lagi untuk kita
maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia
juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd
sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang
perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.
Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh
kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.
Manakala bagi Tentera Laut Di
Raja Malaysia (TLDM) yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam,
tentu sahaja segala program dan latihan yang diatur di luar negara cukup
bermanfaat supaya aset ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap
optimum dan bertahan lama.
Inilah kebenaran yang sedari awal
lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di
perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan
kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka
sebarkan itu.
Namun bagi pihak pembangkang yang
diketuai oleh Anwar, mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan
persenjataan dan pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya
mempersoalkan jumlah sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah
tersebut sebenarnya turut mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara
kepada pihak musuh.
Walaupun isu ini sudah sejuk
namun menjadi kewajipan bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus
menyebarkan kebenaran kerana apabila menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja
pihak pembangkang akan cuba spin fakta mengikut sudut lain pula bagi mengabui
mata khalayak umum.
Malah pembangkang kini sibuk
menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam
pembelian kapal selam ini iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1
diikat dengan nilai RM 3.80 ) sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana
nilai dua buah kapal selam Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira
RM3.6 billion. Nampaknya, pembangkang tak henti-henti mahu menipu kerana
percaya rakyat Malaysia mudah ditipu!
No comments:
Post a Comment