Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
Followers
03/06/2012
Pakatan Rakyat (PR) Perlu Minta Maaf Pada Shahrizat
Keputusan siasatan oleh
Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Shahrizat Abdul
Jalil tidak terlibat dalam sebarang proses pemberian projek Perbadanan Fidlot
Nasional (NFC) serta pinjaman RM250 juta.
Sehubungan dengan itu siasatan terhadap
bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditutup kerana tiada
kes selepas terbukti beliau tidak terbabit dalam sebarang penyalahgunaan kuasa.
Dengan perkembangan terbaru ini
sepatutnya pemimpin PR perlu berani tampil ke depan untuk meminta maaf
setidak-tidaknya dapat menonjolkan masih ada sekelumit rasa insaf dalam hati
selepas berbulan-bulan Shahrizat dijadikan punching beg.
Kalut isu NFC mula berkumandang
selama beberapa bulan semuanya gara-gara kegilaan Pengarah Strategik PKR,
Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang yang lain menyalahtafsir teguran
penambahbaikan yang disediakan dalam laporan Audit 2010.
Setelah hampir 8 bulan imejnya di
calarkan dengan cerita sensasi dan maruahnya diperkotak katikkan oleh
pembangkang dengan tuduhan rasuah serta salahguna kuasa, akhirnya kebenaran
muncul mengatasi pembohongan dan kebatilan.
Kini Shahrizat sudah boleh
bernafas lega kerana kekalutan dan onak duri yang ditabur oleh Rafizi sudah
berjaya diharungi. Bukan calang-calang wanita yang masih mampu berdiri
sekalipun bertubi-tubi 'di tendang' oleh orang lelaki.
Namun kesan calar dan kerosakan
maruah serta kredibiliti diri yang terguris tetap perlu mendapat pembelaan yang
setimpal. Rafizi tetap perlu diajar erti keperitan menerima balasan diatas
sikap galaknya bermain persepsi serta memfitnah sesuka hati.
Shahrizat jangan sesekali
berundur daripada tindakannya menyaman Rafizi dan beberapa pemimpin pembangkang
yang lain. Biarkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan.
Setuju... Rafizi adalah syaitan.
ReplyDelete