Mungkin ramai yang tidak sedar
akan kewujudan akhbar kecil ‘Malaysia Harini’, namun muka depan akhbar ini bagi
tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi
perhatian.
Pendedahan di muka depannya yang
bertajuk ‘Utan Kayu markas lahir gerila anwar?’ mendedahkan bagaimana mahasiswa
dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk
memperoleh maklumat. Dalam pada itu,
mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan
plural di kalangan masyarakat. Matlamat
utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang
menolak pemikiran dan fahaman mereka.
Menurut akhbar tersebut, Anwar
telah merekrut ramai anak muda kita, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan
Kayu bagi menjalani latihan.
Secara ringkasnya, pemikiran
liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu
kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun
hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang.
Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir
mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi
dan rusuhan.
Fahaman pluralisme pula merujuk
kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh
dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil
hindu atau gereja. Selain itu, semua
orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa
berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.
Komunitas Utan Kayu dipelopori
oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara
Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan
Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta
beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia.
Kebebasan akhbar yang wujud
selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada
golongan ini untuk bergerak cergas.
Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan
Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab
menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.
Sepertimana agen-agen penyebar
fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai
lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA,
Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation
dari jaringan yang sama. Melalui dana
yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan
Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana
Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.
Peneraju The Asia Foundation di
rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan
sahabat Anwar.
Surin mendapat pendidikan dari
Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima
sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller
Foundation, Harvard University dan American University, Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja
fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi.
Selain Anwar yang pernah berucap
di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh
Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di
sana. Mungkin ramai yang lupa bahawa
ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti
dari 1989 – 1993.
Antara tokoh lain yang pernah
menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam
liberal yang giat membela LGBT.
Selain Komunitas Salihara,
Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa
Foundation.
Persamaan antara Aminah Wadud,
Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah
mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta
anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi,
kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.
Kerana berjaya menimbulkan
kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy
Prize. Musdah Mulia menerima anugerah US
State Department’s International Women of Courage kerana membela LGBT. Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa
organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima
penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar
Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang
USD250 ribu atas penghargaan itu.
Hakikatnya, pengiktirafan,
anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini,
walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan, kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya
pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta
melemahkan pegangan agama Islam.
Di Malaysia, antara tokoh yang
turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak,
kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan
pejuang LGBT.
Justeru, jika ada yang masih
sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah
mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa “Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama
mereka” (al baqarah ayat 120).
Allah tidak berbohong kepada
hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat
Al-Quran kini berada di depan mata.
Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu
mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar
tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya
sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.
Kerajaan juga digesa agar tidak
memandang ringan akan pendedahan ini.
Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan
agen-agen neo-con di negara kita.
No comments:
Post a Comment