Entah di mana silapnya, malang
yang terhempuk di kepala bekas MB Perak, Nizar Jamaludin terus bertimpa-timpa
mengalahkan jatuh di timpa tangga.
Jika ditanya pada khalayak PAS
persoalan siapakah paling dibenci tika ini, tidak dapat tidak mulut mereka akan
terjuih tuju kepada Nizar. Bagi mereka sialnya mulut dan sikap Nizar
menyebabkan PAS tak dapat duduk diam dari menerima hentaman dan kritikan umum.
Himpunan Hijau Menuju Putrajaya
misalnya yang patutnya menjadi medan penting mengembalikan PAS ke posisi
terbaik untuk tawar menawar kerusi dengan rakan sepakatan dalam pembangkang
tiba-tiba dicemari dengan ucapan pengharapan Nizar yang mahu melihat kejatuhan
PAS serta pembangkang di semua peringkat.
Lumrah untuk kita sesekali
tersasul namun biasanya kita akan diberi ilham oleh Allah s.w.t untuk tersedar
kemudian memperbetulkannya beberapa ketika selepas ucap kata yang tersilap kita
sebut sebelumnya. Tapi hingga kini baik Nizar mahupun media maya pro PAS enggan
mengulas atau memperbetulkannya, barangkali masing-masing berasa malu.
Kebetulan yang menarik dalam
salah satu rakaman video yang memaparkan Nizar sedang berucap di majlis
himpunan itu terpampang jelas beberapa penghadang kayu yang kelihatan seperti
salib secara tidak sengaja. Tak semena-semana peristiwa kalimah Allah s.w.t
dijadikan gadaian oleh PAS bergema kembali.
Beberapa hari lepas pula, Nizar
jugalah yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai apabila sengaja
mengkritik pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor. Akibatnya panas
punggung pemimpin PAS untuk mengatur buah silat untuk menepis kritikan bertali
arus.
Kira-kira dua tiga minggu sebelum
ini, dek kerana ingin menarik perhatian ramai, Nizar telah dengan sengaja
'menceroboh' ceramah UMNO dengan hasrat mahu bikin gempak supaya pemimpin UMNO
di majlis tersebut akan kelihatan terkejut, takut dan pucat.
Akhirnya apa yang terjadi malu
yang dapat apabila rakaman video yang dimuatturunkan menunjukkan aksi
sebaliknya. Tayangan video pembohongan Nizar dipertontonkan ramai dan sifat
gemar membohong Nizar terus dibalun hinggalah Nizar tersipu-sipu malu
meninggalkan majlis.
Sejak dirinya terbabit
berkonspirasi untuk cuba menjatuhkan Husam Musa dalam pertandingan Naib
Presiden PAS setahun lalu, imej dan kredibilitinya yang sudah jatuh semakin
menjunam ke bawah. Di tambah lagi dengan isu-isu terkini yang menyelubungi
dirinya, lebih ramai penyokong PAS yang menyampah berbanding menyanjung
dirinya.
Tidak syak lagi jika situasi ini
berkekalan dan usaha meningkatkan kembali imej Nizar dan PAS gagal ditangani
oleh parti itu, besar kemungkinan PRU 13 kelak harapan permulaan zaman
kejatuhan PAS seperti diucapkan oleh Nizar bakal menjadi kenyataan
No comments:
Post a Comment