Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim
selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan
percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut. Dalam ceramahnya di Stadium
Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan
percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.
Menurutnya, dengan cuma RM5
bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana
kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang
berjumlah RM80 bilion. Nampak mudah dan ringkas
penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya
manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen,
kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.
Pada minggu lepas, kita
dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang
gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik
kerajaan negeri Selangor. Paling penting, dalam tempoh
pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang
mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik
universiti.
Penyelesaian mudah ala korporat
keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal
melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara. Itu baru melibatkan keperluan
menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang.
Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun
sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.
Tapi dek kerana ura-ura
menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka
hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala
mereka jual dan gadai tanah. RM5 bilion seakan dipandang
sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul
ura-ura bergolok gadai tanah. Haru. Jika angka sekecil RM7 juta
setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri
memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang
mahu dijual.
Bukankkah lawak namanya bila
begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga
mencecah RM berbilion setahun?
Tidak syak lagi dengan sikapnya
yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan
sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej
yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair. Barangkali untuk
sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh
rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari
ganti.
No comments:
Post a Comment