Sejak sekian lama, Menteri Besar
Kelantan, Nik Aziz Nik Mat cukup dikenali dengan masalah mulut berus, gemar
merendahkan orang lain dan acapkali suka memperlecehkan tahap keilmuan individu
yang yang bercanggah pendapat dengannya. Itu reputasinya sejak dulu hingga
kini, semuanya dek kerana terlampau taksud pada diri sendiri hingga lupa
hakikat kejadian Illahi yang beliau hanyalah manusia biasa dan tak terkecuali
dari kelemahan dan cacat cela.
Tapi Nik Aziz kekal sebagai Nik
Aziz yang bermulut berus, watak dan percakapannya tidak langsung menggambarkan
gelaran tok guru yang disandangnya. Patutlah suatu ketika dulu ramai
bekas pimpinan PAS memanggil Nik Aziz sebagai tok guru surat pekeliling. Rupanya betullah gelaran tok guru
yang ditempelkan pada dahi Nik Aziz hanyalah jenama politik untuk mencari undi
parti dan bersifat duniawi semata-mata.
Jika betul Nik Aziz adalah
seorang ulama atau Tok Guru yang benar-benar mursyid, tentu sahaja tidak
tergamak dirinya menggelar Tuan Mufti Negeri Perak, Ustaz Harussani sebagai
"seorang yang gatal mulut". Hanya dek kerana Ustaz Harussani
menegur tingkah laku PAS yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian
hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam, tanpa fikir panjang dan tidak segansilu, Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti.
Namun, ini bukanlah pertama kali
Mufti diperlekeh dan dipandang remeh oleh Nik Aziz. Dalam pertengahan 1990-an
dulu, seorang mufti lain pernah di cop sebagai 'ulamak nifas dan haid' oleh Nik
Aziz, juga kerana teguran Mufti tersebut terhadap tindak tanduk PAS. Pendek kata, bagi Nik Aziz, tiada
seorang pun dalam dunia ini yang layak membuka mulut untuk menegur dirinya
mahupun parti yang di dukung olehnya. Pantang ada yang berselisih pendapat
dengannya, terimalah hamburan kata-kata nista dari mulut berusnya.
Acapkali bila berceramah di
pentas politik ataupun dalam majlis agama, Nik Aziz gemar berpesan hadirin yang
hadiri supaya menghormati ulama. Tapi realiti yang berlaku, Nik
Aziz sendiri tidak pernah belajar menghormati pendapat ulama dan teguran para
Mufti hanya semata-mata dirinya mendahulukan kepentingan politik kepartian PAS.
Sebelum kian ramai khalayak umum
menyedari bahawa Nik Aziz hanyalah ulamak politik dan tok guru surat pekeliling
yang cakap tak serupa bikin, eloklah mulai hari ini Nik Aziz belajar
menghormati mufti.
eleh, nik aziz ni belagak alim konon
ReplyDelete