Isu kapal selam scorpene yang
ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat
mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh
bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah
EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama
seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam
kerana meminta bahagiannya.
Tidak dapat dipastikan berapa
kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan
fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada
rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.
Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya
Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan
DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka
adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop
siasatan ini.
Justeru, apa yang digambarkan
oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan
Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak
pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM
mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.
Seharusnya, isu rasuah scorpene
ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci
secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah
bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya
serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja
Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya
mereka-reka cerita.
Namun, SUARAM tetap tegar untuk
memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk
memburukkan kerajaan. Kita berkata
demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka
sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.
Bagaimanapun kini kita faham
masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak
dibicarakan pun!
Tujuan SUARAM menipu tidak sukar
untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang
sama. Memandangkan jangkahayat
pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat
tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu
scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya
apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.
Dengan pilihanraya semakin
hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus
mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.
No comments:
Post a Comment