SELALU sudah disebutkan bahawa
Pakatan haram pembangkang ini tidak ada persefahaman yang baik di antara
mereka. Ada banyak percanggahan dan
semua ini berlaku sebelum mereka dapat perintah negara pun.Dalam hal ini penulis merujuk
kepada kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu
penyokongnya menurunkan kerajaan (BN) dalam keadaan ‘sopan’. Apa maksud Hadi dengan sopan, bila Anwar
Ibrahim pula mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara ganas?
Bukan satu rahsia yang Anwar akan
mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak keputusan pilihanraya jika
kerajaan BN mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Hadi pulak cakap pasal
sopan?
Yang penulis nampak disini ialah,
berlakunya percanggahan antara 2 pemimpin utama Pakatan Rakyat ini. Kelihatannya Pakatan yang tidak berdaftar
secara rasmi ini tidak tahu arah mana yang nak dipilih untuk menumbangkan
kerajaan BN. Satu orang nak secara
sopan@aman dan satu orang lagi cara huru hara dan ganas.
Ini belum lagi Kit Siang anak
beranak dan Karpal anak beranak dari DAP buka mulut. Tak tahu pendekatan apa yang mahu dipilih
mereka, mungkin Mahkamah.
Semua ini menunjukkan
percanggahan dan pertelagahan yang jelas berlaku dalam Pakatan Rakyat. Pakatan ini kelihatannya semakin hari semakin
keliru dengan tujuan penubuhan Pakatan Rakyat.
Nampaknya macam laki bini yang bergaduh, dimana tak satu pun cakap mereka
yang boleh dipakai.
Yang akan jadi masalah sudah
tentulah penyokong, mana satu nak dipilih sebagai tindak balas kalau Pakatan
kalah besok, nak duduk diam-diam atau bangkit melawan? Percayalah, Pakatan akan kalah, tapi bukan
sebab penipuan BN, sebaliknya sebab diri sendiri banyak buat silap seperti
dibuktikan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Hadi jangan ingat kita
bodohlah. Kalau rancangan Anwar ini
menjadi (demonstrasi ganas), saf baris paling depan nanti akan diisi oleh
budak-budak PAS dari Unit Amal, macam dalam perhimpunan Bersih 3.0 April lepas. Itulah yang akan berlaku, pegang sajalah
cakap penulis ini. Hadi memang terkenal
dengan cakap depan lain, belakang lain, kalau cakap lurus macam mana pulak dia
boleh berbini 3.
Hadi pun dah tau rancangan Anwar
yang terlepas keluar itu, sebab itu Hadi keluar kenyataan sopan apa segala ini.
Hadi sendiri, dimana layaknya
bercakap soal sopan ini? Hadi masih
ingatkan apa yang berlaku di Terengganu bila PAS menang di negeri
tersebut? Kunci Wisma Darul Iman
dipecahkan, kereta rasmi kerajaan yang digunakan Exco ditahan dan dirampas
penyokong fanatic PAS waima di tengah jalan.
Ketika itu dimana Hadi dan
nasihat tentang kesopanannya? Hilang
dalam serban atau terjuntai dalam jubah?
SIlap-silap yang mengarahkan semua itupun adalah Hadi sendiri kerana terlalu
taksub berkuasa dan menjadi Menteri Besar.
Ketaksuban yang ditamatkan rakyat Terengganu pada 2004 dan masih gagal
menawan kerajaan negeri tersebut pada saat UMNO berada dikedudukkan terburuk
pada 2008.
Begitu juga dengan sikap macam
binatang oleh budak-budak Unit Amal dibawah pimpinan Hadi Awang semasa Himpunan
Bersih 3.0 tempoh hari, dimana yang sopannya penyokong PAS dalam kejadian
tersebut.
Pada penulis, semua ini hanya
persediaan kalau kekacauan yang dirancang Anwar di masa yang akan datang,
menjadi kenyataan. Kenyataan Hadi ini
akan dijadikan bukti bahawa PAS tidak terlibat kalau berlaku kekacauan itu
nanti. Dalam erti kata mudah, PAS
(melalui Hadi) sedang bersedia melindungi dirinya dari sebarang kecaman atas
tindakan yang mungkin dilakukan Anwar
No comments:
Post a Comment