Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku.” (Hadith al- Bukhari)
Followers
08/06/2012
PEMBANGKANG SYOK SENDIRI PERHIMPUNAN BESAR
PAS seolah-olah terpegun dengan
kejayaannya mengumpul lebih 100,000 penyokong di Stadium Darul Aman, Kedah
baru-baru ini. Perhimpunan yang dinamakan
Himpunan Hijau ke Putrajaya bertujuan menyuntik semangat dalam usaha parti itu
merampas kerusi kerajaan pusat daripada Barisan Nasional.
Begitulah gerak kerja PAS yang
menganggap bilangan penyokong yang hadir pada sebarang perhimpunan atau ceramah
mereka sebagai tanda aras kepada tahap sokongan rakyat kepada parti itu. Politik angka ini juga menjadi
budaya PKR dan DAP kerana bagi mereka lebih ramai yang datang mendengar siri
ceramah yang memaki hamun, mencaci dan memfitnah pemimpin negara, maka lebih
ramailah yang datang untuk mendengar.
Lebih-lebih lagi jika maki hamun
dan cacian itu mencapai tahap maksima berisak-isaklah penyokong untuk mencari
tempat duduk. Realitinya jumlah yang ramai
belum tentu lagi diterjemahkan menjadi undi di peti undi setiap pilihan raya
diadakan. Kebanjiran 'kopiah putih' di
stadium tersebut umpama buih-buih di permukaan air yang akan hilang apabila
ditiup anging.
Mereka sebenarnya tidak mempunyai
kekuatan sedikitpun kerana apa yang dipaparkan dalam media milik pembangkang
atau youtube mahupun blog hanyalah sebagai satu propaganda murahan untuk
menunjukkan seolah-olah mereka bila-bila masa sahaja boleh menawan Putrajaya. Jika begitu sudah lama PAS
memerintah Malaysia sekiranya populariti diukur daripada berapa isi padang atau
stadium mampu diisi oleh sesebuah parti politik.
Lihat sahaja semasa kempen
pilihan raya peringat negeri Sarawak pada April tahun lalu di mana boleh
dikatakan ceramah anjuran BN lebih kecil kehadirannya daripada yang dianjurkan
pembangkang. Mereka berdabik dada dengan penuh
kebanggaan bahawa saatnya amat hampir untuk menubuh kerajaan negeri bari
menggantikan BN. Malah Pengarah Pilihan Raya PKR
bagi PRN Sarawak, Azmin Ali dengan begitu angkuh berkata partinya akan
merangkul sekurang-kurang 34 kerusi.
Namun apabila keputusan pilihan
raya diumumkan, ia menunjukkan dengan jelas bahawa rakyat tetap memilih untuk
kekal bersama BN. PKR yang paling yakin dan tamak
hanya memperolehi 3 kerusi berbanding 16 bagi DAP dan kosong untuk PAS.Ini kerana rakyat bijak menilai
bahawa pihak pembangkanghanya parti
cakap kosong yang menggunakan kepandaian berpidato sebagai modal politik mereka
dan tidak lebih dari itu. Pembangkang tidak mempunyai visi
yang jelas bagaimana mau mentadbir negara ini.
Dalam Pakatan Rakyat terdapat
tiga model pentadbiran yang bakal menjadi persaingan sengit sekiranya mereka
menang - PKR akan menonjolkan konsep pluralisme agama dan Islam liberalnya, PAS
pula memperkudakan Islam untuk memperlihatkan satu pandangan totok yang jumud
dan beku sementara DAP pula merancang mahu merungkai segala institusi berkaitan
Melayu.
Berbanding dengan BN yang sejak
merdeka telah menunjukkan kecemerlanganmentadbir serta mengurus Malaysia peringkat demi peringkat sehingga
mencapai tahap kejayaan yang dinikmati sekarang.Oleh kerana itu bolehlah
dikatakan PAS dan rakan-rakan kongsinya bermimpi di siang hari jika mereka
berfikir rakyat akan memihak kepada mereka berdasarkan kepada jumlah kehadiran
semata-mata.
Seperti yang pernah disebutkan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, BN mampu menggembeling jumlah
jauh lebih besar jika ia mahu tetapi sedar ia hanyalah satu usaha yang membazir
dan tidak mendatangkan faedah. Yang lebih penting bagi beliau
ialah terus bertemu dengan rakyat dari segenap lapisan serta menerangkan
dasar-dasar kerajaan disamping melaksanakan pendekatan yang lebih inovatif dan
pro-aktif untuk membela nasib rakyat jelata.
Seperti pepatah Melayu biarpun
anjing menyalak, bukit tidak akan runtuh; biarpun pemimpin PAS, PKR dan DAP
menjerit memaki hamun dan memfitnah pemimpin negara hingga terkeluar anak
tekak, rakyat tetap tidak berganjak menyokong BN.
Rakyat tahu BN adalah umpama gunung
yang cuba diruntuhkan anjing dengan salakan kecilnya namun anjing itu tahu lama
kelamaan suaranya akan tenggelam dan gunung tetap berdiri teguh.
No comments:
Post a Comment