Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman
teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya
merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah.
Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan
Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.
Diuruskan oleh Kulim Technology Park
Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah
peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan
paling berprestij dalam peta pelaburan dunia.
Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum
pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS. Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir
selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang
hanya menunggu masa untuk dikuburkan.
Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang
diketuai oleh Haji Muhammad Sobri Osman,
Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru. Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib
Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan
keputusan beliau.
Annuar Safar ialah salah seorang dari 3
pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui
Kedah. Dan sejak dari zaman BN lagi,
Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua
pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk
membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.
Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang
beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat
terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah. Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga
pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah
juga.
Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal
dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi
pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya. Beliau yang ditugaskan mengurus Techno
Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan
sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat
berbuat demikian. Segala teguran dan
kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat
apa-apa.
Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC
juga diambil alih oleh PAS. Ini
menyebabkan ramai orang-orang lama yang
berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana
politik dan tidak professional.
Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik
terutama apabila ia melibatkan pekerja.
Pengurusan baru juga mengambil tindakan ‘membuang’ pekerja secara halus
atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN. Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh
Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang
pastinya berniat untuk membalas dendam.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji
Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang
beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13
nanti. Mungkin juga kerana terlalu
sibuk berpolitiklah maka beliau
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan
untuk mengendali KTPC. Namun, khabar
juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan
pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti
KTPC. Membawa sikap biasa seorang ‘lebai
PAS’, Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita
di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang
perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.
Di sinilah terletaknya persoalan besar
mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan
negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang
kerajaan pusat?
Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan
Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan
kerajaan. Amatlah janggal apabila
seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan
langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama
erat dengan pusat.
Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat,
usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.
Untuk pengetahuan, pengurusan KTPC terdahulu
menghadkan program promosi pelaburan keluar negara paling kerap hanyalah 3 atau
4 kali setahun. Ini kerana setiap
program promosi pelaburan ke luar negara memakan belanja ratusan ribu ringgit
dengan hanya membawa 4 – 5 orang delegasi dari KTPC dan kerajaan negeri.
Oleh itu, adalah lebih praktikal jika program
promosi ini diadakan bersama kerajaan pusat agar setiap prosedur, tawaran atau
perbincangan khas mengenai cukai dan sebagainya boleh dilakukan terus antara
kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan pihak kerajaan pelabur terbabit tanpa
membuang masa. Pastinya, satu-satu
pelaburan yang besar memerlukan komitmen bukan sahaja antara syarikat pelaburan
dengan KTPC tetapi juga Duta dan Menteri, malah mungkin Perdana Menteri.
Dengan sikap Haji Sobri yang menentang pusat,
bagaimana rakyat Kedah mampu mengharapkan beliau untuk membawa masuk pelaburan
baru?
Di tambah dengan kemunculan pesaing-pesaing
lain di luar dan dalam negara, terutamanya Senai Hi-Tech Park yang diterajui
oleh Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin iaitu bekas CEO KTPC yang ‘ditendang’ oleh
PAS, bagaimana KHTP mampu terus hidup?
Senai Hi-Tech Park dikatakan giat mendapat pelaburan baru walaupun
jumlah kekerapan pegawai-pegawainya keluar negara tidak mampu menyaingi
kekerapan pegawai-pegawai KTPC - iaitu berkali-kali setiap bulan. Bayangkan, jika program promosi pelaburan
3-4 kali setahun juga memakan jumlah ratusan ribu ringgit setahun, berapa
agaknya yang dileburkan oleh pihak KTPC untuk keluar negara berkali-kali
sebulan?
Sudahlah kerajaan PAS Kedah langsung tidak
mampu menjana wang untuk negeri, kini, pengurusan KTPC pula meleburkan wang
sebanyak jutaan ringgit setahun untuk promosi KHTP tanpa membawa sebarang
hasil. Pelaburan sedia ada pula ada
yang sudah berkira-kira untuk keluar dari KHTP atas berbagai-bagai alasan
seperti rombakan pengurusan serta ketidaktentuan ekonomi dunia.
Nampaknya, selagi PAS Kedah tidak mampu
memisahkan politik dengan pengurusan negeri dan syarikat-syarikat milik negeri,
selagi itulah satu projek pun tidak akan mampu membawa hasil kepada negeri,
malah projek yang telah berjaya seperti KHTP juga akan turut hancur
sekali.
Apakah nasi telah menjadi bubur bagi
KHTP? Apakah masih ada harapan yang ia
akan dipulihkan selagi pengurusan KTPC dan negeri tidak bertukar tangan
kembali?
Apapun,
buat masa ini kita ucapkan setinggi tahniah kepada Haji Sobri, Azizan
dan PAS secara keseluruhannya, kerana berjaya dengan cemerlang sekali dalam
menjahanamkan KHTP.
No comments:
Post a Comment