Nampaknya SUARAM dan pembangkang
tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun
tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.
Sudah menjadi taktik pembangkang
untuk ‘buat bodoh’ apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama
walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti. Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu
anak Dato’ Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan
Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti
telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka.
Dalam kes scorpene ini, SUARAM
dan pembangkang telah pergi ‘agak jauh’ iaitu dengan menggunakan nama mahkamah
negara asing bagi menguatkan hujah mereka.
SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya
terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya
permintaan rasuah secara terang-terangan.
Kononnya juga, Perdana Menteri
akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis.
Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah
tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan
membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini.
Pembangkang nampaknya benar-benar
berpegang dengan kata-kata bahawa, ‘lebih besar penipuan itu lebih ramai yang
akan percaya’. Sebenarnya, tidak
semestinya. Ada kalanya apabila penipuan
itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri.
Hakikatnya, benar, ada aduan
rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang
dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis.
Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab
menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya
di bawah arahan Hakim.
Selama siasatan dibuat iaitu
dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge
Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan
membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim
memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis
Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan
kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.
Oleh itu, tidak timbul soal
mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di
mahkamah Perancis.
Sekiranya, hakim mendapati
terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu
mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah
yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan
atau tidak.
Jelaslah, apa yang dilakukan oleh
SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta
membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk
penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis. Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan
tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap
mereka.
Jika kita lihat perkembangan kes
ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung
komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar
telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.
Ini kerana DCNS cukup arif
mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen,
membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.
Hanya SUARAM a.k.a pembangkang
Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan
Malaysia. Kerana apa? Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.
No comments:
Post a Comment